Uji Fuji X100

Lama dah beli X100 ni tapi jarang sangat bawak kluar untuk uji 'kekuatanmya'. Bukan tak pernah bawak kluar langsung, tapi ada la sekali sekala.. itu pun hasil daripada shoot tu akan ku simpan dalam hard disk je tanpa mengupload hasil tangkapan ke internet mcm facebook, blog dan lain2.
Bola Jiwa Katanya

Biasanya penggunaan kamera ni ada tempat dan keadaan tertentu. Maksud aku , kamera mana yang aku akan bawak keluar bersiar-siar. Kalau untuk street memang la Fuji X100 ni akan ku bawak bersiar. Dulu masa mula2 bejinak2 dengan dunia kamera ni, aku bawak Nikon D90 aku tu almost ke semua tempat, pasar, shopping complex, pantai, wedding dan lain-lain.



Tapi sekarang dah matang la konon ahahaahhah! Semalam bawak kluar my lovely kamera X100 Fuji Mirrorless ke pantai yang memang dah lama aku mengidam untuk shoot time sunset. Nikon D90 aku simpan kat umah je untuk tujuan kerja-kerja shoot model. Sian kan aku.. shoot model guna D90, ahhh asal boleh.. DSLR tuuuu..



Untuk sesi semalam, aku dengan sahabat-sahabat energism Wan, Nooren, dengan Renny. Tempat 1st berjumpa kat Tigris Cafe Api-api Centre belakang Promenade Hotel Kota Kinabalu tu. Ini adalah salah satu tempat/kedai makan yang agak best bagi aku kat Kota Kinabalu Sabah ni. Sesuai dimasukkan dalam kategori tempat-tempat menarik untuk dilawati kat Sabah. hehehe. Macam biasa, aku yang punctual ni sampai paling awal. Sementara aku tunggu diaorang sempat la aku habiskan 2 biji roti ButterMilk yang ohsem gila weii! Ekceli aku order 4 untuk kawan sekali.

  




















Lepas diaorang dah sampai, terus kitaorang kongsi kereta dan terus menuju ke Tanjung Aru Beach. Pantai ni agak menarik klu korang datang melepak2 kat sini. Banyak kedai makan yang menarik dari yang jenis bar dan jenis food court. Selain tu boleh lepak kat tepi2 pantai melayan deruman bunyi ombak. Aktiviti kitaorang kat sini cuma borak2 je. Petang sikit terus ke area food court untuk makan aiskrim.

RM4 untuk aiskrim ni.
Banyak jugak la gambar aku amik tapi untuk diupload ke blog ni aku pilih2 la.. tak nak masukkan semua. Aktiviti shoot gambar ni bagi aku kepuasan dan pengalaman. Ye la kan, setiap kali nak shoot mesti aku cuba setting2 yang berlainan. Yang kelakar ada beberapa gambar yang aku shoot pada iso 1600 padahal matahari terik gile kot. Last2 bila dah perasan baru aku tukar balik jadi iso200. Biasanya aku guna iso400 tapi semalam saje nak try 200.

Rupanya seronok klu kita kluar2 jalan2 ni. Rasanya dah lama aku tak buat aktiviti camni. Bersiar-siar lupakan kejap kerja bertimbun kat opis tu. Lagipun aktiviti camni adalah salah satu terapi bagi diri aku. Sangat Puas. Kesimpulannya X100 ni agak seronok gak la diguna. Sebab aku selalu mengidamkan koleksi kamera aku ditambah dengan Olympus OM-D (EM-5, EM-1 atau EM-10) atau PEN EP5. Tapi insyaAllah satu hari yang singkat ini aku akan sambar jugak salah satu.

Artikel berkaitan dengan "Uji Fuji X100"

Komen artikel "Uji Fuji X100" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.