Lenovo P70 Bapa Segala Ketahanan Bateri

Peminat tegar smartphone Lenovo mesti ternanti-nantikan kemunculan model terbaru produk ini. Bagi yang betul-betul enthusiast produk Lenovo ni mesti ada model yang paling diminati sebab Lenovo ni ada banyak siri. Ada siri S, A, K dan yang paling rare adalah siri P. Memperkenalkan dengan excited nya Lenovo P70 smartphone yang mengungguli ketahanan bateri lebih dari jenama-jenama lain dan semua siri yang berada dalam keluarga Lenovo.
bateri tahan lama
Lenovo P70

Bateri Lenovo P70 Tiada Tandingan

Memang tak dinafikan, sebenarnya ada je jenama lain yang mempunyai kapasiti bateri yang besar antaranya yang aku tau jenama LG dengan model G2, G2 Pro, G3, G3 Stylus Dual yang masing-masing mempunyai kapasiti bateri sebanyak 3000 ke 3300mAH. Harga di Malaysia pun agak berpatutan bagi LG G3 Stylus Dual berbanding model G yang lain. Selain tu ada juga smartphone dari China yang tak kurang hebatnya. Antara yang aku pernah tahu adalah Leagoo Lead7 yang mempunyai Kapasiti Bateri 4500mAH. Selain itu terdapat satu lagi phone yang mempunyai kapasiti bateri sebanyak 8000mAH yang aku pernah tulis artikelnya sebelum ini iaitu telefon yang diberi nama A7 LED White Torchlight.

Kemampuan Lenovo P70 memang aku tak boleh nak nafikan sebab aku sendiri adalah peminat tegar siri P sebelum ini. Kalau korang perasan, Lenovo P70 adalah model kedua bagi siri P yang sebelum ini menggunakan nombor P780. Sejak aku pakai P780 memang aku sangat-sangat berpuas hati dengan performance smartphone ni P780 ini. Sebenarnya aku tertunggu-tunggu siri P selepas kejayaan P780 tapi agak menghampakan bila Lenovo hanya mengeluarkan siri S, A, K dan lain-lain tanpa mengeluarkan model P780 yang terkenal dengan ketahanan bateri sehingga 2 hari setengah.

Lazada Malaysia

Tambah Baik Berbanding Lenovo P780

Akhirnya pada tahun 2015 Lenovo telah mengumumkan model siri P iaitu P70 yang betul-betul memberikan aku sinar terang (mata aku terang bila dengar berita ni) untuk aku memiliki smartphone yang ini. Aku bertambah excited bila aku tahu yang P70 ini didatangkan dengan storan dalaman 16gb berbanding model P780 yang didatangkan dengan kapasiti 4gb dan 8gb. Untuk P780, dengan storan 4gb dan 8gb adalah sangat-sangat tidak bersesuaian sebab smartphone ini mampu multitask beberapa aplikasi dengan sangat lancar. Tetapi dengan storan yang terhad, hanya beberapa aplikasi sahaja yang boleh diinstall di smatphone Lenovo P780.

Harga Lenovo P70 di Malaysia

Kedatangan Lenovo P70 betul-betul telah menambahbaik kekurangan yang ada pada model Lenovo P780.  Jika dahulu P780 didatangkan dengan RAM 1gb Quad-Core 1.4Ghz, sekarang P70 mempunyai 2gb ram Octa-Core 2.0 Ghz 4G LTE. Lebih mengejutkan lagi harga bagi set baru original Lenovo P70 di Malaysia adalah sekitar RM669-680 seunit berbanding Lenovo P780 berharga RM890 ke RM990 seunit untuk model 4gb! Lenovo ni dah gila ke apa?

