Free Blogger Squeeze Page Template Paling Simple

Jenuh aku cari template blogger yang boleh dibuat squeeze page atau minisite. Kalau dulu aku selalu guna page HTML biasa je untuk buat ministe atau squeeze page ni. Cari punya cari akhirnya aku bercadang untuk modified sendiri Simple Template yang blogger sediakan. Memang cukup simple, aku cuma buang beberapa gadget dan widget yang tak perlu dan disable beberapa fungsi untuk meringkaskan lagi template ni. Aku namakan template ni Magicalmorning_squeezeV1.0. Dan ia adalah Free Blogger Squeeze Template Paling Simple yang ada dalam internet.


Free Blogger Squeeze Page Template
Template magicalmorning_squeeze dalam mode desktop dan mobile.

Blogger Squeeze Page yang aku modified ni memang ringan. Selain tu aku dah tambah beberapa ciri untuk menjadikan magicalmorning_squeezeV1 ni sesuai digunakan mereka yang nak ada laman jualan atau minisite simple kat internet. Antara ciri-ciri tu adalah:
  • Responsive untuk apa-apa paparan device.
  • Ada 2 gadget HTML khas untuk mobile dan desktop masing-masing.
  • Blockqoute yang kemas dan sesuai untuk ministe atau squeeze page.
  • Footer yang mengikut nama Bisnes.
Untuk pasang template ni hanya perlu copy paste coding xml tu kat blogger akaun masing-masing menggantikan code asal template yang korang pakai. Pastu save. Macam yang aku bagitau tadi, template ni ada 2 gadget/widget khas untuk paparan mobile dan desktop.

blogger squeeze page template
Kedudukan gadget mobile whatsapp dan desktop form yang diletakkan untuk 'call to action'

Widget/Gadget ni khas untuk coding HTML sahaja. Dan tujuan aku sediakan 2 mode ni adalah tujuan borang tempahan. Maksudnya borang tempahan untuk mobile lain, untuk desktop lain. Tapi boleh je nak guna borang tempahan yang sama untuk kedua-dua mode ni, cuma paste code yang sama pada kedua-dua gadget ni.

squeeze page responsive mobile
2 coding berlainan untuk desktop dan mobile.

Untuk download template magicalmorning_squeezeV1 KLIK SINI. Boleh jugak tengok DEMO template ni yang aku gunakan untuk bisnes Baju Tulang Belakang. Semoga bermanfaat.

Artikel berkaitan dengan "Free Blogger Squeeze Page Template Paling Simple"

2 10 Komen untuk "Free Blogger Squeeze Page Template Paling Simple"

  1. Wah menarik squeeze Page ini sangat sesuai untuk buat bisnes online. Terima kasih bro...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.