Cara Bayar Online Cukai Tanah Kerajaan Negeri Sembilan

Untuk cukai tanah bagi kawasan dan mukim di Negeri Sembilan, memang takde list dalam Maybank2u atau CIMB bank. Untuk bank lain macam Hong Leong Bank (Hongleongconnect.my), BSN Online (MyBSN), memang aku tak tau samada ianya tersenarai atau tidak bagi bill pembayaran ke Pejabat Daerah dan Tanah bagi Negeri Sembilan ni.

cara bayaran online cukai tanah
Cukai Tanah Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus

UPDATED!

Untuk membuat pembayaran online bagi cukai tanah Kerajaan Negeri Sembilan ni korang boleh terus ke laman web khas untuk pembayaran online DISINI. (https://ptgns.ns.gov.my/fpx/fpxv2_qrycukai.php). Bila korang masuk laman tu, korang akan dipaparkan dengan paparan seperti di bawah.

Paparan laman online Bayaran Cukai Tanah Kerajaan Negeri Sembilan

Untuk panduan mengisi ruangan Daerah, Mukim, Jenis Hakmilik dan No. Hakmilik boleh didapati di Bil Cukai Tanah terkini anda. Isikan seperti gambar dibawah ini.

Cara isi borang bayar cukai tanah online Kerajaan Negeri Sembilan

Selepas memasukkan semua data yang diberikan, tekan butang Cari dan status pembayaran akan dipaparkan seperti gambar di bawah, Tekan butang bayar untuk membuat pembayaran menggunakan sistem FPX.

Sekiranya cukai tanah korang telah dibayar, paparannya adalah seperti berikut;

Cukai Tanah telah dibayar
Kalau ada sebarang masalah atau nak tukar alamat surat menyurat boleh terus call nombor telefon Pejabat Tanah Negeri Sembilan 066032200. Sekarang jalankan tanggungjawab korang untuk membayar cukai. MMmmmuah!

Artikel berkaitan dengan "Cara Bayar Online Cukai Tanah Kerajaan Negeri Sembilan "

14 10 Komen untuk "Cara Bayar Online Cukai Tanah Kerajaan Negeri Sembilan "

  1. unable to connect since few months.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yang unable to connect tu? ok je ni sy try.

      Padam
  2. Tak boleh masuk website ... server not found!

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya punya boleh je masuk, baru setel bayar cukai tanah rm84.

      Padam
  3. memang tak boleh masuklah website ni... dah bebulan sampai sekarang takleh masuk.... camno nak baya ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba copy paste ni. saya masuk boleh pulak. http://ptgns.ns.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php

      Padam
  4. x boleh. Pls check if the plugin is up and running.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pakai browser apa? kalau tak boleh browser firefox, guna chrome. kalau tak boleh chrome guna plak firefox.

      Padam
  5. chrome, ie, firefox, safari... semua pun tak boleh...
    masa klik "bayar" tunjuk mesej
    socket_connect() failed. Reason: () Connection refused
    Pls check if the plugin is up and running.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg tgh upgrade katanya.. dah berzaman x siap2 upgrade..

      Padam
    2. Dah copy paste.... Memang xboleh. Tahun lepas bayar online ok je... Tahun 2017 ni xboleh pulak.... Masih upgrade lagi ke?

      Padam
    3. Tahun ni saya tak bayar lagi. Dah dpt surat ye?

      Padam
  6. Saya cek bayaran dah tukar ke link https://ptgns.ns.gov.my/fpx/fpxv2_qrycukai.php

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.