Pengalaman Aku Pergi Serah Diri Ke AKPK

Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang. Dah macam lagu pulak kan? Aku tengok ramai orang terperangkap dalam hutang kebelakangan ini. Dan macam dah takde jalan keluar tapi still ramai yang terus duduk dalam  kebuntuan tu. Ni aku nak bagitau, aku pernah kat situ. Setiap hari bangun tido, benda pertama aku fikir adalah Camna Nak Setel Hutang?

pengalaman bagus ke akpk
Setiap masalah pasti ada penyelesaian, yang penting kena mengakui permasalahan tu dulu. 

Dengan gaji lebih kurang RM3000, komitmen aku melebihi gaji time tu. Mula-mula dapat gaji besar (3k tu besar weh bagi aku) memang seronok. Aku rasa dunia ni aku yang punya. Aku sendiri tak perasan camna aku leh terjerat kat hutang yang mencengkam hidup aku time tu. Nanti aku cerita kat post lain camna seseorang itu (aku le tu) boleh terlibat dalam keberhutangan yang teruk.

Ok, camna aku boleh ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)? Sebab aku dah jumpa jalan buntu time tu. Korang tau maksud jalan buntu? Maksudnya;
  • aku dah tak boleh nak buat loan kat mana-mana agensi lain untuk menutup hutang sedia ada.
  • Aku dah kena naik mahkamah sebab hutang Bank Rakyat yang tertunggak.
  • Hutang Kad kredit yang semakin meningkat faedahnya setiap bulan
  • Bayaran bulanan kereta yang tertunggak setiap bulan (pernah kena tarik)
  • dan macam-macam lagi. Aku tak nak citer nanti korang sedih.

Pengalaman Aku Pergi Serah Diri Ke AKPK

Aku terfikir kat mana pengakhiran cerita aku dihimpit masalah keberhutangan yang serius ni? Akhirnya aku pergi serah diri kat AKPK seperti saranan sorang brother ni. Brother ni pun ada masalah keberhutangan yang serius, tapi sejak dia balik dari AKPK, aku ada nampak seri kat muka dia. Seri yang camtulah aku nak. So aku proceed ke AKPK.

AKPK akan tolong negotiate dengan bank dan aka tolong kutip duit untuk dibayar kepada bank yang kita berhutang secara PERCUMA. Percaya tak?

Apa Akan Jadi Kalau ke AKPK

Tapi sebelum ke AKPK ada la puak2 lain yang menakutkan aku. Katanya kalau ke AKPK nama aku akan;
  • Disenarai hitam dari sebarang pinjaman kewangan oleh mana2 institusi (kecuali along)
  • Tak boleh beli rumah (aku belum ada rumah weh time tu)
  • Tak boleh beli kereta (time tu aku dah ada 2 kete ehehehe)
  • dan lain-lain aku tak ingat.
Pikir punya pikir, dah memang pun nama aku dah disenaraihitamkan kat mana-mana institusi kewangan jadi apa masalahnye kalau AKPK 'hitamkan' lagi nama aku dalam senarainya? Nothing to lose. Serius nothing to lose, gelpren pun dah tak nak kat aku time tu. hehehe!

Tapi perlu diingat, bagi mereka yang disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi, AKPK memang tak boleh nak buat apa dah.

Apa Yang AKPK Buat Sebenarnya?

Lepas balik dari AKPK, aku dah paham beberapa perkara (time tu la, sekarang mungkin lain) antaranya (Bantuan yang AKPK berikan);
  1. Bankrapsi bukanlah pengakhiran kehidupan. (Takdenye cop muflis kat dahi tu haaa)
  2. Memang ramai anak muda kat Malaysia yang dah capai status muflis (Im not alone)
  3. Komitmen hutang aku makin kecik (Inilah tugas AKPK)
  4. Hutang tak perlu ditakuti, hanya perlu diuruskan
  5. Terima hakikat, dan perbetulkan langkah seterusnya
Merujuk kat point nombor 3 tu, aku nak bagi contoh. Katalah kita ada 5 kad kredit dan setiap kad kena bayar minimum payment RM300 untuk setiap kad, so 5 kad kredit ko kena bayar total RM1500 lah kan untuk kesemua kad? AKPK akan bantu kita untuk jadikan bayaran RM1500 jadi lebih rendah. Contohnya dari RM1500 tadi kita hanya akan bayar RM600 untuk kesemua kredit kad tu. Dan ianya melalui AKPK. (Formula pengiraan sebenar memang aku tak pasti, tapi rasanya AKPK akan bagi amaun paling rendah mengikut kemampuan kita)



