The Apprentice Asia - Episode 2

The Appentice Asia episod 2 bertempat kat Singapore. Task untuk episode kedua ni agak mudah tapi agak susah. Haa camna tu? Diaorang perlu buat video 30 saat supaya menjadi viral berkenaan Expedia. Agak senang sebab tak perlu buat sales, tapi agak susah nak cari idea untuk buat video jadi viral ni.

Video yang mereka (Team Apex dan Team Mavericks) perlu buat adalah berkaitan dengan Expedia. Samuel Rufus Nallaraj atau Sam meng offer diri untuk jadi Project Manager untuk Team Mavericks dan Dussadee Oeawpanich (Dussadee) atau Dee pun meng offer diri untuk jadi Project Manager bagi Team Apex.

Sam memainkan peranan sebagai ketua kumpulan dengan mengutarakan idea-idea untuk video tu. Antara idea dia yang aku dapat tangkap, dia nak buat video Richard Branson pakai pakaian pramugari Air Asia bla bla bla. Tapi idea tu ditolak oleh beberapa ahli seperti Hanzo. Hanzo tak berapa setuju dengan idea 'kreatif' tu dengan mengemukakan beberapa isu yang akan timbul dalam pembikinan video tu kelak, tapi Hanzo tak menyediakan penyelesaian. Aku jadi kurang pasti bila Sam mengubah jalan cerita untuk videonya, mungkin aku hilang konsentrasi malam semalam.

Team Apex lebih ceria. Walaupun Andrea banyak komplen dan bermasam muka, perjalanan pembikinan video dan idea creation nampak smooth. Dee hanya berdiam diri bila ahli kumpulan pot pet pot pet dengan idea masing-masing. Yang penting bagi dirinya, dia adalah ketua, dia berhak untuk memutuskan apa yang perlu dibuat di pengakhirannya.

Di pengakhiran masa kat meeting room, Team Apex sekali lagi memenangi pertandingan ni. Team Mavericks pulak berlaku perbalahan di antara ahli kumpulan. Lagi-lagi antara Hanzo, Jonathan dan Sam. Alex dan Nash terselamat dan diminta keluar dari bilik meeting. First time tengok si Jonathan banyak cakap, sebab aku nampak dia ni agak pendiam. Akhirnya Hanzo dipecat oleh Tony. Tony kata nak pecat ketiga-tiganya sebab mereka masing-masing teruk. Tapi Hanzo yang dipecat mungkin sikap kurang professionalnya terhadap Sam tadi.

Apa  yang aku nampak, masing-masing (Mavericks dan Apex) ego dan keras kepala walaupun ada ketua. Jadi apa gunanya ketua dalam kumpulan kalau korang tak nak dengar kata. Hanzo sendiri mengatakan tak suka disuruh atau diarah oleh orang untuk berbuat sesuatu, tapi dia lupa kata-katanya sendiri semasa kerja dalam kumpulan dilakukan. Team Apex pun sama sebenarnya, cuma mereka masing-masing tak menampakkan keegoan dan bijak 'menyembunyikan' ego masing-masing demi kemenangan kumpulan. Mereka nampak lebih bersikap untuk bersetuju dengan Dee dalam banyak perkara.

p/s: naper diaorg tak panggil je Bobo untuk jadi watak dalam video diaorang tu? mesti viral giler punya. Sebenarnya banyak lagi contoh video viral yang boleh ditiru dan diinspirasikan dari Youtube tu. Teringat plak kat video yang saling tolong menolong tu, Video tu agak viral. :)


Artikel berkaitan dengan "The Apprentice Asia - Episode 2"

Komen artikel "The Apprentice Asia - Episode 2" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.