Harga Pasaran Facebook Fanpage Bakal Jatuh?

Semalam dapat email dari sifu marketing Malaysia Faisal Abdullah (FA) bertajuk "BERITA BURUK dari FB." Dalam email tu FA bagitau berita dari Astro Awani pasal peraturan facebook yang baru iaitu facebook akan kurang kan iklan dan news feed kat facebook page. Apa yang aku paham dari Astro Awani ni adalah, kita akan kurang tengok iklan2 percuma kat news feed kita. Itu bagus bagi pengguna facebook yang  tak suka iklan yang ntah apa2 keluar kat wall mereka. Tapi bagi peniaga2 online, mereka akan menghadapi sedikit halangan.


Algoritma baru facebook ini akan menyebabkan para peniaga di facebook perlu menggunakan FB Ads untuk iklan mereka muncul di news feed. Jadi pengguna yang cuba untuk beriklan secara percuma mungkin akan di'sunyi'kan iklan tu dari news feed kawan-kawan dan likers fanpage mereka. Untuk pengetahuan korang, algoritma facebook memang sentiasa berubah untuk memastikan pengguna dapat bersosial dengan selesa di facebook tanpa lambakan iklan yang ntah apa2 dan tidak  beretika.

Cakap pasal facebook fanpage ni, mungkin pemain-pemain 'hartanah' maya yang biasa menjual dan membeli fanpage ni akan berasa kurang selesa. Ini kerana list (likers) yang mereka kumpul menjadi tidak bermakna kerana para likers page tidak akan dapat suapan berita atau post yang dilakukan di page. Jadi apa lah maknanya menjual dan membeli fanpage ni lagi kan? Setau aku la, sebenarnya algoritma yang camni dah diaplikasikan oleh facebook pun selama ni. Tengok je la fanpage2 besar yang sebelum ni gah ntah kemana news feed mereka. Mungkin korang perasan kalau korang peka dengan dari mana sesuatu feed tu datang.

Post gambar yang ada link dah tak digalakkan.

Bengkel-bengkel berkaitan dengan marketing facebook pun dah makin takder dah. Sekarang ni makin banyak dan makin kerap aku nampak promosi-promosi berkaitan dengan Pemasaran Email. Jadi apa kaitan antara isu facebook ni dengan peningkatan promosi-promosi berkaitan email marketing ni? Senang. Likers di fanpage umpama pelanggan atau lead, jadi apabila facebook dah membuat algoritma yang mengekang pengguna untuk menerima suapan dari page-page ni maka email menjadi medium pemasaran paling ampuh dan evergreen yang patut dikuasai bagi peniaga untuk mengumpul senarai pelanggan mereka.

Jangan salah paham, bukan feed/suapan fanpage ke pengguna/likers langsung tak sampai, ianya sampai ke wall pengguna tetapi ianya dikurangkan dan ditapis oleh facebook mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh mereka. Dan ianya bergantung kepada jenis post tu camna la. Kalau post tu tak mendapat 'perhatian' dari pengguna facebook maka post tu akan terus berkubur dan terus menghilang 'ditelan' server facebook.

Berbalik kat berita dari Astro Awani tu, dan saranan dari Faisal Abdullah, adalah lebih baik kita membina media kita sendiri, bina senarai kita sendiri dan jangan terlalu bergantung kepada likers di fanpage. Dan aku dah nampak ada beberapa pemain hartanah maya facebook ini mula let go page-page besar diaorang dengan harga yang agak murah sebab mereka peka dengan keadaan dan berita semasa. Dan diaorang ni aku perasan dah mula masuk ke cara marketing lain. Mungkin target pemain-pemain hartanah maya facebook ni adalah instagram.

Bagi pendapat aku sendiri, facebook akan terus berdiri dengan megah dari tahun ke tahun. Tak kisah la apa pun syarat dan algoritmanya, akan tetap ada teknik untuk membuat pemasaran kat fb tu nanti. Tapi aku sendiri nasihatkan dan galakkan peniaga-peniaga online untuk membina database customer bermula dari hari ini kerana ianya akan menjadi aset paling berharga bagi peniaga-peniaga online dan offline. Ramai otai-otai yang mengajarkan cara untuk membina senarai pelanggan sendiri kat luar tu.

Apapun yang facebook buat, ianya adalah untuk kebaikan pengguna facebook dan untuk meningkatkan keuntungan facebook la kan hehehehe. Bila syarat untuk mempromosi barang perlu membuat FB Ads, maka peniaga-peniaga yang suka SPAM kat wall sendiri atau kat mana-mana bahagian facebook terpaksa belajar untuk berniaga dengan penuh beretika dan bersistem. Nampak kan? facebook wall akan lebih kemas bermula Januari 2015 ni.

Artikel berkaitan dengan "Harga Pasaran Facebook Fanpage Bakal Jatuh?"

Komen artikel "Harga Pasaran Facebook Fanpage Bakal Jatuh?" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.