Pendapat dan Pengalaman Guna Action Cam RD990

Sebelum ni aku pernah review pasal 3 action cam murah dek kerana aku tak jadi membeli GoPro. Ramai yang kecewa bila baca ending artikel tu sebab aku cakap tak jadi beli satu pun action cam yang aku ceritakan. Tapi sebenarnya selepas beberapa hari aku buat artikel tu, aku memang ada beli Action Cam kategori murah. Tapi bukan GoPro (mahal ni), SJ4000 ataupun WDV5000. Aku sebenarnya terbeli action cam RD990 atau nama lainnya Redleaf 990.

rd990 review malaysia
Pendapat dan Pengalaman Guna Action Cam RD990

Pendapat dan Pengalaman Guna Action Cam RD990

Action Cam RD990 boleh dikategorikan dalam action cam yang murah sebab harganya tak sampai pun RM500. Harga bagi 1 unit RD990 di Malaysia adalah RM380 ke RM450. Aku dapat dengan harga RM380 pada masa tu.

RD990

RD990 pendapat review
RD990 dari pandangan atas

RD990 footage
RD990 dari perspektif depan.

Rd990 kelebihan
RD990 dari sudut belakang

Kelebihan Action Cam RD990

Antara sebab aku rasa RD990 ni berbaloi untuk dimiliki adalah kerana action cam ini mempunyai wifi dan aplikasi di android sama seperti GoPro. Best kan? Fungsi ni memudahkan korang untuk kawal kamera dan rakaman video hanya pada smartphone korang. Senang sikit nak selfie. RD990 ni tak didatangkan dengan controller macam GoPro tu, memang bergantung semata-mata pada aplikasi pada smartphone korang. Tapi kalau korang nak manual snap dari butang yang ada kat body kamera ni pun okey je. Tapi bagi aku macam janggal je.
Set lengkap RD990 action cam.

rd990 cantik
Gambar diambil waktu pagi

kundasang dan rd990
RD990 dengan cahaya yang cukup

Selain itu dengan harga RM380 action cam RD990 didatangkan dengan pakej yang cukup membuatkan korang rasa berbaloi. Mana taknye, dalam bag hitam tu disediakan hampir semua soket asas yang diperlukan bila kita memiliki action cam. Kalau GoPro memang kena beli sendiri tak silap aku la. RD990 ni jugak kalis air, kalis bila korang pasang casing dia la, kalau tak pasang memang good bye la jawabnya. Gambar dan video yang dihasilkan oleh RD990 ni memang memuaskan. Kalau nak tengok sample video 720p boleh tengok artikel aku yang bertajuk Naik Bukit Padang. Tapi jangan la compare dengan GoPro tu, walaupun RD990 ni boleh record video 1080P tetap jugak aku jeles dengan hasil GoPro. Sikit la.

sample gambar rd990
lain macam lembu ni usha aku kan?

rd990 action cam
Gunakan monopod dan aplikasi untuk snap

Kekurangan dan Kelemahan Action Cam RD990

Dalam best-best pakai RD990 ni, sebenarnya ada benda yang tak best jugak. Kalau korang record video 1080p akan berlaku sedikit jello-effect. Alaa yang macam lengkong tu bergelombang sana-sini. Tapi jumlah jelly tu taklah teruk sangat pun, kira so so and acceptable la jugak. Sebab aku perna lekat tapak RD990 kat LC Demak aku untuk rakam perjalanan aku dari umah ke tempat kerja, dia punya vibrate jangan citer la. Kalau nak ok sikit boleh record video 720p. Dan tips lainnya jangan letak RD990 direct kat motor, cuba letak kat helmet. Awesome, sebab badan korang dah serap gegaran berbanding motosikal yang masih ada gegaran walaupun ada absorber.

Lazada Malaysia

Selain dari masalah jello-effect yang korang tak perlu fikir sangat sebenarnya, ada masalah lain yang agak menjengkelkan. Untuk transfer gambar dari memori kad RD990 ke dalam smartphone sangat menghampakan. Setakat ni apps ActionCam990 ni masih lagi ada bugs, masih lagi belum sempurna. Kenapa aku cakap camtu, ini adalah kerana setiap kali korang cuba transfer gambar atau video dari RD990 ke dalam smartphone menggunakan fungsi OTA atau Wifi, indicator dalam apps menunjukkan dan berjaya, tapi bila check kat gallery smartphone takde pun file tu. Aku tak pasti cara sebenar camna gambar tu boleh tiba-tiba muncul dalam smartphone aku. Setelah beberapa sesi, kekadang tu baru gambar sesi yang dulu-dulu tiba-tiba muncul dalam galeri. Kan seram tu. Tapi untuk puas hati kalau nak transfer gambar dari RD990 ke smartphone gunalah cara yang confirm berkesan. Gunakan data cable ke PC/Laptop pastu copy ke smartphone korang. Sebab kalau nak harap transfer data guna wifi ni memang tak boleh nak harap sangat.

Baca jugak : Cara Berkesan Transfer Gambar RD990 ke Smartphone

Selain tu, audio hasil dari rakaman video adalah tidak memuaskan langsung. Boleh dengar yang berdekatan je. Masa aku bawak masuk hutan Bukit Padang haritu, cuma kedengaran bunyi cengkerik. Suara aku gelak berdekah-dekah langsung tak kedengaran.

Kesimpulan

Bagi yang tak kisah dengan kualiti yang tinggi dari segi video, gambar dan device itu sendiri boleh la beli Action Cam RD990 ni. Tapi kalau yang mementingkan kualiti adalah lebih elok kumpul sikit lagi duit untuk dapatkan GoPro3 atau nak lagi best GoPro4. Aku? Aku secara peribadi sarankan korang untuk dapatkan GoPro. Aku sendiri akan beli GoPro nanti. Kalau korang sayang aku, meh belikan aku sebijik GoPro. GoPro masih belum dalam list teratas aku, sebab sekarang kamera OMD-EM5 Mark II adalah senarai teratas dalam wishlist aku.

Artikel berkaitan dengan "Pendapat dan Pengalaman Guna Action Cam RD990"

3 10 Komen untuk "Pendapat dan Pengalaman Guna Action Cam RD990"

  1. Hai,saya pun pengguna redleaf rd990 ni, tapi d sebabkan bahagian usb rosak. Kene pijak, so bahagian cip rosak. Taktau nak betulkan dkat mane, ade cadangan tak? Dah buntu dah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai, xtau la pulak mana nak repair.. tp sy ada kawan yg boleh repair segala macam jenis kamera dslr. Rasanya dia boleh kot repairkan. Apa2 whatsapp sy 0192061966.

      Padam
  2. KK mau bertanya untuk Reset menjadi baru lagi seperti new pabrik itu bagaimana karna pass wifi tidak diberi tau oleh KK ku.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.