The Apprentice Asia Episode 7 - Air Asia Fashion Design

Minggu ke-7 The Apprentice Asia, 3 lawan 3.  Celina, Alex dan Sam dalam Team Apex, Andrea, Dian dan Jonathan dalam Team Mavericks. Cabaran untuk minggu ni macam best bagi aku. Kebetulan pulak tengok dengan bini aku yang memang obses dengan fashion design. Yes! Cabaran untuk episod ke 7 The Apprentice Asia adalah untuk mereka bentuk pakaian baru bagi Staff AirAsia menggantikan Fesyen lama yang telah digunakan oleh Staff-staff dan krew-krew AirAsia selama ni.

Uniform Staff AirAsia
Nak tak nak, Dian 'terpaksa' menjadi Project Manager untuk episode 7 ni sebab demi membuktikan kebolehannya dalam memimpin dan mengepalai projek. Minggu ke-6 Tony dah bagi peluang kat Dian untuk Dian menunjukkan dan membuktikan yang dia boleh menjadi Apprentice Tony. Pendapat peribadi aku Dian beruntung sebab cabaran untuk episod ke-7 ni memang cool dan tak perlu deal dengan sales. Hanya perlu kekreatifan.

Dian menjadi Project Manager Julung kalinya.
Walaubagaimanapun, aku terasa spoil masa Team Mavericks yang diketuai oleh Dian berjumpa dengan staff dan krew AirAsia untuk bertanyakan serba sedikit maklumat tentang fesyen dan pakaian staff AirAsia, dengan selamba Dian lepas tangan dengan mempersilakan Jonathan untuk bertanyakan soalan selepas memperkenalkan diri dan ahli kumpulan. Sepatutnya Dian sebagai project manager mendominasi almost semua perkara atau at least jangan nampak sangat macam lepas tangan.  Sepanjang perbincangan dengan Fashion Designer pun Jonathan dan Andrea nampak lebih fokus dan serius berbanding Dian yang memberikan Idea pastu gelak-gelak. Mungkin Dian nak mewujudkan suasana kerja yang happy dan ceria.  Apa pun design Team Mavericks ni aku suka sangat berbanding Team Apex.

Celina menggunakan 'kuasa penuh' dalam mereka design terbaru uniform AirAsia - left Silas Liew.

"Cara kerja bersama Alex berbeza dengan cara kerja bersama Sam"
Sam banyak bagi idea dan jadi 'Mr. All I can do' dalam The Apprentice Asia ni. Dalam Episod ke 7 ni dia terasa diri dia disisihkan oleh Alex dan Celina. Kesungguhan Sam dalam memberi idea dalam semua perkara kadang-kadang menjengkelkan Alex dan Celina. Celina pulak mengakui selesa bekerja dengan Alex. Alex sebagai Project Manager untuk tugasan minggu ni memberikan sepenuh kepercayaan kepada Celina untuk membuat keputusan atas design yang hendak dibuat. Ternyata idea Celina lebih kepada 'syok sendiri' dan pentingkan minat sendiri sebab semua idea Sam dalam menentukan warna dan design ditolak oleh Celina dengan alasan Celina lebih mengetahui fesyen berbanding Sam.

Alex salahkan Celina sebab pegang kuasa mutlak tanpa hirau idea Sam
Seperti yang dijangkakan, Team Mavericks menang dalam tugasan minggu ke 7 The Apprentice Asia dengan mendapat undian 80++ berbanding Team Apex mendapat undian 50++ dari staff dan Krew Airasia. Nasib ko menang wahai Team Mavericks, kalau tak aku dah tau siapa yang tersingkir, Dian. Celina tersingkir minggu ke-7 The Apprentice Asia sebab 'kuasa penuh' yang digunakan dalam mereka cipta design baru uniform Krew dan Staff Airsia. Setuju aku katakan, design Celina nampak so 70'an. Celina agak terkejut sebab orang yang dia backup selama ni iaitu Alex telah menghentam dirinya sebab tak bagi peluang kepada Sam untuk memberikan idea. Ni yang aku tak berapa gemar dalam The Apprentice ni, saling menjatuhkan untuk diri sendiri terus maju kehadapan.

Celina dipecat di minggu ke 7 The Apprentice Asia.

Artikel berkaitan dengan "The Apprentice Asia Episode 7 - Air Asia Fashion Design"

Komen artikel "The Apprentice Asia Episode 7 - Air Asia Fashion Design" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.