Apps Mudah Komunikasi di Guangzhou China

Kalau bercuti ke Sabah, walaupun tak tau tempat korang masih boleh bertanya kat orang sekeliling, tapi kalau ke China? Baru-baru ni aku berpeluang ke Guangzhou China bersama isteri ngan beberapa orang kawan. Segala persediaan sebelum ke Guangzhou disiapkan oleh isteri aku.

Dari segi makanan, download apps Google Translate Offline, Apps Peta Guangzhou, Peta sistem Metro Guangzhou dan lain-lain semua disiapkan oleh bini aku termasuklah belajar bahasa Mandarin. Aku? Macam biasa sehari sebelum bertolak ke airport baru nak kemas-kemas pakaian. hehehe!
Riang je kan? hahaha!
Sebenarnya kenapa wife aku terlalu particular tentang percutian ke Guangzhou adalah disebabkan pengalamannya yang pernah ke Guangzhou sebelum ni. Katanya kat sana tak ramai yang boleh berbahasa Inggeris, restoran makanan halal pulak tak banyak, dan beberapa perkara lagi yang membuatkannya betul-betul siap untuk ke Guangzhou.

Bila sampai kat sana, barulah aku terngaga sebab memang betul la ramai yang tak tau berbahasa Inggeris termasuklah pemandu teksi kat Baiyun Airport tu. Mujur isteri aku pandai berbahasa Mandarin ala2 Shila Amzah gayanya. Dah la time tu roaming data aku tak menjadi, konon nak guna google maps la kan. Sampai jugak ke hotel malam tu.

hotel murah di guangzhou
Depan hotel yang kami menginap.
Sepanjang kami berjalan kat sana, semuanya wife aku yang tolong cakap. Ada jugak waktu sukar mujur ada Google Translate Offline yang membantu komunikasi kami kat sana. Tapi masalahnya Google Translate ni Offline ni cuma boleh guna untuk satu hala je. Contohnya aku translate 1 soalan, google translate akan translate soalan aku tu ke bahasa Mandarin dalam tulisan Mandarin, yes orang tu paham soalan aku.

Bila dia dah paham, dia akan jawap balik soalan tu tapi dalam bahasa Mandarin la. Mana aku nak paham? Konon dia ambik handphone aku nak tukar keyboard phone aku untuk tulis bahasa Mandarin untuk ditranslate balik ke English malangnya tulisan tu perlu dihantar ke server Google untuk 'diproses' sebelum diterjemah ke English. Oh My. Dah tentu2 google memang kena blok kat China.

Apps Mudah Komunikasi di Guangzhou China

Akhirnya aku terpikir Apps Wechat. Baru lah aku perasan yang Apps Wechat ni memang keluaran China. Dan ada sistem translate dalam chatting tu. Aku tulis English dia translate Mandarin, dia reply Mandarin aku translate balik jadi English. Senang. Walaupun kami berdepan tapi komunikasi kami menggunakan handphone.

Jadi persediaan asas yang perlu untuk ke China adalah Apps Wechat dan DATA. Install siap2 dari Malaysia sebab kat sana segala macam produk google tak boleh diakses termasuklah Google Play. Aku yang selama ni bergantung harap kat Google dan Facebook, bila ke China aku rasa kedua-dua Gergasi internet tu sangat kerdil disini. Bukan kerdil tapi tak wujud sebenarnya.

Nasihat aku lagi kalau ke China setakat nak beli barang sebijik dua takyah la. Elok beli je dari Taobao. Sebab kat Taobao ni korang boleh beli barang dari China dengan kuantiti yang sedikit ataupun nak beli satu unit je. Tapi kena tau la caranya bukan main beli je. Kalau nak belajar caranya boleh dapatkan kat Panduan Borong Dari China Online.



Tapi kalau korang nak ke China untuk jalan-jalan cari pengalaman, teruskan. Sebab kat sana aku belajar tentang budaya orang lain, sistem negaranya sambil merasakan suasana yang takde kat Malaysia ni. Bagi aku best camna pun negara orang, cukup 3 hari aku dah rindu teh tarik ais kat Malaysia. Ni tips penting dari aku, walaupun ada Wechat sebagai penyelamat komunikasi korang kat sana, at least belajar la bahasa Mandarin yang asas untuk menunjukkan kita menghormati tempat orang.

Artikel berkaitan dengan "Apps Mudah Komunikasi di Guangzhou China"

2 10 Komen untuk "Apps Mudah Komunikasi di Guangzhou China"

Terima kasih sebab sudi komen.