Panduan Bercuti di Sabah

Hampir 6 tahun aku bertugas kat Sabah, segala pengalaman dan cerita kat Sabah memang jadi kenangan. Untuk itu aku akan kongsikan tips dan panduan bercuti ke Sabah memandangkan biasanya aku jadi pemandu pelancong setiap kali kawan-kawan dari semenanjung datang berkunjung ke Sabah. Aku nak bagi tips dan gambaran untuk tempat-tempat yang perlu atau patut dikunjungi bila berada di Sabah.

Hai aku Adzril, korang dipersilakan add aku kat Google+ untuk memeriahkan lagi akaun aku tu. Bagi mereka yang tak tau mana nak jalan di kota kinabalu, jom aku tunjukkan sedikit tips.


Panduan Tempat Cuti di Sabah

Hari pertama sampai kat Airport KK sama ada  KKIA (Kota Kinabalu International Airpot) T1 atau KKIA T2, korang boleh terus check in hotel kat area Bandar Kota Kinabalu (KK). Banyak hotel kat Bandar KK ni dari yang harga RM68 sehingga RM146 untuk range sederhana, Contohnya macam hotel Tang Dynasty (hotel ni agak 'berusia'), Yaho Hotel, Hotel Sadong, dan lain-lain. Kebanyakkan hotel-hotel ni tak include sarapan pagi kecuali hotel Shangri-La Bandaran (recommended) dengan Zara Boutique Hotel. Ini yang aku pernah check in.

Untuk hotel yang range harga dia tinggi, korang boleh check in kat hotel sekitar Gaya Street kat KK tu dengan harga RM180-RM400 untuk 1 malam. Hotel yang range harga camni aku tak pernah masuk lagi, dan aku rasa kompom la mesti ada include sarapan pagi tul tak? Apa-apapun pasal hotel ni takyah risau la sebab kat sekitar Bandar KK ni hotel memang berlambak. Pilih je yang mana berkenan. Nama hotel yang aku mention kat atas tu semua aku berkenan, lagi-lagi Zara Boutique Hotel. Ada jugak hotel murah dalam RM60 satu malam dekat area kampung Air Kota Kinabalu tu, ataupun Promenade Apartment.

Kalau datang ke Sabah beramai-ramai, elok duduk Homestay je kan? 
Nabalu Market, Kundasang Sabah


Rehat secukupnya pada hari korang sampai tu, atau korang boleh jalan-jalan sekitar Bandar KK ni untuk meninjau-ninjau budaya orang Sabah yang peramah dan cantik-cantik. Aku cadangkan untuk hari pertama hanya untuk berjalan-jalan je sekitar Bandar KK (atau sekitar hotel kat mana korang duduk) sebelum menempuh hari esok. Kat sekitar KK ni korang leh pergi Suria Sabah ataupun ke Sinsuran cari manik murah. Biasanya malam ramai pelancong akan ke Pasar Pilipin.

Cuti di Sabah air jernih
Pulau Sapi

Dah cukup rehat? Hari kedua korang bangun awal sikit (dalam pukul 0700hrs) dan boleh terus ke Jesselton Point kat Bandar KK ni (betul2 sebelah Suria Sabah) untuk mengalami pengalaman ke Pulau. Sampai je kat Jesselton Point terus beli tiket untuk ke Pulau pilihan korang, sama ada Pulau Manukan, Sapi atau Mamutik. Ketiga-tiga pulau ni best, airnya jernih tapi Manukan menjadi pilihan aku la sebab ruang berlari-larinya yang luas.



Jangan lupa untuk sewa peralatan snorkel masa kat Jesselton Point tu bagi yang nak bersnorkeling la (additional). Masa beli tiket, orang kaunter tu akan tanya pukul berapa korang nak balik, sebab bot nak datang pick up korang lepas korang selesai berkelah kat pulau tu. Dah Penat balik dari Pulau, korang berehatlah kat Hotel bagi caj balik tenaga untuk perjalanan keesokan hari.

Baca juga : Aktiviti memancing dan snorkeling di Pulau Mantanani Sabah lebih best!

