Cara Guna Speedlite YongNuo 560 III Mark 3

Nak bagi tutorial ringkas hari ni. Cara guna speedlite YongNuo 560 Mark 3 kat mana-mana kamera DSLR. Jangan tak tau kemampuan speedlite yang jenamanya dah mula dikenali kebelakangan ni. Powerful, itu yang boleh aku katakan. Kalau nak dibanding dengan Nissin, aku lagi suka YongNuo ni.

Cara setting YongNuo asas

Cara Guna Speedlite YongNuo 560 III Mark 3

Untuk kegunaan asas atau sekadar untuk bagi cahaya lebih kat objek, caranya sangat senang.
  1. Tekan butang on (dalam 3 saat)
  2. Tekan butang MODE dan pastikan mode menjadi huruf M. (Manual)
  3. Setting kekuatan flash dengan menekan butang ke kanan atau ke kiri. 1/1 paling terang dan kuat, 1/128 paling tak terang dan lemah cahaya speedlite tu.


Speedlite YongNuo 560 mark III ni sebenarnya cukup pantas untuk hi-speed multiple shot. Sebelum ni aku jadikan YongNuo ni slave je, time tu aku guna Nissin untuk jadi commander. Tapi bila Speedlite Nissin aku dah mula slow sikit, aku cuba la guna YongNuo ni. Memang padu!

Kalau ada soalan tu tanya je kat ruangan komen. Nanti aku balas.

Artikel berkaitan dengan "Cara Guna Speedlite YongNuo 560 III Mark 3"

Komen artikel "Cara Guna Speedlite YongNuo 560 III Mark 3" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.