File di Pendrive menjadi ikon Shortcut

Perkara ni dah 2 kali terjadi kat aku. Memang pening sebab semua file dalam pendrive aku jadi shortcut gara-gara virus yang telah infected ke pendrive tu. Sebagai contoh kalau ada file atau folder "adzril" maka shortcut utk fail atau folder itu adalah "adzril" juga. Shortcut ini akan menyamai nama file asal dalam pendrive korang.

Aku tak tau sejauh mana bahaya virus (yang aku tak tau namanya) ni. Tapi agak buntu bagi sesiapa yang terkena sebab semua file asal tidak akan kelihatan malah sesetengah kes tak boleh diakses langsung. Mungkin korang akan pergi setting utk tick "show hidden file" bagai kan? no no no, ianya takkan menjadi. umpamanya pendrive korang tu macam kosong, tapi bila check properties capacity pendrive full. Dan kalau korang tere lagi, korang siap boleh view file2 korang tu melalui command promt (cmd).

Jadi cara penyelesaian untuk permasalah ni adalah dengan (pastikan pendrive dah dicucuk ke pc/laptop);

Klik Start --> Run --> dalam kekotak Run tu, taip cmd,
command promt akan keluar, pada command promt ini, taipkan

attrib -h -r -s /s /d g:\*.*

dan Enter.

(gantikan g dengan drive untuk pendrive korang)

lepas tu setel. Taraaa!

Sekian.

Artikel berkaitan dengan "File di Pendrive menjadi ikon Shortcut"

Komen artikel "File di Pendrive menjadi ikon Shortcut" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.