Hari ketiga aku cadangkarn korang check out dari Hotel dan terus menuju ke Kundasang. Perjalanan ke Kundasang ambik masa lebih kurang 2-3 jam naik kereta. Tempat pertama korang perlu singgah bila sampai ke sini adalah (cadangan aku) terus ke Kampung Luanti. Kat situ korang akan 'bermain' ikan sambil ikan tu berenang-renang sambil 'mengurut' kaki korang. Habis je dari Kg Luanti ni, singgah kejap kat Ladang Teh Sabah, sebelah je pun. Lepas tu terus menuju ke Poring Hot Spring. Kat sini ada Canopy Walk dan Hot Spring. Owh ya, air terjun pun ada, cantik tau.

Pemandangan kat Kiram Village

Pemandangan kat Kiram Village

Pemandangan kat Kiram Village
Boleh nampak gunung kinabalu waktu pagi2 kat sini.

Habis je aktiviti korang kat sini korang boleh terus menuju ke Desa Dairy Farm, kat sini korang akan tengok pemandangan yang cantik menghijau, ada lembu-lembu susu dan korang boleh gak beli susu segar kat sini. Rasanya sampai petang jugak la korang akan berada kat sini dan dinasihatkan supaya korang stay je kat area Kundasang ni sebab kalau nak balik pun dah malam, banyak kabus so aku cadangkan korang stay kat Hotel atau Chalet sekitar Kundasang. Kalau aku, aku sarankan korang stay kat Kiram Village, range harga dari RM90-110 untuk 1 malam. Stay 1 malam kat sini dan esok pagi boleh terus balik ke KK.

Air Pancut Sabah
Pertunjukan Air Pancut di Perdana Park

Inilah serba sedikit post ringkas aku (tanpa sebarang rangka isi penulisan) untuk panduan bagi yang betul-betul clueless untuk bercuti kat Sabah ni. Apa yang aku tuliskan ni berdasarkan pengalaman aku yang tak berapa. Jadi mungkin ada kekurangan kat beberapa isi. Aku dalam perancangan untuk membuat panduan yang lebih lengkap lagi lepas ni. Jadi untuk masa sekarang kalau ada sebarang pertanyaan boleh la tanya kat ruangan komen. Manalah tau boleh dapat idea untuk cari tempat-tempat menarik kat Sabah kan?


Bagi yang nak cari sewa kereta sekitar Kota Kinabalu ni, boleh la hubungi aku. Tapi aku cuma ada kereta Perodua Axia (Manual) dan Saga BLM (auto) la untuk disewa (buat masa ni), kereta-kereta besar belum ada, tapi kalau nak boleh diusahakan. Bayaran untuk sewa Perodua Axia ni dalam RM100 sehari, Saga BLM 120 sehari. Dan ada diskaun lagi untuk sewa kereta untuk 3 hari dan keatas. Ok sape yang nak sewa kereta, insyaAllah aku boleh tolong carikan. Boleh terus baca kat artikel aku yang bertajuk Sewa Kereta di Kota Kinabalu Sabah. Elok terus tempah kereta awal sebelum jejak kaki ke Sabah kan?

Sebagai tambahan, aku ada buat satu artikel kat blog Magicalips.com berkenaan dengan tempat untuk menginap kat Kundasang. Boleh la ke blog tu untuk tengok betapa cantiknya pemandangan Gunung Kinabalu dari tempat penginapan kami tu.

Haritu artikel kat bawah ni semua viral tau!:

11 10 Komen untuk "Panduan Bercuti di Sabah"

  1. Nak tanya

    1. nak pergi family member dlm edkat 20 org. homestay sesuai di KK dan kundasang

    2. harga sewa van

    Thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam tuan, boleh whatsapp saya seperti nombor diatas. :)

      Padam
  2. Canopy walk dgn desa dairy dkt ke ?

    BalasPadam
  3. Perkongsian yang sangat menarik...

    BalasPadam
  4. Saga BLM maish lagi rm120 sehari ke?

    BalasPadam
  5. Salam, ada kereta yang murah2 tak untuk 5 April - 8 April 2017...? Kereta kecil je pun ok sebab hanya berdua..

    BalasPadam