6 Disiplin yang menyihatkan badan

6. Bangun Awal Pagi (Setiap Hari)
Ini adalah disiplin paling awal yang susah nak dipraktikkan. Kalau bangun awal pagi dapat menghirup udara yang nyaman, sejuk dan keadaan awal-awal pagi ni agak tenang sket lagi-lagi hari cuti. Banyak benda boleh dibuat kalau bangun pagi ni contohnya membaca, jogging/bersenam, bersiar-siar banyak lagi la. Emosi kita ni kalau bangun awal pagi lain macam sikit, momentum untuk melakukan sesuatu kerja pun senang diperolehi. Bangun pagi kan murah rezeki. Nak lagi hebat cuba korang bangun dan tersenyum, bukan senang beb!



5. Minum Air seawal bangun dari tidur.

Bangun je dari tidur terus capai atau cari air kosong untuk diminum. Dapat segelas pun kira okey. Tapi bukan senang nak dipraktikkan. Maklumlah, bangun pagi nih mata masih mamai lagi. Antara kelebihan yang aku dapat kalau minum air seawal pagi ialah senang nak membuang hihi.. Selain tu, air yang kita minum tu dapat mengaktifkan sel sel badan kita, terasa segar semacam. Haa lepas dah mandi gosok gigi barulah sarapan.

4. Kekalkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Ada orang selamba je minum air kosong ni banyak-banyak. Ada orang pulak minum sekadar bila dahaga, itupun air manis. Tau tak korang minum air kosong secara konsisten dapat menyingkirkan lemak dari badan dan dapat memelihara tisu badan. Tapi korang kene rajin bergerak la barulah air tu aktif dalam badan. Kalau tak jadi lemak air la. hahah...




3. Berjalan 10,000 langkah sehari.

Berjalan 10,000 langkah sehari dapat melatih jantung kita supaya sentiasa aktif dan cergas. Tak ramai yang berjalan 10,000 langkah sehari (lebih kurang 6 kilometer) ni. Ye la, cuba bayangkan, keluar je dari pintu rumah terus masuk kereta atau motosikal untuk pergi kerja. Sampai je tempat kerja parking dekat-dekat dengan pintu masuk pejabat. Camtulah jugak prosesnya masa nak balik. Untuk usaha ni, cuba dapatkan parking kereta jauh-jauh sket. Pastu dalam opis tu rajin-rajin la bergerak kesana sini untuk capai 10,000 langkah tu. Nak lagi best gunakan tangga je kalau Ofis ada tangga la. Banyak minum air kosong pun akan menjadikan korang rajin berjalan, berjalan ke tandas. see?

2. Makan Pada Waktunya.
Biasanya bagi orang yang kerja di pejabat, mungkin mudah untuk makan pada waktunya. Kelebihan makan pada waktunya adalah kita dapat menjaga jumlah makanan yang masuk ke dalam badan kita. Lagi satu, kalau kita makan ikut masa yang sesuai, kita akan makan dengan kadar yang sikit. Berbeza kalau pagi-pagi dah makan banyak atau makan berat, lepas tenghari kompom skip lunch betul tak? bila dah lunch skip, mula la nak makan kul 4 petang. Time tu makan memang tak beringat punya. Jadi bila dah makan waktu petang, bola nak makan malamnya? sebab kompom masih kenyang pukul 6-7 petang tu. Dah tak pasal-pasal McD yang ko cari pukul 10 malam dek kerana perut dah mula lapar balik. Time tu ko simpan la lemak tu dalam badan. Makan mestilah makanan yang sihat okey.

1. Solat Pada Waktunya.
Haa yang ini disiplin paling susah nak diikut. Kalau kita solat pada waktunya, secara automatik attitude kita akan jadi sangat hebat. Kita akan jadi seorang yang well planned. Kat sinilah akan terciptanya sifat seorang yang buat kerja ikut plan, ikut jadual. Fuh dahsyat disiplin menjaga Solat pada waktunya ni. Sebelum masuk waktu dah ready nak solat, haa nampak tak hebatnya tu? Solat ni 5 waktu secara konsisten dapat membakar kalori seharian kita.


Baca : Keajaiban solat tepat pada waktu pada kesihatan spiritual dan fizikal manusia

Kalau korang ada lagi tambahan, bolehla tambah kat bahagian komen kat bawah ni.


Artikel berkaitan dengan "6 Disiplin yang menyihatkan badan"

1 10 Komen untuk "6 Disiplin yang menyihatkan badan"

  1. boleh baca lagi sini http://socyberty.com/lifestyle-choices/39-tips-for-better-life/ untu tambahan

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.