Keek ada kelas tersendiri berbanding Instagram.

Instagram memperkenalkan features terbarunya iaitu boleh merakam video selama 15 saat siap dengan 13 filter untuk dipilih bagi tona video yang direkod. Perkara ini macam menggugat kewujudan Keek. Pengumuman pada 20 Jun 2013 itu membuatkan ramai pengguna Keek mula berkata "Selamat tinggal Keek." Mungkin diaorang tak sedar sebenarnya Keek masih lagi mempunyai peminat dan kelasnya yang tersendiri. Camtu jugak dengan Vine, tapi Vine tidak lah sebegitu popular kat Malaysia ni (setahu aku la).


Bila kita tengok sebelum ni, penggunaan Instagram dan Keek memang berbeza. Yes, paling obvious Instagram untuk tangkap gambar, Keek untuk video 30 saat. Kebiasaannya pengguna Instagram akan snap gambar makanan, kasut, kaki, kuku, dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Pengguna Keek pulak akan memulakan (kebiasaannya) video dengan "Hai Keekers!" dan kemudian diikuti dengan "Sekarang saya/kami berada di studio tengah fotoshoot majalah Mangga" atau "Sekarang ni saya/kami menuju ke kedai mamak tepi sungai bla bla bla".

Penggunaan Keek lebih kepada 'melaporkan' apa yang diaorang tengah buat secara real-time dan lebih kepada diari video pengguna Keek itu sendiri, ada jugak yang buat tutorial tapi tak banyak la sebab kekangan masa iaitu 30-36 saat sahaja. Pengguna Instagram pulak biasanya jenis yang merakam moment dan apa yang indah di pandangan mata pengguna. Kaki, Kasut, Kuku, Makanan, Minuman dan lain-lain. Indah la tu kan? Jadi itulah tabiat pengguna kedua-dua aplikasi Keek dan Instagram. Instagram lebih sentimental, Keek lebih kepada berterus terang tentang sesuatu kejadian.

Keek dan Instagram sama-sama 'naik' dalam industri teknologi ni. Secara teknikalnya Instagram yang mula bertapak dulu tapi masing-masing mempunyai peminat dan cara penggunaan tersendiri. Tak mungkin pengguna Instagram menggunakan features video tu untuk melaporkan keadaan semasa, bukan itu 'iklimnya.' Keek yang mula mula bertapak dalam pengkhususan video social media, jadi kalau kat Malaysia ni, ramai artis dah ada akaun Keek nya sendiri yang mempunyai ramai followers.Lagipun, zaman sekarang ni masing-masing mesti ada install aplikasi Keek dan Instagram dalam telefon pintar masing-masing kan?

Walau apa pun, semua ni hanya dari pandangan dan pemerhatian peribadi aku sendiri. Mungkin satu hari nanti situasi ni berubah dan post ni tetap masih kekal kat sini, time tu la pandangan peribadi aku ni jadi tak relevan. Psstt.. aku rasa jarang betul lelaki ada buat post video kat Keek, ke aku yang belum jumpa?

Artikel berkaitan dengan "Keek ada kelas tersendiri berbanding Instagram."

Komen artikel "Keek ada kelas tersendiri berbanding Instagram." sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.