Catch Me If You Can

Cerita ni aku nak bagi 5 bintang beb. (semua filem yg aku buat review kat sini, mesti aku bagi 5 star la kebanyakkannya). Dulu masa filem ni mula ditayangkan dalam tahun 2002, aku langsung tak ambik port pun. Tapi tahun 2007 aku ada baca satu review ringkas tentang filem nih. terus aku berminat nak tengok citer nih. Punyer la cari kat kedai2 cd (cetak rompak heheheh!) tak jumpa. Cari kat rapidshare pun tak jumpa. Almost 2 tahun beb..

Akhirnya ada orang upload filem ni kat satu forum komuniti nih. Aku tanpa rasa segan silu terus download dan terus layan tanpa berkelip mata aku. Heh.. memang cerita yang amat-amat menghiburkan. Dari mula sampai abis aku tak sempat rasa boring. klik read more utk baca review penuh dari aku.

Cerita tentang seorang remaja ( Leonardo DiCaprio) berumur 16 tahun, berjaya melakukan penipuan sehingga pihak FBI pun susah nak kesan dia. Betul-betul sgt licik mamat ni. Mula-mula masa dia menyamar jadi cikgu ganti pun aku dah start gelak. Terus dia menyamar jadi co-pilot PAN AM, doktor (walaupun dia mual dgn darah), Special Agent dan lain-lain lagi. Dia ni dikesan sbb cheque palsu yg dia buat. Bukan 1 cheque, tapi smpai 4 juta USD. Giler la...

Tapi akhirnya dia ditangkap gak la (sepandai-pandai tupai melompat). Tapi itupun sbb dia mcm malas nak teruskan keje penipuan nih. Klu dia nak.. mmg FBI tak dapat nak trace dia punyer la. Akhirnya FBI hire dia jadi agen utk detect cheqeu2 palsu.

Bagi sesaper yg lum tgk leh la tgk.. best giler!!!

Artikel berkaitan dengan "Catch Me If You Can"

Komen artikel "Catch Me If You Can" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.