Cara Transfer Duit Maybank2u ke Tabung Haji Secara Online

Cara transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji secara online sebenarnya ada 2 cara, setau aku lah. Cara pertama yang selama ni aku guna adalah dengan set di Favorite Bill Payment dalam menu Maybank2u. Tapi untuk bulan ni aku dapati dah takde menu bill payment untuk masukkan duit dari Maybank2u ke Tabung Haji secara atas talian.

maybank2u ke tabung haji
Transfer duit dari Maybank ke Tabung Haji

Tapi sebelum korang boleh transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji secara online, korang mesti dah daftarkan nombor akaun Tabung Haji korang kat Maybank2u. Untuk cara daftar akaun tabung haji dalam akaun Maybank2u korang boleh baca artikel berkenaan di sini.

Kita teruskan ke topik Cara Transfer Duit Maybank2u ke Tabung Haji Secara Online.

Baca juga : Cek baki tabung haji guna Maybank2u

simpanan tetap
1. Setelah anda login ke akaun Maybank2u anda, Klik pada menu Account & Banking

maybank ke tabung haji
2. Seterusnya klik menu Transfers

duit maybank ke tabung haji
3. Klik menu Tabung Haji

cara mudah pindahkan duit
4. Cari menu Fund Transfer dan klik.

cara pindahkan duit maybank ke tabung haji
5. Klik pada menu Maybank to TH Own Account Transfer

Online Transfer Maybank to Tabung Haji
6. Masukkan amaun / jumlah yang hendak di transfer ke Tabung Haji dan klik butang Continue.

Tabung Haji Online
7. Request TAC dan masukkan nombor TAC ke dalam ruang TAC. Kemudian klik butang confirm.

Maybank ke Tabung Haji, Online Transfer
8. Selesai
Harap tips ini membantu untuk anda transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji secara online. Tapi ingat, sebelum korang boleh buat proses pemindahan duit dari Maybank ke Tabung Haji ni, korang perlu daftar akaun tabung haji ke Maybank2u dahulu.

Haritu artikel kat bawah ni semua viral tau!:

28 10 Komen untuk "Cara Transfer Duit Maybank2u ke Tabung Haji Secara Online"

  1. boleh chek balance th dari maybank2u tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tuan... ada dalam artikel saya yang lain bertajuk semak baki tabung haji secara online. atau boleh copy link ni http://www.adzril.com/2015/05/semak-baki-akaun-tabung-haji-secara.html

      Padam
  2. boleh chek balance th dari maybank2u tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyer boleh cek baki akaun tabung haji dari akaun maybank2u.

      Padam
  3. Salam, En. Aryl. Caj transaksi rm1.06 ada juga ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul setiap transaksi pemindahan dari Maybank ke tabung haji akan di caj RM1.06 begitu juga sebaliknya.

      Padam
  4. macam mana saya ingin hendak pastikan no akaun tabung haji saya masih aktif?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas 7 tahun baru tak aktif... ada dalam buku tabung haji.

      Padam
  5. Mudah ja masa kini semua ada sistem online

    BalasPadam
  6. selain caj RM1.06 ada caj 6% utk GST juge ke?

    BalasPadam
  7. salam,, tuan,, nk cek baki asb ada berapa mcm mne?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam. alahai asb saya belum kaji lagi.. hehehe

      Padam
  8. Assalamualaikum. tuan, kalau kita nak keluarkan duit dari tabung haji guna atm maybank boleh ke? ada charge?

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum. Boleh tak bt online banking, transfer tabung haji ke maybank2u?

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum tuan, kalau dari m2u saya, nak transfer ke account tabung haji anak, guna "maybank to 3rd party TH account transfer" ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ada menu selepas kita tekan pautan transfer. Semua dlm 1 tempat termasuk masukkan duit dari Maybank ke Tabung Haji.

      Tak silap saya, ada ada buat artikel berkaitan ini jugak. Boleh cari dlm blog ni.

      Padam
    2. eh salah baca, kalau nak transfer dari maybank tuan ke tabung haji anak, kena tambah nombor akaun kat senarai tabung haji tu. Walaupun dah favourite, masa nak transfer tu nanti dia akan minta no ic pemilik akaun tabung haji yang kita nak transfer tu.

      Padam
  11. Assalam encik . Nak tanya kalau akaun tabung haji anak under nama suami, blh ke sy register dlm maybank2u? Or adakah suami sahaja blh?
    Tqvm

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je letak akaun tabung haji sesiapapun dalam maybank2u sesiapa.

      Padam
    2. Boleh withdraw dan deposit atau pon boleh deposit shje ? Klau akaun tbung hji ank undr nme hsbnd ?

      Padam
  12. Salam. berapa lama masa yang diambil untuk duit yang ditransfer online tadi masuk ke akaun Tabung Haji? adakah serta merta atau perlu menunggu sehari dua. terima kasih.

    BalasPadam
  13. assalam,perlukah daftar dulu akaun tabung haji anak di mesin ATM, sebelum guna menu maybank to 3rd party TH account transfer(utk pindahkan duit dari maybank kita ke akaun th anak).Tk

    BalasPadam
  14. transaksi hanya dalam waktu pejabat sahaja ke?tanya balanca tak dapat,bank in pon tak dapat..

    BalasPadam
  15. try pagi ni pon fail big fail maybank..then cuba cimb just one shot setel tapaya reg pon..

    BalasPadam