Merawat Solar Plexus - Cakra Pusat

Ada beberapa kes yg saya dapati, bahawa org2 yg sakit fikiran dan emosi mereka berpunca dari kekurangan tenaga biokimia pada cakra pusat, terutamanya solar plexus. Gangguan energy pada kawasan ini mengakibatkan si penderita sentiasa berkhayal, gastrik, loya, kemurungan, urat jadi tegang terutama pada bahagian bahu, dan pada sesetengah kes radikal, akan mengakibatkan pitam on the spot jika mengalamai tekanan. Yaaaa, pada org2 yg terlalu fanatik kpd jin, maka walau berubat dan disembelih berpuluh2 ribu ekor jin pada badannya pun akan tetap sakit dan emosi kekal bercelaru walau sesudah berjumpa berbagai2 ustaz, bomoh dan perawat. 

Baiklah, saya akan tinggalkan segala kefahaman2 dan salah faham mengenai jin, saka dan buatan org utk membantu teman2 dan anggota yg mengalami KESILAPAN DALAM MEMAHAMI MASALAH KEKURANGAN ENERGY PADA SOLAR PLEXUS ANDA. Solar plexus adalah ruang simpanan energy tenaga esoterik biokimia tubuh yg terletak diantara diafragma dan ulu hati setiap manusia. 

Saya kongsikan sedikit beberapa cara mudah utk mengisi dan menstabilkan tenaga pada kawasan ini bagi siapa2 yg tidak belajar ilmu tenaga dalam dan ilmu aura. Kaedah konvensional ini adalah utk membantu menguatkan tekanan energy saja.

1- Lakukan senaman yg menguatkan urat di kawasan perut. Contohnya berbaring sambil mengangkat kaki turun naik, atau lain2 lagi yg menekan urat dan lemak di kawasan perut. Masuk Gym atau rujuk Google lah sanang carita. Perut yg kuat dan sihat, akan mengurangkan kadar pengeluaran asid perut yg radikal akibat tekanan emosi. Secara ringkasnya. AMALKAN SETIAP HARI JIKA MAMPU, ATAU 3 HARI SEKALI. 

 2- Ambil sebiji buah lemon. LEMON kerana ia berwarna KUNING. Kuning adalah warna aura bagi cakra pusat. Potong menjadi dua, JANGAN PERAH AIRNYA, rendam sahaja dalam satu jag air minum selama setengah jam atau lebih, dan simpan di dalam peti sejuk. Elemen aura berwarna kuning tadi akan meresap ke dalam air tadi, dan menukar air tadi menjadi air aura lemon. Amalkan minum air rendaman buah lemon tadi utk menambah aura pada solar plexus dan cakra pusat anda. Alternatif bagi org2 yg tidak belajar ilmu Reiki atau Aura. Amalkan selalu. Buah lemon tadi, setelah habis air rendamannya diminum, bolehlah diperah dan dicampur dalam air teh. Hehehehe. 

3- Belilah sebeiji kristal berwarna kuning, regardless of the element and use. Apa yg kita ingini pada batu kristal itu hanyalah elemen, frekuensi, vibrasi dan resonansi dari warna KUNINGnya disamping menambah perasaan jelita dan riang ria. Kristal dan warna secara saintifiknya bergetar pada gelombang yg mampu mempengaruhi setiap cakra manusia. Setelah membeli kristal utk cincin, rantai atau utk dijadikan AZIMAT dan TANGKAL, kata majoriti ustaz yg menentang kaedah ini, lakukan HARMONISASI. Caranya cukup mudah. -Pegang kristal pada genggaman tangan anda. -Tututp mata dan tarik nafas dalam2 dan hembus, lakukan 3 kali. -Dalam perasaan yg tenang, Niatkan bahawa "kristal ini bergetar dengan resonansi yg sama dengan frekuensi tubuh anda, dan semoga kristal ini mebantu memperkuatkan frekuensi aura berwarna kuning pada diri anda". Abaikan kecaman para ahli syurga yg menghentam anda dengan menggunakan ayat Quran bahawa batu dan anda akan menjadi bahan api neraka. Kerana ternyata batu juga adalah bahan binaan rumah mereka dan Galaxy S4 adalah barang yg membawa mereka ke syurga. Kalau mereka menghalalkan semua bidaah hasanah berdasarkan niat, kenapa pula anda jadi bidaah mutaah dan masuk neraka?

