Cara membuat shining star secara mudah di photoshop


1. Buat file baru. File>New. Buat la Width = 500px, Height =500px dan terus buat background tu jadi kaler hitam camni. Pastu buat layer baru, layer baru ni jangan plak korang bubuh kaler. biarkan kosong diatas layer hitam (backgorund) tadi.

2. Ambil pencil tool, dan buat garisan lurus melintang kat layer kosong tu. Saiz pencil tu bagi 3 ok la. Buat warna putih untuk menampakkan garisan tu. (tekan shift masa tarik pencil tu).

3. Pastu pergi ke Filter>Blur>Motion Blur. Setting angle 0, Distance 200, ikut sedap2. klik ok.

4. Duplicate layer tu, pastu ko rotatekan objek yang kat layer baru tu 90 darjah camni.

5. Gabungkan kedua-dua layer yang ada garisan yang bersilang tu dengan menekan CTRL+E. Lepas dah gabung terus duplicate layer yang dah gabung tu dan rotatekan layer yang dah gabung tu 45 darjah.

6. Gabungkan layer yg 45 darjah tu dengan layer yang asal. Taraa dah siap!

Camnilah lebih kurang penggunaannya tu. Selamat mencuba.





















Artikel berkaitan dengan "Cara membuat shining star secara mudah di photoshop"

Komen artikel "Cara membuat shining star secara mudah di photoshop" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.