Doodle untuk teaser Inner Neck Vivadea

Ini bukan lah kali pertama aku doodle. Dah banyak kali, tapi still 'goyang-goyang' line aku tu. Doodle ni salah satu hobi aku yang jarang aku buat tapi setiap kali lepas doodle, aku akan sangat puas. Sama macam fotografi.

Doodle kalini aku buat saje untuk buat teaser untuk vivadea. Vivadea nak melancarkan Inner Neck version atau batch keberapa ntah. Salute Dhia Vivadea!
tanpa coloring.
Yang versi berwarna sangat comot, tengok je la cara pengawalan color dari aku.
ni yang versi pertama.
comot dan tak berani letak warna tebal-tebal. Tapi lepas tengok tutorial kat Youtube, aku repair sket version pertama ni jadi camni.
versi kedua selepas tengok tutorial kat youtube.
Still comot, tapi dapat idea camna nak buat lepas ni iaitu dengan meletakkan beberapa layer untuk mewarna ni. Setiap bahagian kena ada layer dia sendiri, contohnya layer muka, layer tudung dan lain-lain. Lagi detail layer, lagi cantik la kan?

Ok lepas ni nak buat lagi, tengah ketagih nih. :)

Artikel berkaitan dengan "Doodle untuk teaser Inner Neck Vivadea"

Komen artikel "Doodle untuk teaser Inner Neck Vivadea" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.