4- Amalkan utk mandi laut selalu atau seminggu sekali. Air laut adalah bahan pembersih aura secara SEMULAJADI yg lebih efektif, dan mampu mendatangkan perasaan bahagia bila dijalankan beramai2 terutamanya ketika berpiknik. SECARA SAINTIFIKNYA, malas lah mau tulis panjang2. Kalau mau ikut, ikut. Kalau nda mau, nda la bah. Apa guna sembahyang 20 kali sehari, kalau sisa hidup dihabiskan hanya utk dirasuk jin. Apa guna berzikir ribu2 kali sehari, kalau kesedaran hanya berzikir supaya dirasuk jin? Banyak org emfasis kpd ayat bahawa jin dan setan adalah musuh utama anak adam, dan tidak akan berhenti mengganggu kita sampai hari kiamat.

TETAPI LUPAKAH KITA, ADAKAH AYAT YG MENGATAKAN DI DALAM AL-QURAN BAHAWA UTK BERIBADAH, DAN DIJANJIKAN SYURGA, ---WAJIB DIRASUK JIN?---- ---WAJIB ADA GANGGUAN JIN SUPAYA BOLEH MASUK SYURGA?----- --GANGGUAN JIN DIWAJIBKAN SUPAYA IBADAH DIJAMIN MASUK SYURGA?-- Banyak org2 yg sudah terlampau taksub dan menyalahgunakan ayat2 suci utk menekankan gangguan jin dalam setiap anak adam. Ayat2 Quran tidak salah ya tuan2 dan puan2. Tetapi pembawaan kita terhadap menekakan gangguan jin utk mempercayai adanya rahmat Allah sudah terlalu berleluasa. SEOLAH2 ALLAH MENCIPTAKAN JIN, HANYA UTK DISEMBELIH SUPAYA KITA TAKUT KEPADA JIN, DAN RAJIN BERIBADAH KEPADA ALLAH, SUPAYA TIDAK DIRASUK JIN? 

 So, adakah saya termasuk dalam golongan ahli NERAKA jika beribadah dan diniatkan utk menambahkan ilmu secara spiritual tanpa perlu ada pendekatan dan pembabitan jin? Adakah Tuhan tolak ibadah saya selama saya tidak pernah dirasuk jin, dan tidak takut kepada jin ketika berzikir di malam hari? Owwhh, dont get me wrong.. Saya bukanlah terdiri drpd golongan2 yg tidak percaya kpd jin dan hantu. Malah saya sendiri bersama anggota Paranorms menguruskan hal2 yg berkaitan dgn hantu. Cuma kami tidak berpegang kpd kefahaman bahawa hantu AKA jin mempunyai kuasa yg lebih hebat dari manusia. Kawsasan tubuh yg sakit, memang akan dihinggapi oleh jin. Tapi jin tersebut tidak mempunyai kuasa mendatangkan penyakit kpd manusia sepenuhnya. 

 Kalau doktor konfomkan tiada penyakit secara saintifik dan diagnosis moden, ok barulah kita interpretasi itu sebagai gangguan jin sepenuhnya. Jangan terlalu fanatik dan taksub kpd jin, kerana kita sama2 juga makhluk. Sekian wassalam. Jika anda merasa post ini membangkitkan siksa neraka dan mampu menimbulkan tsunami kerana tiada jin yg disembelih sambil berzikir sewaktu menaip, DIPERSILAKAN BLOCK DAN REMOVE SAYA DARI AKAUN ANDA. Salam cinta kasih dan sayang. Maaf, kerana tiada dalil dan ayat suci disertakan utk menyokong ajaran2 bidaah saya. Dan BTW, saya ada Like beberapa gambar seksi dan seksa sambil menulis post ini. So, kalau anda merasa berdosa, dan terikut berdosa, maafkanlah saya ya.

-Perkongsian dari Cupi Ketchum-

Artikel berkaitan dengan "Merawat Solar Plexus - Cakra Pusat"

Komen artikel "Merawat Solar Plexus - Cakra Pusat" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.