Camtu jugak dengan loan-loan lain. Contoh loan lain tu macam pinjaman peribadi. Katalah kita ada 3 pinjaman peribadi kat 3 Bank yang berbeza (Ah Long tak termasuk ek), AKPK akan gabungkan semua bayaran bulanan tu jadi 1. 3 lubang jadi 1 lubang. Ini AKPK punya urusan. Tak silap aku kadar faedah pun jadi berkurangan kot. Mohon rujuk balik kat AKPK. Aku tak ingat sebab nama aku dibatalkan di AKPK setelah beberapa bulan. Sebab apa dibatalkan? Teruskan membaca.

Dokumen Yang Perlu Dibawa ke AKPK

  1. The latest Central Credit Reference Information Report (CCRIS) - This report is available at all our branches.
  2. NRIC photocopy 
  3. Latest Salary Slip (3 month)/ Evidence of Income
  4. Employee Provident Fund (EPF) statement
  5. Legal proceedings documents (if any)
  6. Latest Income Tax Statements (if any) 
  7. Latest Credit Cards/Loans Statements. 
Walaubagaimanapun, korang perlu untuk menghubungi pihak AKPK terlebih dahulu sebelum datang ke AKPK untuk membuat temujanji.


Hutang Tetap Kena Bayar Sampai Langsai

Nampak tak kenapa perlu ke AKPK? Komitmen akan jadi rendah dan selebihnya kita kena berusaha untuk selesaikan hutang tu. Hutang tetap hutang, kena bayar. Kita kena bayar semua hutang-hutang tadi melalui AKPK. Maksudnya kita bayar kat AKPK, dan AKPK akan guna duit kita tadi untuk bayarkan hutang-hutang kita kat bank-bank yang terlibat. Loan kereta tak termasuk. Kena bayar macam biasa. Tapi pinjaman kereta atas nama kita akan dimasukkan dalam special kes dalam sistem bank.

Aku jugak dipahamkan, AKPK boleh jugak negotiate dengan Ah Long. Selain dari tu, yang tak nak kena halang dari keluar negara sebab tak bayar PTPTN boleh la datang berbincang dengan AKPK.

Nama Dibatalkan Dari Senarai AKPK Bila Tak Bayar dan Tiada Peluang Kedua

Bila AKPK dah bagi kemudahan camni, kita tak boleh ingkar untuk membayar pulak. Sebab kalau ingkar AKPK akan batalkan nama kita dari senarai dan time tu pandai2 lah kita buat pembayaran sendiri ke bank-bank tadi. Macam kes aku, time tu aku tak bayar 2 bulan kat AKPK. Terus AKPK batalkan nama aku dari senarai diaorang TANPA NOTIS okey!

Mujurlah aku dapat selesaikan kesemua hutang-hutang aku selepas AKPK buang nama aku aritu. Tapi apa yang aku cuba nak bagitau, lepas balik dari program AKPK tu, tidur aku jadi nyenyak. Bangun tidur dengan ceria tanpa nak pikir pasal hutang. Jadi apa yang takut sangat nak serah diri ke AKPK? AKPK memang tolong struktur balik hutang-hutang aku dan aku mendapat peace of mind.

Nama Clear Selepas 6 Bulan

Oh ye, nama aku dah clean dari AKPK dan lepas setahun dari kes tu aku dah boleh buat pinjaman perumahan dan kereta tanpa sebarang masalah. Rekod kewangan aku pulak, boleh dikatakan cantik macam bayi baru lahir. Semuanya lancar. Dan yang paling best, aku ada pengalaman camna aku leh terjerat kat perangkap hutang.

apa peranan AKPK
Petikan komen dari artikel di blog Pakdi.net berkenaan Setel Hutang

Banyak sebenarnya pelajaran yang aku dapat dari pengalaman aku yang sebelum ni. Kepada mereka yang sedang menghadapi masalah yang sama, satu je aku nak bagitau, ini bukanlah pengakhiran. Jalan masih bercahaya dan luas di depan. Bebaskan diri sendiri, terimalah hakikat.

