Keluar Duit Tabung Haji Online Guna Maybank2u

Tabung Haji adalah salah satu institusi kewangan yang aku gunakan untuk simpan duit. Konon-konon susah nak keluarkan duit la kalau simpan kat Tabung Haji ni sebab aku ni pantang ada duit lebih sikit mesti gatal tangan nak beli barang kehendak. So masa tu Tabung Haji adalah pilihan terbaik untuk aku simpan duit selain ASB. Bonus dia pun leh tahan la.

tabung haji withdrawal on public holiday
Keluar duit Tabung Haji di hari cuti bukan lagi masalah

Bermula dari Cara Tranfser duit Dari Maybank ke Tabung Haji secara online seterusnya aku belajar Cara Semak Baki Akaun Tabung Haji Secara Online. Aku nak tau semua ni sebab senang sikit aku cek berapa jumlah dalam akaun Tabung Haji dan Simpan duit tanpa perlu pergi ke Bangunan Tabung Haji.

Jadi jimat la masa dan duit minyak aku.

Dari situ aku ternampak 1 lagi fungsi yang memudahkan aku keluarkan duit dari akaun Tabung Haji secara Online tanpa aku perlu pergi ke Bangunan Tabung Haji dan isi borang serta cop jari kat dakwat hitam tu. hehehe. Dan yang paling best, korang boleh keluarkan duit dari Akaun Tabung Haji tu masa hari cuti!

Keluar Duit Tabung Haji Online Guna Maybank2u

guna maybank
1. Pertama sekali selepas dah login kat akaun Maybank2u, klik kat Accounts & Banking

keluarkan duit tabung haji
2. Klik pada pautan Transfer

dari mesin atm maybank
3. Cari menu Tabung Haji dan klik!

melalui maybank2u
4. Pilih menu atau pautan Fund Transfer

tabung haji dari maybank
5. Klik pada TH to Maybank Own Account Transfer (takkan akaun orang lain pulak kan?)

tabung haji dan maybank
6. Masukkan jumlah atau amaun yang korang nak keluarkan tu. (tengok contoh kat atas tu 100)

secara online
7. Klik Request a TAC number, lepas dapat TAC tekan butang Confirm
8. Lepas tu, start kereta atau motorsikal korang, pergi la ke mana-mana ATM dan cucuklah kad ATM korang tu untuk keluarkan duit. Setel.

Tapi jangan excited awal sangat, teknik ni cuma boleh digunakan bila korang dah gabungkan akaun Tabung Haji tu ke dalam Maybank. Fungsi-fungsi yang disediakan oleh Maybank ni betul2 memudahkan aku untuk berurusan dengan Tabung Haji. Nak cek baki duit dalam akaun Tabung Haji pun senang, tak perlu aku buang masa ke Bangunan Tabung Haji (Ops redundant!)

Artikel berkaitan dengan "Keluar Duit Tabung Haji Online Guna Maybank2u"

7 10 Komen untuk "Keluar Duit Tabung Haji Online Guna Maybank2u"

  1. salam. tq info berguna tuan. tp nk tnya, kalau transf dr TH ke acc mybnk kite hari minggu blh ke? sbb sy try buat td x berjaya pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam, iya tuan. Tuan boleh transfer dari TH ke Maybank pada hari cuti sabtu ahad dan cuti umum. Sebab saya biasa buat hehe. Tapi kalau tak boleh, samada sistem Maybank atau Tabung Haji tengah problem atau mereka dah tukar syarat dan masa pemindahan.

      Padam
  2. Salam tuan..kalau tabung haji tu cuma ada buku tetapi tak menggunakan kad, boleh ke kita transfer jugak dari tabung haji ke maybank2u atau cimb click? Dengan syarat kita daftar online bank ini dulu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tabung haji memang takde kad tuan. Sebab tu kita kena keluarkan duit tabung haji melalui maybank2u.

      Padam
  3. Tak perlu transfer M2U terus keluar di ATM pilih Tabung Haji pun boleh kan tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena la transfer dulu dari akaun tabung haji tu ke akaun maybank. kalau tak memang tak tertera la jumlah tu kat akaun maybank.

      Padam
  4. Boleh juga terus keluar di TH dari ATM tanpa perlu M2U kan tuan?

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.