Jumlah Device yang Boleh Login 1 Akaun Gmail

Timbul isu ni dalam kotak pemikiran aku selepas aku menghadapi beberapa persoalan yang aku wujudkan sendiri selepas balik dari kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) beberapa minggu lepas. Sistem OutingBOX yang aku janakan menggunakan perkhidmatan google ini mempunyai beberapa kelemahan. Nama pun percuma, jadi ianya mestilah limited. Harap suatu hari aku dapat memanipulasi lebih dari limited ini untuk kegunaan ramai orang yang memerlukan diluar sana.
gmail account multiple device login
Akaun gmail boleh diakses lebih dari 1 device
TUJUAN ASAL
Buat masa sekarang, sistem OutingBOX ini aku bangunkan khas untuk projek KIK bagi jabatan aku. Walaupun tujuan sebenar adalah untuk membantu para peniaga kecil-kecilan yang nak menguruskan sistem tempahan mereka di atas talian. Sistem tetap sama, nama je aku ubah mengikut kesesuaian projek. OutingBOX ini akan menghantar email notifikasi kepada beberapa penyelia atau pegawai atasan tentang sesuatu perkara. Jadi disinilah bermula timbul permasalahan dan persoalan aku.

HAD LIMIT PENGHANTARAN EMAIL
Dalam sesebuah jabatan yang agak besar, terdapat beberapa pegawai atasan atau penyelia yang perlu tahu kegiatan anak buah mereka, jadi sistem OutingBOX ini mampu untuk menghantar notifikasi kepada semua pegawai atasan sekaligus dengan sekali klik. Bukan 1 malah 100 email pun boleh (pada jangkaan awal aku). Betul memang boleh hantar ke 100 email notifikasi, TAPI sistem OutingBOX yang menggunakan coding FormEmailer ini ada limit sebenarnya. Hanya boleh hantar 100 email atau 100 kali hantar email. Mana2 yang sampai dulu sistem akan lock penghantaran email notifikasi. Kena tunggu 24 jam untuk reset balik jadi kosong. 1 kali submit data, OutingBOX akan trigger notifikasi ke 5 email pegawai atasan. Kalau 1 hari ada 20 pegawai submit data, dah confirm 100 email (20orang x 5 email) akan ditrigger oleh sistem untuk menghantar ke email pegawai.


JUMLAH DEVICE BOLEH LOGIN
Namun mengikut pemerhatian aku, macam bukan 24 jam , malah lebih. Sabar je la. Setakat ni belum ada abuse sistem dari pengguna yang membolehkan aku mendapatkan data sebenar. Tapi sebelum abuse sistem tu berlaku, aku dah memikirkan jalan penyelesaian untuk meminimumkan penghantaran email ini. Caranya dalah dengan setiap pegawai atasan login 1 akaun gmail yang dikhaskan untuk sistem OutingBOX ini. Jadi sistem OutingBOX hanya perlu menghantar kepada 1 email (yang dikhaskan untuk sistem ini) sahaja dan semua pegawai atasan yang telah login akaun khas ini akan menerima notifikasi dari sistem OutingBOX. Ini adalah kerana akaun gmail boleh diakses oleh 15 device dalam satu-satu masa.


Walaubagaimanapun, aku masih belum uji cuba lagi untuk perlaksanaan login 1 akaun gmail bagi beberapa device ni, cuma aku terpikir ini adalah penyelesaian terbaik yang boleh membantu sistem OutingBOX ini bertambah lancar dan mantap.

Artikel berkaitan dengan "Jumlah Device yang Boleh Login 1 Akaun Gmail"

Komen artikel "Jumlah Device yang Boleh Login 1 Akaun Gmail" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.