Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita.

Adalah sangat menyakitkan hati bila internet kita sangat slow dek kerana ada 'makhluk' lain yang turut SAMA menggunakan talian internet (Streamyx) secara PERCUMA yang kita bayar setiap bulan. Di sini aku akan menunjukkan cara untuk menghalang makhluk-makhluk itu daripada menggunakan talian internet kita tu dengan cara menghadkan device yang boleh terima talian wifi tu.
kena curi orang lain
Menghalang orang guna wifi kita


Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita.

1. Dapatkan Default Gateway

Perkara pertama sekali yang perlu kita buat adalah mendapatkan default gateway untuk memasuki paparan router kita. (Saya menggunakan router D-link dari TM). Cara mendapatkan default gateway ni sama bagi semua router.


Cara mendapatkan router gateway ialah dengan:
i. tekan butang Windows + R di keyboard anda.



ii. Selepas menekan Windows + R, paparan Run akan muncul, taip cmd pada ruangan open  dan tekan enter.


iii. Paparan command promt (CMD) seperti dibawah akan keluar. Taip ipconfig /all dan tekan Enter.

iconfig /all
iv. Salin default gateway yang tertera di paparan Command anda itu. Lihat Contoh di bawah.
Default Gateway

2. Masuk ke Setting Router anda.
Dah dapat default gateway tadi?
i. Taip nombor default gateway tu tadi di address bar browser anda dan tekan enter.

Paste pada browser


ii. Paparan seperti di bawah akan keluar. Masukkan username dan password router anda. dan klik Login.


login



Default username dan password router adalah berbeza mengikut router masing-masing. Kebiasaannya adalah seperti berikut.

Username : admin
Password : admin

Kalau tak boleh jugak, cek pada Quick Installation Guide yang ada dalam kotak router, mesti ada. Boleh jugak google untuk default username dan password bagi setiap router ni. Di bawah ni, inilah paparan selepas anda login router anda.






3. Setting Wireless limitation / Menghadkan pengguna wireless.
i. Di tab Advanced,  klik pada Butang MAC Filtering.
ii. Tanda pada Enable Wireless MAC Filtering.
iii. Pilih Only ALLOW computers listed to access wireless network.
iv. Tekan butang ADD untuk menambah device yang dibenarkan untuk menggunakan wifi.
v. Masukkan MAC address dan tekan butang Apply.


Selepas anda tekan butang Apply tu, dijamin hanya device yang telah ditetapkan sahaja yang akan menikmati talian wireless internet ni. Harap korang paham artikel berkenaan cara nak block pengguna wifi tanpa izin ni. Oh ye, Untuk mendapatkan MAC address, anda boleh lihat pada tajuk Cara mendapatkan MAC address. Selamat mencuba semua

Artikel berkaitan dengan "Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita."

21 10 Komen untuk "Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita."

  1. cara nak tahu Mac adress gune software ni http://www.nirsoft.net/utils/wireless_network_watcher.html (scroll smpai bwh utk DL) lepas abis install ke PC, try connect gune laptop ke HP ke, then buka network watcher tadi, dan anda akan lihat nama device serta no MAC serta boleh lihat siapa mangkuk yg gune Wifi anda tu.Siap ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila kita dh nampak, bagaimana nk block org yg curi tu

      Padam
    2. ada kat artikel ni http://www.adzril.com/2016/01/kesan-orang-yang-guna-wifi-anda-dan-cara-halang.html

      Padam
  2. Setakat ini tak ada yang curi talian wifi saya. Jika ada pastinya kena setting macam ini di lain masa. Terima kasih Adzril Maizan...

    BalasPadam
  3. Maaf nk tnya.klu kita da set sekatan wifi utk no yg brkenanan shj..kita boleh tau detail lain x..cth brp data usage siap org yg connect? Detail device app yg org tgh guna?

    BalasPadam
  4. Maaf nk tnya.klu kita da set sekatan wifi utk no yg brkenanan shj..kita boleh tau detail lain x..cth brp data usage siap org yg connect? Detail device app yg org tgh guna?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak boleh.. tapi rasanya ada software boleh tau detail camtu...

      Padam
  5. Aik..mcm idea seseorang yg aku kenal...hmmm..

    BalasPadam
  6. Aik..mcm idea seseorang yg aku kenal...hmmm..

    BalasPadam
  7. saya dah cuba utk set MAC filter tetapi malangnya Router TMunifi RG4332 yg saya tgh pakai ni default MAC filtering mode nya ialah black list bermaksud MAC add yg saya masukkan ke dalam list ialah MAC add yg saya blh kawal had penggunaannya, tetapi bukan MAC add yg saya nak masukkan as white list iaitu device yg saya nak yg blh guna Wifi. Bermakna kalau ada 10 org yg curi Wifi saya, says terpaksa masukkan kesepuluh-sepuluh MAC add pencuri line tu dlm MAC filter router saya ni. susahlah plak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau unifi ni tak tau la camna kaN? sebab router dia lain sket... nanti sy cuba cover topik tu plak.

      Padam
  8. Moga wifi kat rumah tidak dicuri jika tidak sia-sia saja kita langgan setiap bulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga pencuri wifi belajar berdikari dan langgan akaun unifynya sendiri.

      Padam
  9. hai .. saya da cuba kaedah tuan tu .. tp bla saya tekan ipconfig/all tu .. default gateway tu xnmpk ..

    BalasPadam
  10. hai .. saya da cuba kaedah tuan tu .. tp bla saya tekan ipconfig/all tu .. default gateway tu xnmpk ..

    BalasPadam
  11. assalam..mcm mne nak dpat kan default gateway klau mnggunakan smartphone ye

    BalasPadam
  12. Aku selalu carutkan tm dalam hati sebab line slowww. sekali aku khatamkan tajuk2 dalam blog hang ni, hamek kau! berderet rupanya orang berkongsi wifi secara haram dengan aku. Hahaha. So aku dah buat option yang MAC tu. Tapi ada satu laptop Asus still boleh connect. Kenapa ye?

    APa-apa pun thank you for sharing with us!!

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.