Dr Azizan Dikatakan Menipu

Isu penipuan Dr Azizan Mentor Perniagaan yang terkenal tiba-tiba timbul lagi sekarang nih. Merebak macam berita politik, ianya sangat viral. Tahniah Dr Azizan kerana nama anda sangat popular sekarang walaupun sebelum ni pun dah popular.

Dalam kalangan keluarga aku sendiri, aku adalah individu yang aktif mengajak keluarga untuk pergi ke seminar-seminar percuma yang dianjurkan oleh Richworks nih. Bukan je family, kawan-kawan pun aku ajak sebab aku tengok Dr Azizan ni memang meyakinkan dalam bab bab ilmu marketing dan keusahawanan.

Dr Azizan

Isu yang terjadi ni sebenarnya apabila salah seorang peserta seminar (Rohaniah Noor) yang mungkin pihak pengurusan Richworks terlepas pandang berkenaan dengan Personal Coaching yang sepatutnya peserta ini dapat. Boleh baca lanjut kat blog JomGelakFM untuk penerangan yang lebih jelas berkenaan isu ni.

Aku akui memang tak sepatutnya la kes-kes macam ni boleh kat syarikat yang gah macam Richworks ni, tapi semua perkara yang berlaku memang tidak diduga dan kadang-kadang diluar kawalan. Bak kata Mazidul Akmal Sidek dalam blognya (disini) sepatutnya Dr Azizan mengaplikasikan Damage Control dengan segera apabila kes-kes camni berlaku.

Macam biasalah, bila ada isu besar berlaku dalam mana-mana organisasi, CEO atau pengasas la yang akan dipersalahkan 100%. Tapi bila kita perhalusi, tak mungkin la Dr Azizan yang menguruskan tempahan untuk personal coaching, dialah yang menerima bayaran, dialah yang follow up bakal peserta, memang tak mungkin. Umpamanya seperti (contoh) Konstabel amik rasuah kat bangla, Ketua Polis Negara yang terus dipersalahkan, Anak-anak buat maksiat ibubapa yang dipersalahkan.

Ketua Polis Negara tak tau pun anak buahnya nak amik rasuah, ibubapa pun tak perasan (sebab anaknya cover line baekk punya) yang anaknya pegi buat maksiat. Jadi dalam isu tuding jari mengatakan Dr Azizan menipu sewajarnya tak timbul memandangkan permasalahan ini telah pun diselesaikan seperti STATUS UPDATE yang ditulis di page Alumni Dr Azizan dan MEMO dalam laman web azizanosman.com.

Mungkin je ramai yang mengatakan usaha pemulihan ini agak lambat sebab isu ni dah merebak menjadi 'barah' bagi Richworks itu sendiri.

Mungkin ramai yang mengatakan aku  ni Pro Dr Azizan. Mungkin betul tapi aku lebih suka mengatakan yang aku menulis atas dasar minda terbuka dan berdasarkan hasil yang telah dizahirkan oleh Dr Azizan sendiri.

Antara yang terlintas kat pemikiran aku sekarang adalah KAK ANIS CMC. Page kak Anis ni aku jadikan Inspirasi selain page Alumni Dr Azizan. Ada sesetengah masyarakat yang agak panik terus mengatakan Ya! Dr Azizan menipu setelah membaca dan meneliti isu yang berlaku nih. Kita seharusnya waras dan sedar, Dr Azizan hanyalah mentor tapi peserta sendiri yang patut bertindak dengan apa yang telah diajarkan.

Siapa yang penggerak kepada pembinaan Usahawan kat Malaysia ni. Seharusnya kita menghargai jasa Dr Azizan yang berusaha mewujudkan minda positif dan minda usahawan dalam diri setiap rakyat Malaysia, bumiputera khasnya. Apa yang aku perasan, sejak kemunculan Dr Azizan dalam dunia mentoring usahawan, dunia usahawan bumiputera di Malaysia makin meriah. Ini satu perkembangan yang sangat bagus dan positif. 

Pihak yang menyebarkan berita-berita tentang penipuan ni secara tak langsung sebenarnya menjadikan golongan masyarakat yang baru-baru nak berjinak dalam dunia usahawan menjadi takut untuk bermentorkan sesiapa. Sebab Modus operandi mentor adalah peserta perlu bayar yuran, kemudian mentor bagi coaching dan peserta buat apa yang mentor ajarkan.

Kena pulak masyarakat yang berfikiran "Alaaa kata nak tolong bumiputera, takkan la kena bayar kot," dan kalau free plak "Percuma? nampak sangat tak berkualiti, balik2 pusing pasal motivasi, gua dah muak la," atau "Ini mesti kena bayar ni, ni mesti ada hidden charge ni, nanti kene paksa bayar la ni. Aku dah masak sangat benda2 camni" Dan seterusnya golongan sebegini (yang nekad nak jadi usahawan jugak) akan memulakan perniagaan tanpa mentor, trial and error la katakan.

Itu tak salah, tapi jalannya akan memakan masa dan yang paling kerap berlaku adalah bila golongan ini menghadapi waktu-waktu genting dan sukar, perniagaan akan terus merudum dan pada waktu itulah golongan ini akan berevolusi menjadi golongan yang sentiasa negatif. "Bukan aku tak pernah berniaga, banyak rugi dari untung," atau "Bukan senang nak berniaga ni, banyak risiko, baik keje makan gaji tiap tiap bulan masyukk, setiap tahun ada kenaikan dan bonus," dan banyak lagi.

Kemunculan Dr Azizan bagi aku adalah sebagai punca atau jalan bagi Masyarakat yang selama ini tertidur dan berada dalam zon selesa untuk berdaya saing dan memajukan diri. Sebenarnya sebelum kemunculan Dr Azizan, dah muncul juga mentor-mentor lain macam Irfan Khairi, tapi ntah kenapa aku rasa yang branding Dr Azizan lebih 'meletop'. Mungkin Irfan Khairi lebih kepada marketing online, Dr Azizan plak nampak lebih global (betulkan aku jika aku tak betul).  Apa-apa pun Irfan Khairi still lagi antara mentor feveret aku.

Oklah, andai kata ada jugak yang nak mengatakan Dr Azizan memang penipu, teruskanlah jika anda boleh berasa lega dan boleh berjaya dengan tindakan tu, tapi pastikan hidup anda hebat malah lebih hebat dari orang yang anda perlekehkan tu.

Pastikan anda ada mentor yang boleh membimbing anda membina Empayar Perniagaan, bukan sekadar perniagaan yang menambah pendapatan, tapi membina jenama dan boleh diwarisi. Ecewah teringat kat kata2 Ammar Zahar, dia ni pun mentor gak, penekanan dia lebih kepada membina Empayar Perniagaan.

Akhir kata, kite boleh nak kata apa yang kita nak kata, tapi apabila kita mengata tu adakah kita memandang kat mana diri kita sendiri berbanding dengan orang yang kita dok kata tu. Adakah kita mempunyai usaha yang sama, adakah kita berada dalam bidang yang sama, objektif yang sama. Senang untuk mengata tetapi sukar untuk menerima.

Petik kata2 Saiful Nang, Aku menulis bukan untuk orang suka, aku menulis sebab aku suka, lebih kurang camtu la. Apa2 pun ni pendapat peribadi aku, kita mungkin berbeza. Salam Jumaat untuk semua. 

p/s: Selain Dr Azizan, siapa lagi yang ada inisiatif untuk membantu Rakyat Malaysia untuk menjadi usahawan?

Artikel berkaitan dengan "Dr Azizan Dikatakan Menipu"

Komen artikel "Dr Azizan Dikatakan Menipu" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.