Cara Daftar Akaun Tabung Haji Di Maybank2u

Sebelum kita nak gunakan fungsi transfer duit Maybank2u ke akaun Tabung Haji secara online, kita perlulah daftar akaun tabung haji di Maybank2u. Cara nak daftar bukanlah di Maybank2u.com.my tetapi korang perlu pergi ke mesin ATM Maybank untuk mendaftarkan akaun Tabung Haji korang itu sebelum dapat menggunakannya.

Cara daftar akaun Tabung Haji ke Maybank2u


Jadi aku terus la ke topik utama kita iaitu cara daftar akaun Tabung Haji ke Dalam Maybank2u demi menjimatkan masa korang. Pastikan korang bawak buku Tabung Haji untuk pendaftaran ini.

1. Pertama sekali masukkan kad ATM Maybank ke dalam Mesin ATM Maybank dan masukkan nombor pin Kad ATM Maybank korang tu.

Baca juga : Cara semak baki tabung haji secara online.

2. Pergi ke menu TABUNG HAJI

3. Seterusnya ke menu DAFTAR AKAUN TH KE ATM KAD

4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji di ruang yang disediakan,  disusuli dengan nombor siri Buku Tabung Haji.

Contoh nombor akaun dan nombor siri buku Tabung Haji

Apa yang menariknya, lepas je korang daftar akaun Tabung Haji di mesin ATM Maybank korang boleh terus akses akaun Tabung Haji korang di Maybank2u. Baca artikel tentang penggunaan fungsi pindah wang dari Maybank2u ke Tabung Haji untuk mengetahui lebih lanjut.

Artikel berkaitan dengan "Cara Daftar Akaun Tabung Haji Di Maybank2u"

37 10 Komen untuk "Cara Daftar Akaun Tabung Haji Di Maybank2u"

  1. Salam semua..nak tanya skit boleh ke ambil duit akaun tabung haji kita melalui
    Mybank2u?

    Maksud saya duit tabung haji tranfer ke akaun mybank,
    Mengunakan hikmat mybank2u.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyer boleh. Hari cuti pun boleh. Transfer dari TH ke akaun Maybank, pastu pegi ke ATM Maybank dan terus keluarkan duit pakai kad.

      Padam
  2. Tolong beri pencerahan skit boleh

    BalasPadam
  3. Salam nk taya dah msukkn no akaun tabung haji skali dgn siri no ke.. ke buat satu2 dlu..akaun dlu slps tu no siri buku

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut arahan satu persatu kat ATM tu.. ada ditunjukkan pada skrin paparan atm maybank.

      Padam
  4. Salam nk taya dah msukkn no akaun tabung haji skali dgn siri no ke.. ke buat satu2 dlu..akaun dlu slps tu no siri buku

    BalasPadam
  5. saya dah buat dekat atm.resit transaksi pendaftaran pun masih ada.bila buka maybank2u dan login tabung haji tak appear pun.macamna ye saudara?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau langkahnya semua telah diikuti sepatutnya appear tu kat maybank2u. kat menu transfer.

      Padam
  6. Saya try buat tadi tapi katanya urusan tidak dapat dijalankan. Agak2 kenapa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin sebab waktu ni maybank atau tabung haji tengah offline kot. saya pun tak pasti.

      Padam
  7. A very good blog..but u should say 'You are God Creation in human form'..just opinion. Tq

    BalasPadam
  8. boleh tak kita nak register no tabung haji orang lain dalam maybank2u. sbb sy dh lama register tabung haji kat dalam tu. skrg nak register no anak-anak pulak. senang nak cek balance.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. Sebab sy letak nombor tabung haji emak saya. cuma masa nak transfer duit dari maybank tu nanti dia akan mintak no ic pemilik akaun tu la sebelum transfer.

      Padam
    2. Ye ke kena pakai ic kalau nak keluar kan sebab banyk baca dekat web lain lepas daftar terus boleh keluar duit tak ada tulis kena letak no ic

      Padam
  9. sebarang tranksaksi duit dari TH ke Maybank atau Maybank ke TH ada charge tak?

    BalasPadam
  10. akaun tabung haji hanya akaun kita satu sahaja atau boleh buat double akaun tabung haji? sebab kalau boleh nak buat untuk akaun tabung haji anak sekali.

    BalasPadam
  11. Saya dah cuba buat seperti di atas tetapi last sekali atm bagi tahu no akaun ada tidak diterima.
    Mungkinkah akaun saya ni dah lama tidak dan perlu diaktifkan kembali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya.. mungkin nombor akaun Tabung Haji tuan dah tak aktif. cuba pegi ke mana-mana tabung haji untuk tanyakan status akaun sama ada aktif atau tak.

      Padam
  12. boleh check balance sekali la ye dlm TH tu? cth sy nak daftar utk 2 org ank sy. pas tu duit dlm TH ank sy tu bole ke sy kluarkan gna kad maybank?mohon explain

    BalasPadam
  13. terima kasih..info yg sgt berguna

    BalasPadam
  14. Sgat membantu tuan
    Last alternatif bile tersedar sgat
    Trimksh ilmu yg dikongsikan
    Semoga bermanfaat dn dimanfaatkan

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum tuan... macam mana cara nak transfer duit drp tabung haji ke maybank?

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://www.adzril.com/2015/04/cara-transfer-duit-maybank2u-ke-tabung-haji.html

      Padam
  16. Assalamualaikum..camner ye nak chek baki duit dalam akaun Tabung Haji didalam maybank2u.com?

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://www.adzril.com/2015/05/semak-baki-akaun-tabung-haji-secara.html

      Padam
  17. Salam nak tanya..kalau macam tu, kalau ada orang curi buku tabung haji,boleh la dia curi duit dalam tu melalui atm maybank?

    BalasPadam
  18. boleh jadi kalau yang curi tu tahu nombor kad pengenalan kita dan biasanya buku tabung haji tu kita mmg sorokkan dari pengetahuan orang kan? apa pun persoalan ni sangat bagus. tak pernah terpikir pun.

    BalasPadam
  19. Salam, nak tanya. Boleh ke klau daftar dua acc tabung haji dalam satu maybank? Means yg sy dengan mak. Atau satu acc je yang boleh?

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.