Bila Cabaran dan Dugaan Datang

Setelah sekian lama kan, aku perhatikan kat diri aku ni kekadang nak lari dari cabaran dugaan. Benda ni mungkin boleh nampak cool kat luaran, tapi dalaman, siapa tau. Penuh dengan kecelaruan dan ketegangan. Mungkin kematangan yang mengajar aku untuk lebih menghadapi dugaan dan cabaran (lambat matang ke? hahahah!)


Dalam ilmu NLP, apa yang dapat aku kaitkan adalah sebenarnya camna kita filter kejadian kat dalam minda kita. Kalau kita anggap benda tu masalah, maka seluruh sistem aku anggap masalah dan mengarahkan semua komponen tubuh kita untuk bekerja mengelakkan masalah tu dari berlaku. Kalau tak dapat mengelak, maka sistem tubuh tu akan menghadapi kekecewaan. Kalau camnilah caranya kita menghadapi cabaran setiap kali ia datang, maka sebenarnya kita dah torture sistem badan kita sendiri.

Dari sudut metafizik pulak sangat luas, aku pun tak pasti kategori apa yang aku nak terangkan. Tapi benda ni macam servo energi kita. Servo tu bergerak dan disetting mengikut impian dan doa kita. Selepas alam semesta terima doa kita, alam akan menyajikan perkara-perkara dan situasi-situasi kepada kita untuk kita mencapai apa yang kita impikan tadi (yang kita tak ingat pun impian yang pernah dibuat tu). Jadi kalau kita dok sibuk menentang apa yang berlaku maka sistem servo akan terganggu dan impian kita akan lambat lah tercapai.

Sepatutnya kita terima dan kawal getaran emosi dan tindakan kita dengan apa pun yang berlaku. Sebab semua perkara yang berlaku sebenarnya sedang memakbulkan doa-doa kita dan impian-impian kita sebelum ni. Sebab tu orang kata berhati-hati dengan apa yang kita mintak dan doa.


Video dari Arif Rh ni sedikit sebanyak bagi aku pencerahan tentang cabaran dan dugaan.

Artikel berkaitan dengan "Bila Cabaran dan Dugaan Datang"

Komen artikel "Bila Cabaran dan Dugaan Datang" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.