Keluar Duit Tabung Haji Secara Online

Mungkin ramai tak perasan sebenarnya korang boleh withdraw duit simpanan Tabung Haji secara online terus masuk ke akaun Maybank. Macam yang aku dah terangkan sebelum ini, sebelum kita boleh mengakses fungsi ini perlulah kita daftarkan dulu akaun Tabung Haji di dalam sistem Maybank2u.



Jika korang sudah mendaftar akaun tabung haji dalam sistem Maybank2u, segala transaksi dua hala boleh dilakukan. Samada memindahkan duit dari Maybank2u ke Akaun Tabung Haji secara online atau sebaliknya iaitu transfer duit dari Tabung Haji ke Maybank2u.
Cara nak keluarkan duit dari Tabung Haji secara online sangat mudah. Iaitu dengan cara transfer duit dalam tabung haji ke akaun Maybank2u dan kemudian keluarkan di ATM Machine. Caj RM1.06 (termasuk 6% GST) dikenakan bagi setiap transaksi online ini.

Cara Keluar Duit Tabung Haji Secara Online



1. Selepas masuk ke dalam Maybank2u anda klik pada Accounts & Banking

2. Klik pada menu Transfers di sebelah kiri.

3. Klik pada pautan Tabung Haji.

4. Klik pada Fund Transfer

5. Klik pada TH to Maybank Own Account Transfer.

6. Masukkan jumlah yang hendak dikeluarkan dan klik butang Continue.

7. Selepas request TAC duit akan terus masuk ke dalam akaun Maybank anda serta merta.

Bagi aku cara ni betul-betul menjimatkan masa dan duit korang. Tak perlu nak keluar beratur panjang dan proses ni boleh dibuat pada hari cuti yang mana biasanya hari cuti ni mana nak dapat Tabung Haji yang bukak kan?

Baca juga : Cara semak dan bayar saman polis di ATM Maybank

Artikel berkaitan dengan "Keluar Duit Tabung Haji Secara Online"

1 10 Komen untuk "Keluar Duit Tabung Haji Secara Online"

  1. Ada sekali try buat transfer online dari TH ke Mbb account tapi tak berjaya. MBB kata tak boleh nak detect transaction yg tak berjaya tu. hehehe. menggelabah time tu sebab urgent nak guna duit

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.