The Apprentice Asia Episode 5 - Trading

Episod 5 The Apprentice Asia ni agak mencabar bagi aku untuk diulas. Task kalini berkenaan dengan Trading Comodity, Foreign Exchange. Team Apex dan Team Mavericks berubah lagi. Sam, Celina, Alex dan Nik Team Apex dan selebihnya Jonathan, Nash, Andrea dan Dian berada dalam Team Mavericks. Kedua-dua team 'diberikan' virtual money sebanyak USD20k setiap team untuk tujuan trading.
Alex dan Nik dalam bilik trading
Sam dengan sukarela menawarkan diri menjadi Project Manager Team Apex kerana pengalamannya dalam trading dan dipersetujui ahli kumpulannya yang lain. Sama jugak ceritanya dengan team Mavericks, Nash menawarkan diri menjadi project Manager atas sebab dia mempunyai pengalaman dalam pasaran saham.

Team Apex - Sam dan Celina keluar mencari maklumat tentang pasaran komoditi dan tukaran wang asing. Manakala Nik dan Alex dipertanggungjawabkan untuk membuat live trading di pejabat IG Singapore. Nik nampak lebih mendominasi keputusan untuk membuka pasaran atau tidak dan saling berbincang dengan Alex. Nik dan Alex kebanyakkan tidak mengikut arahan Sam dalam menentukan pasaran mana yang perlu dibuka. Ini kerana Nik dan Alex merasakan segala maklumat yang diberikan oleh Sam adalah berlawanan dengan keadaan yang sebenar pasaran. Aku tak citer pun pasal Celina yang lawa tu kan? haa dia just follow Sam je, dia kurang memainkan peranan dalam minggu ni.
Nik Aisyah

Team Mavericks - Andrea dan Dian keluar mendapatkan info tentang pasaran manakala Nash dan Jonathan duduk kat pejabat membuat live (virtual) trading. Team ni agak mengambil langkah berjaga-jaga dalam membuat trading. Andrea dan Dian agak tidak berpuashati dengan maklumat yang mereka perolehi, lagi-lagi dari pengurup matawang asing tu. Kelakar okeh! Jonathan nampak lebih dominan berbanding Nash yang teragak-agak untuk membuat keputusan membuka apa-apa pasaran. Come on Nash, jangan tunjukkan diri tu tak kuat. Jonathan nampak lebih ketua dari Nash.

Team Apex kalah untuk minggu ni sebab daripada USD20k yang 'diberikan' hanya berbaki lebih kurang USD12k berbanding Team Mavericks yang juga mengalami defisit atau lost menjadikan nilai capital lebih kurang USD16k. Beza kedua-kedua team ni adalah, Team Apex nampak lebih aggresif dalam membuat trading manakala Team Mavericks mengambil langkah berjaga-jaga. Sebab tu dana diaorang cuma lost sikit je. Baik dia tak payah buat trading langsung, kompom leh menang sebab nilai capital tak berubah iaitu USD20k tul tak? hahah.

Nik Tersingkir kerana 'error calculation' yang dilakukannya
Nik dipecat untuk The Apprentice Asia Episod 5 ni kerana salah membuat pengiraan semasa trading. Sayang betul la dia tersingkir untuk episod awal ni. Dia nampak sangat aggresif berbanding Sam dan Alex. Takpe Nik, lepas ni usaha lebih lagi untuk jadi taikun. Tersingkir tak semestinya anda gagal dalam perniagaan. Mungkin peluang lebih besar selepas nih.

Artikel berkaitan dengan "The Apprentice Asia Episode 5 - Trading"

Komen artikel "The Apprentice Asia Episode 5 - Trading" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.