The Apprentice Asia Episode 8 - Beetle Up!

The Apprentice Asia makin nak penghujung episod. Team Apex tinggal 2 orang je iaitu Samuel dengan Alexis. Team Mavericks dengan Andrea, Dian dan Jonathan. Task diaorang untuk minggu ke 8 ni ialah membuat iklan secara live tentang kereta iconic yang popular sejak 70 tahun iaitu Volkswagen Beetle. Mereka dikehendaki membuat iklan dihadapan penonton secara live. Camtulah konsep yang aku paham.

Penonton yang menyaksikan secara live iklan Volkswagen oleh peserta The Apprentice Asia.
Samuel sebagai Project Manager team Apex memberikan idea untuk membuat iklan berkonsepkan rancangan The Apprentice di mana dia berlakon konon-konon sebagai Donald Trump atau Tony Fernandes. Alex tidak berapa bersetuju atau dia mungkin pura-pura tak setuju dan tak paham apa yang cuba Sam ekspresskan. Tapi last2 Alex bersetuju dengan idea "Apprentice" Samuel tu. Advisor, Lankester hanya gelak dan mengatakan Alex ni bijak sebab kalau team apex kalah, Alex boleh menyalahkan Sam dan Sam boleh disingkirkan. Team Apex memilih tagline "You Qualify, Beetle Up" yang disukai oleh pihak Volkswagen tu sendiri.

Tagline Team Apex - You Qualify. Beetle Up!
Sam yang berlakon sebagai Tony Fernandes
Andrea memilih dirinya sendiri untuk jadi Project Manager untuk task kali ini. Masa kat War Room tu nampak macam ada 2 orang je yang berbincang iaitu Andrea dan Jonathan. Si Dian tenggelam dek kerana sikapnya yang lebih kepada follower daripada menjadi leader. Tapi kesian gak kat Dian sebab apa yang dicadangkan atau dicakap oleh Dian akan dibangkang oleh si Andrea.  Dian tetap dengan sikapnya yang happy go lucky tapi menyebabkan Jonathan berasa kurang selesa dengan sikap Dian tu. Ye la, Jonathan ni jenis fokus kat kerja tak suka main2. Konsep yang diaorg buat adalah sepasang married couple yang nak pegi bercuti dengan Volkswagen Beetle barunya dan terserempak dengan jiran yang memuji Volkswagen Beetle baru pasangan tu.
Team Mavericks, Dian sangat hebat memainkan peranannya sebagai 'talent'

Dian Krishna Mukti suka menceriakan keadaan stress semasa bekerja.
Pendapat peribadi aku sendiri, aku suka idea Team Mavericks berbanding Team Apex. Tapi Kathleen (Advisor Team Mavericks) cakap idea tu terlalu generic dan boleh digunakan kat mana-mana iklan kereta. Pada mulanya pihak Volkswagen suka idea Team Mavericks ni tapi ntah camna Team Mavericks boleh kalah. Berbanding team Apex yang bagi aku la, ideanya memang 'in the box' sangat. Langsung tak keluar dari kotak. Aku percaya kalau Alex yang keluarkan idea, mesti akan keluar kotak. Tapi ini Samuel, memang ideanya akan berkisar kat perkara sekeliling dia. Aku ingat lagi masa task buat video viral, Sam mencadangkan something tentang Tony, Richard Branson yang pakai pakaian krew cabin AirAsia. pffttt! Tapi tak tau la kenapa Tony Fernandes tu suka sangat idea 'basi' Sam.

Dian dipecat minggu ke 8

Minggu ke 8 The Apprentice Asia ni, Dian dipecat. Memang aku akui Dian layak dipecat sebab dia langsung tak dominan. Dia tenggelam dek kewujudan Jonathan dan Andrea. Dia sepatutnya lebih tegas dan Aggresif dalam bertindak. Dian, kalau betul kau hebat, tak perlulah kau sedih ye sebab kau boleh buktikan kat luar sana tu yang kau lebih hebat dari Andrea dan Jonathan. Buat legasi sendiri. Haaa siap aku bagi pesanan lagi kat Dian. The Apprentice Asia minggu ke 9 dinantikan jugak sebab teaser dia menunjukkan 2 orang akan dipecat. Aku jangkakan Sam dan Andrea.

Artikel berkaitan dengan "The Apprentice Asia Episode 8 - Beetle Up!"

Komen artikel "The Apprentice Asia Episode 8 - Beetle Up!" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.