Tips paling best aku boleh sarankan adalah, mulakanlah bersedekah walaupun kita tak banyak duit. Sebab dengan bersedekah kita akan merasakan kita mempunyai segalanya (duit, kesihatan, kebahagiaan dll). Dengan rasa itu kita akan menzahirkannya ke alam yang nyata ini.

Untuk sebarang pertanyaan tentang AKPK korang boleh terus hubungi nombor telefon AKPK ni 0326167766. Tanyalah puas-puas kat situ.
Kalau korang masih ragu-ragu, baca artikel aku yang bertajuk Perlu ke Aku ke AKPK? Kat situ aku terangkan kenapa masih ada yang ragu-ragu untuk ke AKPK sedangkan hutang dah menghimpit diri.

p/s : Artikel ni aku tulis berdasarkan pengalaman aku dengan AKPK pada tahun 2008.

Haritu artikel kat bawah ni semua viral tau!:

285 10 Komen untuk "Pengalaman Aku Pergi Serah Diri Ke AKPK"

  1. Terima kasih adzril...info berguna sangat ni. Ramai org di luar sana tak tau fungsi akpk yg sbnrnya. Entri ni sgt membuka mata. Thanks :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome syireen.. btul tu... bukak mata dan bukak minda.

      Padam
  2. Thanks en azril..smg dpt membantu ramai gologan yg terhimpit hutang

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah.... apapun diri sendiri jugak yang perlu membantu diri sendiri.

      Padam
  3. Thanks en azril..smg dpt membantu ramai gologan yg terhimpit hutang

    BalasPadam
  4. Kau punye nama diputihkan oleh AKPK, bagai mana pula fungsi Jabatan Insolvensi? Tahniah bro.... moga tak berhutang lagi, nahas jika bankrap atau muflis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku belum tahap muflis. Tapi sudah menghampiri muflis. Kalau dah muflis memang tak boleh dah AKPK nak tolong.

      Padam
  5. Banyak sungguh pengalaman kita masa tu kan bro...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko la yang paling banyak payung aku time tu rope... aku tujukan lagu Aizat - Sahabat utk ko.. hehehehe

      Padam
  6. Kalau personal loan melalui potongan angkasa via pay slip boleh kah

    BalasPadam
  7. Kalau personal loan melalui potongan angkasa via pay slip boleh kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye boleh tu. Rasanya cuma bayaran bulanan kereta je yang tak boleh diAKPKkan.. :)

      Padam
    2. En pasti ke blh sbb de yg komen kata xblh..mohon pencerahan..saya try call akpk tp x berjwp

      Padam
    3. dgn ptptn aje kalu tak silap

      Padam
  8. hmm... saya ni dah blacklist kot.. kes personal loan.. bukan tak bayar.. cuma lewat byr.. payment utk 2 bulan byr sekaligus...tapi terus kena tindakan mahkamah oleh lawyer bank.. for now.. loan boleh byr lagi.. cuma komitmen lebih sebab tgh sambung belajar.. adalah loan lain.. tapi tu byr guna potongan gaji..tak de masalah... cuma yg satu ni.. bank minta sy cantikkan bayaran jd lawyer firm tak leh kacau... so pada pendapat tuan.. perlu ke saya ke AKPK.. runsing dgn ugutan pihak lawyer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyer.. boleh je ke akpk. sbb kt sana nasib penghutang yang nak cantikkan nama dan bersihkan nama terbela.

