The Apprentice Asia

Terus terang aku nak bagitau, aku tak pernah follow pun cerita The Apprentice ni. Tapi aku tau la ada Donald Trump dalam rancangan tu. Dan memandangkan aku minat bisnes, aku mula nak follow The Apprentice Asia ni. Episod pertama je dah membuat aku teruja. The Apprentice Asia ni 'didalangi' oleh Tony Fernandes. Agak tegas dan garang gak Tony ni. Tapi itulah dia, boss besar yang bertaraf taikun dan telah mencipta nama dalam bisnes AirAsia nyer.

The Apprentice Asia ni disertai oleh beberapa peserta dari segenap pelusuk Asia seperti Malaysia, Indonesia, Philippines, China, India, Singapura dan Thailand. Semua peserta ni rasa-rasanya memang dah establish dalam bidang bisnes masing-masing agaknye kan? Aku pun kurang pasti. Ni adalah para peserta The Apprentice Asia untuk musim yang pertama. 12 orang kesemuanya.
Alex Baudin (Alexis) - Sales Manager (China)

Andrea Loh Sing (Andrea) - Lawyer (Singarpore)

Celina Le Neindre (Celina) - F&B Consultant (Philippines)

Dussadee Oeawpanich (Dussadee) - Restaurateur (Thailand)

Hendy Setiono (Hendy) - Entrepreneur (Indonesia)

Jonathan Yabut (Jonathan) - Marketing Manager (Philippines)

Dian Krishna Mukti (Dian) - Homemaker (Indonesia)

Nazril Nash Idrus (Nazril) - Financial Coach (Malaysia)

Ng Kian Tat (Hanzo) - Sales Trainer (Malaysia)

Nik Aisyah - Auditor (Malaysia) | Cantik Sangat!

Ningku Lachungpa (Ningku) - Infrastructure Developement Executive (Thailand)

Samuel Rufus Nallaraj (Samuel) - Consultant (India)

Episod pertama The Apprentice Asia ni dibuat kat Malaysia. Task pertama diaorg adalah menjual ikan di Pasar Basah. Nampak macam senang tapi bagi aku bukan senang nak senang, lagi-lagi kalau sesuatu perkara tu melibatkan beberapa individu. Maksud aku bukan senang nak 'sekepala' dengan beberapa orang untuk membuat sesuatu kerja. Kena ada ketua dan ahli yang ikut kata ketua.

Camtu gak yang berlaku dalam Episod Pertama di mana para peserta The Apprentice Asia ni dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan lelaki dan perempuan. Kumpulan lelaki memilih nama Kumpulan Team Mavericks manakala kumpulan perempuan memilih nama Team Apex. Hendy dari The Maverick memilih dirinya untuk menjadi ketua kumpulan. Bagi Apex pulak, Nik Aisyah dipillih menjadi ketua kumpulan oleh ahli kumpulan lain walaupun Nik Aisyah sendiri mengakui tak pernah turun Pasar Basah. Diaorang (Apex) pilih Nik Aisyah sebab dia dari Malaysia kot, maklumla task kalini kan kat Pasar Basah kat Malaysia.

Babak chaotic bermula bila mereka start menjual ikan tu. Awal-awal lagi team Mavericks dah kecoh sebab masing-masing nak utarakan pendapat. Hendy dah pening dan cuba dengar idea masing-masing pom pam pom pam! Harga ikan ntah kemana, nama ikan ntah kemana. Kedai belum di'setup' sepenuhnya tapi orang dah mula datang sebab orang ramai dah mula tertarik dengan 'kekecohan' team Mavericks ni. Memang nampak kelam kabut la aku tengok. Pengajaran yang aku leh dapat kat sini, sebelum nak mulakan sesuatu kena study produk yang nak dijual, nama and harganya. Mereka langsung tak tahu harga dan nama ikan, malah ada auntie yang betulkan nama ikan yang disebut salah oleh Hendy dalam satu babak kat situ.

Berbeza dengan team Apex, mereka lebih teratur dan Nik Aisyah dapat memainkan peranan sebagai ketua kumpulan. Seronok aku tengok si Nik Aisyah yang comel tu membuat arahan dan mengagihkan kerja dan tugasan. Walaubagaimanapun ada gak beberapa isu terjadi kat team Apex ni, Andrea menyalahkan Nik Aisyah sebab tak tengok harga kos udang yang dijual kepada pelanggan RM15 sekilo, padahal harga kos sekilo adalah RM47. Nik Aisyah memang cool bila dia mengakui kesalahan dan memaklumkan kerugian RM300 kat situ je.

Untuk episod pertama kedua -dua team Mavericks dan Apex mengalami kerugian. Tapi kemenangan berpihak kepada team Apex sebab kerugian mereka lebih sedikit berbanding team Mavericks yang kerugian RM600++. Untuk episod pertama Hendy dipecat oleh Tony Fernandes. Tak Sabar nak tengok episod seterusnya. Tayangan The Apprentice Asia ni adalah Setiap Rabu jam 2105 hrs waktu Asia dan ulangan pada hari yang sama jam 0000 hrs atau pada hari Jumaat jam 2355 hrs di saluran AXN 701.
Hendy dari Indonesia tersingkir pada minggu pertama The Apprentice Asia AXN.

p/s: Terasa teringin nak join The Apprentice Asia ni kalau ada peluang. Macammanalah agaknye kalau IM Malaysia bergabung jadi 1 team kat dalam rancangan ni, mesti dasyat giler.

credit picture goes to Google and twitter @ApprenticeAsia since i don't know who is the owner of this great picture.

Artikel berkaitan dengan "The Apprentice Asia"

Komen artikel "The Apprentice Asia" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.