Kamera Yang Paling Best?

Kemunculan kamera di pasaran semakin banyak. Jenama seperti Nikon, Canon, Sony menjadi pilihan utama pembeli kamera di Malaysia. Kamera ini pula ada bermacam-macam jenis. Ada kamera Point & Shoot (PNS), Mirrorless, dan DSLR. Bagi yang baru nak bermula dengan bidang fotografi ni, mereka agak keliru dan selalu akan bertanya kepada rakan-rakan atau sifu-sifu yang telah lama menggunakan kamera. Soalan paling popular adalah "Kamera apa yang paling best ye?"
Cara pilih kamera
Fuji X-M1 ni belum sempat aku godek2 ciri2nya kat tenet
Untuk menjawab persoalan ni, kita kena tengok tujuan utama kita nak beli kamera untuk apa. Ada yang tujuannya sekadar hobi, ada juga yang kononnya nak beli untuk buat kerja contonhnya Wedding Photography. err ada jugak yang sekadar untuk bergaya atau suka-suka. Pelik jugak tu.

Bagi yang bertujuan untuk hobi, aku sarankan gunakan je phone kamera. Lebih mudah dibawa, senang diakses. Lepas je shoot boleh terus upload ke facebook, instagram atau apa-apa media social yang boleh diakses melalui smartphone korang tu. Bagi aku sendiri, aku guna tablet 7.7 inch aku untuk tujuan hobi fotografi aku. Tapi aku juga mempunya kamera Mirrorless iaitu Fujifilm X100 untuk hobi yang lebih serius. Time aku bawak X100 aku ni, tablet 7.7 inchi tu memang aku simpan la. Kenapa aku guna mirrorless kamera ni sedangkan dah ada tablet/smartphone? Terus terang aku katakan, aku suka design X100 yang agak retro dan sangat bergaya untuk dibawa kesana-sini. Tapi bukan itu tujuan utama aku memilki X100 ni. Sejak kebelakangan ni aku gemar untuk shoot di waktu malam atau keadaan low light. Nak guna kamera smartphone tak sesuai sebab smartphone aku tu tak berupaya untuk shoot dalam keadaan low light.
Fuji X100. Picture credit to www.quesabesde.com
Kamera Mirrorless ni lebih senang dibawa kemana-mana berbanding kamera DSLR yang agak besar dan berat. Kalau dulu aku selalu gak bawak DSLR aku (Nikon D90) untuk buat street photography, tapi selepas lebih kurang beberapa bulan aku rasa kurang selesa untuk membawa DSLR yang agak besar dan berat tu. Aku mula tumpukan perhatian aku terhadap Mirrorless (Fuji X100) yang aku rasa kualiti gambarnya setanding DSLR, dan ianya sangat bergaya (perasan sendiri).

Bagi yang tetap gak nak beli DSLR, boleh teruskan niat korang. Kalau nak body yang kecik boleh cuba Pentax K5. Body kecil dan performance untuk low light sangat hebat. Selain itu, kamera Pentax K5 ini mempunyai ciri Weather Proof. Setakat kene air tu takder hal la. Tapi rasanya tak boleh bawak menyelam la kot. Banyak model DSLR yang boleh korang pilih mengikut kehendak dan keperluan korang. Kalau agak-agak nak buat video boleh la layan Canon. Sekarang ni DSLR yang boleh buat video memang berlambak.
Pentax K5. Picture credit to hectorjr.blogspot.com

Apa-apa pun sebelum beli kena lah bertanya kawan-kawan yang dah lama main kamera. Diaorg mesti tau yang mana terbaik untuk korang. Aku sendiri ada pengalaman masa nak beli kamera dulu. Konon-konon nak beli DSLR ni sebab nak buat job la. Siap beli lens 50mm, 35mm lengkap dengan aksesori-aksesori lain. Tapi hakikatnya aku tak larat nak buat Wedding Photography sebab aku buat sorang je. Kalau korang ada geng yang memang buat kerja Gambar Perkahwinan, korang boleh la consider untuk beli DSLR idaman korang.

Aku bahagia dengan kamera Fuji X100 aku sekarang. Kamera DSLR aku guna time untuk shoot design-design terbaru vivadea. DSLR buat kerja-kerja eksklusif, Fuji X100 beraksi untuk aku melampiaskan nafsu aku untuk shoot gambar. Aku ni kalau time bosan-bosan, aku akan shoot gambar tak kira la gambar apa pun yang penting aku perlu untuk snap snap untuk kepuasan dalam diri aku. Lepas je snap sekeping dua gambar, aku akan berasa sangat puas.
Olympus OM-D. Picture credit to andberlin.com

Antara kamera kesukaan aku sekarang ni adalah Fuji X100 (yang sudah aku miliki), Olympus OM-D, dan Sony RX-1. Kalau ada rezeki lebih nanti boleh la aku rembat satu (at least) Olympus OM-D. Jadi nasihat aku kepada yang baru terpikir nak beli kamera, beli la ikut keperluan yang korang nak guna. Bukan ikut kehendak hati. (Aku beli kamera ikut kehendak hati gak)

Artikel berkaitan dengan "Kamera Yang Paling Best?"

Komen artikel "Kamera Yang Paling Best?" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.