Daftar Nombor Baru Untuk Whatsapp tanpa Uninstall

Kalau sebelum ni cara aku untuk tukar nombor Whatsapp adalah dengan uninstall Whatsapp dan Install balik untuk aku isi nombor telefon yang berlainan. Walaupun cara ini betul, tapi ianya tak cerdik dan membazir masa dan data.

Daftar Nombor Baru Untuk Whatsapp tanpa Uninstall

Ada pulak yang bersangka cara nak tukar nombor Whatsapp adalah dengan masuk ke menu setting > account > Change Number di Aplikasi Whatsapp. Cara tukar nombor Whatsapp ini bermaksud korang nak hapuskan nombor lama ke nombor baru dan nombor korang kat dalam Whatsapp group pun akan bertukar ke nombor baru yang korang masukkan tu.

Jadi korang still berada dalam group yang sama dengan nombor lama korang sebelum ini. Validity license whatsapp korang juga tidak diperbaharui kerana menyambung validity akaun yang menggunakan nombor sebelum ini.

Baca jugak : Cara reply Whatsapp secara auto

Menu Change number adalah untuk menukar nombor lama dengan nombor baru

Untuk fresh akaun tanpa perlu uninstall Whatsapp adalah dengan pergi ke menu Setting > Application Manager > dan cari Apps Whatsapp korang. Bila dah select Whatsapp, klik butang Clear Data pada bahagian Storage.

Kemudian korang boleh akses balik Apps Whatsapp di mana korang akan diminta untuk memasukkan nombor yang baru. Tadaa! Akaun baru fresh install yang belum ada mana-mana group Whatsapp. Simple je sebenarnya cuma sebelum ni mungkin tak jumpa caranya.

Klik Clear Data untuk menghapuskan data pada Whatsapp

Ada cara lain untuk korang install lebih dari 1 Whatsapp dalam 1 phone, so tak payah la nak tukar-tukar nombor whatsapp tu. Just install 2 whatsapp dalam 1 phone terus. Senang kan? Kalau nak apps untuk tu boleh la Whatsapp aku kat O1O6OO9966.

Korang boleh baca cara disable notifikasi Whatsapp bagi mereka yang tak suka bunyi bising group Whatsapp yang mereka join.

Artikel berkaitan dengan "Daftar Nombor Baru Untuk Whatsapp tanpa Uninstall"

8 10 Komen untuk "Daftar Nombor Baru Untuk Whatsapp tanpa Uninstall"

  1. Klu change number, number2 fon kawan2 hilang kee??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak hilang.. remain seperti biasa. tapi kalau change ikut cara yang kat atas ni, segala chat akan hilang sementara waktu. kemudian kalau 'login' balik nombor lama, dia akan restore balik semua mesej2 lama.

      Padam
  2. nak tnye..kalau no lama tp simkad baru segala wasap yg dulu2 hilng ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak hilang selagi takde handphone lain verify nombor whatsapp tu.

      Padam
  3. KALAU NAK TUKAR NOMBOR WHATSAPP BAGI ORANG TAK NAMPAK CAMNA ER?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan bagitau orang tu anda tukar nombor. Rasanya dia takkan perasan.

      Padam
  4. Saya guna no whatsapp lama..sedangkan simkad no baru.no lama dah x guna lagi rasanya dh ada org lain guna.skrg masalah saya whatsap sy yg no lama tu dh xleh bukak sbb dia kata no tu dh digunakan di fon lain dan appear button "verify" . Apa akan jadi kalau sy tekan verify tu.. history whatsap saya akan hilang tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tekan verify maka akan anda perlu masukkan pin yg dihantar ke sms. Kalau sim tu masih kt awk la.

      Padam

Terima kasih sebab sudi komen.