The Apprentice Asia Episode 10 part 1 - Homecoming Collaboration

Letih nak update The ApprenticeAsia  ni. Minggu ni tak sempat tengok hari Rabu punya. Tadi baru sempat tengok lepas berbuka. The Apprentice Asia untuk minggu ke 10 ni dia buat recap dari minggu pertama sampai la minggu ke 9. Lepas tu baru Tony berjumpa ngan Jonathan dan Andrea untuk bagi tugasan finale. Nampak tak permainan dia? Dia recap setengah jam, pastu cabaran tinggal setengah jam. Yang pastinya akan bersambung ke Episode Finale minggu depan.
Andrea dibantu Ningku, Alex dan Dian

Cabaran untuk minggu ke 10 The Apprentice Asia adalah mereka iaitu Jonathan dan Andrea perlu menganjurkan satu acara lelongan bersama Yayasan AirAsia untuk mengumpul dana. Lebih kurang camtulah, aku pun tak ingat. 6 orang peserta lepas seperti Alex, Sam, Ningku, Nash, Dian, dan Celina datang untuk membantu Jonathan dan Andrea. Pemilihan secara undi dgn syiling (coin) dicampak oleh Mark. Andrea dibantu Dian, Ningku dan Alex, manakala Jonathan dibantu Sam, Nash dan Celina (yang lawa betul la!)
Celina sedang menunjukkan sesuatu kepada Jonathan.
Andrea masih tak selesa dengan Dian sebab sikap Dian yang lebih kepada follower walaupun dah diberikan tugas. So far dengan ahli kumpulan lain okey je. Alex kurang menyerlah plak kalini. Ke aku yang tak perasan. Lain pulak dengan team Jonathan, team ni nampak lebih mesra antara ahlinya. Jonathan sangat percaya dan yakin dengan tugasan yang telah diberikan kepada Sam, Nash dan Celina. Andrea tak abes-abes cakap si Jonathan bertindak mengikut emosi bukannya rational. Tapi yang penting Team Jonathan lebih cool dan smooth dalam menjalankan tugas kalini. Aku jangka team Jonathan menang.

Andrea tidak bersetuju dengan acara hiburan dalam majlis lelongan ni. Dia kata majlis camni tak sesuai benda-benda camtu. Berbeza dengan Jonathan yang sangat berpuas hati dengan Nash yang telah mendapatkan temujanji dengan seorang penyanyi Tanah Air yang aku tak ingat namnya untuk membuat persembahan di Majlis tu nanti selain pertunjukkan tomoi. Ini je kot untuk minggu ni sebab episode ni bersambung minggu depan. See ya!

Artikel berkaitan dengan "The Apprentice Asia Episode 10 part 1 - Homecoming Collaboration"

Komen artikel "The Apprentice Asia Episode 10 part 1 - Homecoming Collaboration" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.