Makin Yakin Shopping kat DealExtreme

Aku pernah beli barang kat dealextreme (sekarang dah tukar dx.com) sebelum ni. Barang pertama yang aku beli kat dx.com adalah wireless mic. Time tu nak buat recording video untuk member aku kawen. Guna DSLR la konon2. So far ok la, harga pun murah (boleh dikatakan harga borong), barang pun sampai tepat pada masanya. Sebelum aku tekan butang check out tu, ada gak aku survery2 kat google mana la tau ramai yang tak puashati kat laman DX.com, ternyata memang ramai yang tak puashati dengan servis dan penghantaran yang sangat lambat (Sebulan lebih baru sampai).

Walau camna pun, ada gak feedback positif untuk dx.com ni. Kebanyakkan yang bagi feedback negative adalah sebab penghantaran, tu je la pun. Sebenarnya diaorang (yang bg feedback negatif) gunakan FREE DELIVERY yang disediakan dx.com tu sendiri. Tapi biasalah, benda pun free, jadi lambat la sket. Kalau nak cepat boleh pilih option untuk membayar sejumlah wang untuk mempercepatkan proses penghantaran, 2 minggu je.

Barang kedua yang aku beli kat dealextreme ni, adalah jam tangan G-Shock (dah tentu2 la imitation okey!), harga 10USD je time tu termasuk penghantaran. Keyakinan aku untuk beli dari dealextreme ni sebab pembelian pertama aku yang berjaya tu. Tapi jangan tak tau, pembelian kedua ni agak bermasalah malah gagal. G-Shock tu tak sampai kat aku. Time tu susah sangat nak track pembelian. Tak macam sistem tracking sekarang, nampak flow dengan jelas. 

Paparan terbaru sistem tracking DealExtreme
Berikutan problem tak dapat G-Shock tu, aku pun cuba la menghubungi customer service dealextreme ni. Respon CS diaorg memang terbaik, penyelesaian yang diaorg bagi adalah dengan bagi aku pilihan samada untuk menghantar semula barang yang tak sampai tu atau refund duit (melalui paypal). Aku pilih untuk direfund duit melalui paypal. Ni part yang tak best, tak masuk pun duit tu ke paypal, dan aku terus tak follow up sejak hari aku bagi pilihan tu. Sebab tu kot duit tu tak masuk. But its okey lets bygone be bygone.

Antara barang yang aku pernah beli kat DealExtreme

Tapi sejak kes tu aku tak serik beli barang kat sini sebab barang2 dia selalu update. Antara barang lain yang aku beli kat dealextreme ni macam Cable Shutter Camera X100, OTG Cable untuk Samsung Tab, Wallet Kulit (rare ni) dan Bateri Nokia 6233 (BP-6M). Ada jugak barang yang susah nak cari kat luar, lagi2 sparepart henpon ke boleh la cari kat sini. Barang-barang seterusnya yang aku beli kat dealextreme ni sampai dengan jayanya. Tipsnya aku share kat sini, jangan guna FREE DELIVERY tu, bayar la sikit untuk jaminan barang sampai ke alamat kita dengan selamat. Aku tak kata FREE DELIVERY  ni tak sampai, tapi jaminan tu takde. okeh selamat bershopping kat DealExtreme.

Artikel berkaitan dengan "Makin Yakin Shopping kat DealExtreme"

Komen artikel "Makin Yakin Shopping kat DealExtreme" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.