Kamera Low Profile, Kualiti Premium

Banyak lagi kelebihan-kelebihan Lenovo P70 yang membangkitkan selera aku untuk borong beberapa unit untuk diberikan kepada keluarga dan sanak saudara. Antara lain yang boleh aku nak gebang adalah kualiti gambar yang dihasilkan oleh Lenovo siri P ni memang sangat menakjubkan. Artikel aku berkenaan perbandingan Lenovo P780 dengan Leagoo Lead 2 sebelum ini cukup menunjukkan betapa aku teruja dengan kualiti gambar yang dihasilkan oleh P780 walaupun pihak Lenovo tidak pernah mendedahkan secara umum sensor apakah yang mereka gunakan untuk kamera bagi semua siri Lenovo lebih-lebih lagi siri P ini. Berbeza dengan jenama Leagoo dan beberapa pengeluar jenama lain yang menggunakan sensor Sony (bagi aku mempergunakan nama Sony) bagi marketing mereka.
Sekali lagi aku nak bagitau, aku memang betul-betul teruja dengan kemunculan Lenovo P70 ini. Ini adalah smartphone yang paling praktikal bagi penggunaan harian. Selain ianya berbaloi untuk dimiliki dan murah.


Artikel berkaitan dengan "Lenovo P70 Bapa Segala Ketahanan Bateri"

20 10 Komen untuk "Lenovo P70 Bapa Segala Ketahanan Bateri"

  1. hai...saya baru saja memiliki P70...saya kebetulan survey cari2 p780..dalam byk2 kedai hp mmg ditakdirkan sy bertemu satu2 nya kedai yg menjual P70 dan juga ada 1 unit saja...sy terus sambar tp mahal sikit rm720...tp mmg puas hati!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah.. saya jamin mesti puashati. Ni kalau lenovo nampak ni, dia patut amik saya jadi duta. Hehehe.

      Padam
  2. hai...saya baru saja memiliki P70...saya kebetulan survey cari2 p780..dalam byk2 kedai hp mmg ditakdirkan sy bertemu satu2 nya kedai yg menjual P70 dan juga ada 1 unit saja...sy terus sambar tp mahal sikit rm720...tp mmg puas hati!!

    BalasPadam
  3. Mcm best je p70 ni.....sy tgh survey lenovo ni....

    BalasPadam
  4. Kualiti gambar tak seperti yang digembar-gemburkan. Bila zoom lagi teruk. S850 jauh lebih baik.

    BalasPadam
  5. Kualiti gambar tak seperti yang digembar-gemburkan. Bila zoom lagi teruk. S850 jauh lebih baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi saya kualitinya baik pada kelasnya. cuba tengok bokeh yang dihasilkan oleh P70 pada cahaya yang cukup. sangat rare dan cantik.

      Padam
  6. Bila online, bateri cepat panas dan cepat habis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cepat habis memang betul kalau heavy duty. sangkaan saya sedikit meleset kerana menyamakan P70 dengan P780 sebab mempunyai kapasiti bateri yang sama tanpa memikirkan processor bagi kedua2 device ini. apapun terima kasih kerana mengkomen. :)

      Padam
  7. Bila online, bateri cepat panas dan cepat habis.

    BalasPadam
  8. Sama lah...bila on9...bateri cepat gak abis...apa cite nih...kata 4000mh...sama je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la... cepat abes.. sama je ngan henset lain. power lagi lenovo P780.
      sori semua.

      bateri cepat abes mungkin sebab processor yang lebih power dan paparan HD. Jadi secara jujurnya aku mengakui P70 tidaklah sepower P780.

      Padam
  9. saya tgh ushar p780 dgn p70...better amik mane..p780 rm200 lagi murah

    BalasPadam
  10. Sy baru beli p70 smlm..performance kamera n bateri sngt x memuaskan hati..kamera x sharp..pastu pecah..nk bnding ngn p780...setting biasa n HD gmba nmpk timbul..bateri bertahan 6-7 jam je..xmampu lwn p780 bateri mmpu thn 2 hari heavy usage..Yela sbb processor octacore kan..kerja kuat..consume power bnyk...p70 sngt menghampakan..waaa rindu p780..admin ada tips x nk bg p70 lmbt abes bateri

    BalasPadam
  11. Hai aliaa mizan.. betul tu.. sy xkan delete artikel ni, tp sy akan buat artikel baru cakap pasal p70 yg cepat panas dan bateri dia x tahan pun. Sy setuju mungkin sebab processor 8 core.

    Alaa pegi la repair balik p780 awak tu..

    BalasPadam
  12. Baik pakai a7000 plus lg senang

    BalasPadam
  13. Guna ja a7000 plus puas hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin la.. sy xpernah guna pun a7000 plus tu. Setakat ni p780 memang yg terbaek. P70 sgt2 tak rekemended.

      Padam

Terima kasih sebab sudi komen.