Free Blogger Squeeze Page Template Paling Simple

Jenuh saya cari template blogger yang boleh dibuat squeeze page atau minisite. Kalau dulu saya selalu guna page HTML biasa je untuk buat ministe atau squeeze page ni.

Cari punya cari akhirnya saya bercadang untuk modified sendiri Simple Template yang blogger sediakan. Memang cukup simple, saya cuma buang beberapa gadget dan widget yang tak perlu dan disable beberapa fungsi untuk meringkaskan lagi template ni.

Saya namakan template ni Magicalmorning_squeezeV1.0. Dan ia adalah Free Blogger Squeeze Template Paling Simple untuk blogspot yang ada dalam internet.

Template Squeeze Page untuk blogspot
Template magicalmorning_squeeze dalam mode desktop dan mobile.

Blogger Squeeze Page yang saya modified ni memang ringan. Selain tu saya dah tambah beberapa ciri untuk menjadikan magicalmorning_squeezeV1 ni sesuai digunakan mereka yang nak ada laman jualan atau minisite simple kat internet. Antara ciri-ciri tu adalah:

  • Responsive untuk apa-apa paparan device.
  • Ada 2 gadget HTML khas untuk mobile dan desktop masing-masing.
  • Blockqoute yang kemas dan sesuai untuk ministe atau squeeze page.
  • Footer yang mengikut nama Bisnes.

Untuk pasang template ni hanya perlu copy paste coding xml tu kat blogger akaun masing-masing menggantikan code asal template yang korang pakai. Pastu save. Macam yang saya bagitau tadi, template ni ada 2 gadget/widget khas untuk paparan mobile dan desktop.

Template Squeeze page untuk minisite
Kedudukan gadget mobile whatsapp dan desktop form yang diletakkan untuk ‘call to action’

Widget/Gadget ni khas untuk coding HTML sahaja. Dan tujuan saya sediakan 2 mode ni adalah tujuan borang tempahan. Maksudnya borang tempahan untuk mobile lain, untuk desktop lain. Tapi boleh je nak guna borang tempahan yang sama untuk kedua-dua mode ni, cuma paste code yang sama pada kedua-dua gadget ni.

versi mobile dan desktop yang responsive
2 coding berlainan untuk desktop dan mobile.

Untuk download template magicalmorning_squeezeV1 KLIK SINI.