      Padam
  9. hmm... saya ni dah blacklist kot.. kes personal loan.. bukan tak bayar.. cuma lewat byr.. payment utk 2 bulan byr sekaligus...tapi terus kena tindakan mahkamah oleh lawyer bank.. for now.. loan boleh byr lagi.. cuma komitmen lebih sebab tgh sambung belajar.. adalah loan lain.. tapi tu byr guna potongan gaji..tak de masalah... cuma yg satu ni.. bank minta sy cantikkan bayaran jd lawyer firm tak leh kacau... so pada pendapat tuan.. perlu ke saya ke AKPK.. runsing dgn ugutan pihak lawyer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pegi je AKPK, nanti lawyer firm pun xleh nak buat apa... sebab AKPK dah backup kita...

      Padam
  10. Assalamualaikum en.azril,sy nk tnye,klau kte ade buat loan peribadi dgn 5koperasi,then loan Kereta yg da tertunggk n da dpt surt saman dri mahkamah(untuk loan kereta)kite boleh ke mohon tuk akpk setlekn then kte byr kt akpk je smua loan2 tu?kte kne bank in sndri dgn akpk or boleh buat pemotongan gaji dgn akpk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. fungsi akpk bukan bayarkan utang kita tp just manage balik restructure utang jadi teratur dengan komitment yg mampu kita bayar.

      walaubagaimanapun untuk bayaran bulanan kereta xde penurunan komitment. just bayar amaun mcm biasa cuma akpk akn maklumkn status kereta tu kepada bank negara.

      Padam
  11. Assalamualaikum en.azril,sy nk tnye,klau kte ade buat loan peribadi dgn 5koperasi,then loan Kereta yg da tertunggk n da dpt surt saman dri mahkamah(untuk loan kereta)kite boleh ke mohon tuk akpk setlekn then kte byr kt akpk je smua loan2 tu?kte kne bank in sndri dgn akpk or boleh buat pemotongan gaji dgn akpk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau zaman sy dulu bayar sendiri ke akaun akpk saya. tak pasti plak kalau ada pemotongan gaji.

      Padam
  12. Salam. Jadi lepas program AKPK nih dah settle, dah habis bayar semua hutang, takde masalah ek kalo nak apply balik credit card ataupun pinjaman perumahan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 6 bulan selepas setel.. nama akan clear balik kalau x silap saya.

      Padam
    2. 6 Bulan selepas settle hutang? means kalau kita ada 10 thun hutang, kira 6 bulan lepas 10 thun tu bru nama kita clear, and bru boleh buat loan rumah semua tu ke?

      Padam
  13. saya baru 2,3 hari lps ke akpk...namun akpk x dpt bantu berkenaan loan yg dipotong melalui angkasa dlm payslip...mmg dia reject terus.terutamanya "bank rakyat"

    sedih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maknanya klu pinjaman yg byran melalui ptgan angkasa akpk xdpt bantu yea..

      Padam
    2. kalau melalui angkasa sy takde pengalaman, sebab masa sy ke akpk time tu sy kerja swasta. Tapi untuk Bank Rakyat tu memang agak strict, sebab saya pernah kena heret ke Mahkamah atas satu salah faham yang sebenarnya boleh setel pun, tapi pegawai bank tu emo semacam tak pasal2 sy naik court heheeh..

      Padam
    3. Apakah jenis-jenis pinjaman yang boleh distruktur atau dijadual semula
      Pinjaman-pinjaman atas nama individu yang di luluskan oleh pemiutang-pemiutang berikut layak untuk dipertimbangkan di bawah PPK:

      (i) Bank Perdagangan

      (ii) Perbankan Islam

      (iii) Penyedia Insuran Hayat

      (iv) Penyedia Takaful

      (v) Institusi Bank pembangunan

      (vi) Penyedia Kad kredit/kad caj

      (v) Malaysia Building Society Berhad (MBSB)

      (vi) Koperasi Bank Persatuan

      Walau bagamanapun, syarat-syarat tambahan dikenakan bergantung kepada keadaan kes untuk melayakkan pinjaman bercagar (seperti pinjaman perumahan dan sewa beli) dipertimbangkan di bawah PPK. Sementara itu, kelayakkan pinjaman yang dibayar melalui potongan Biro Angkasa untuk dipertimbangkan di bawah PPK adalah terhad kepada beberapa jenis pinjaman sahaja.
      https://www.akpk.org.my/my/content/853-akpk-faq

      Padam
    4. saya baru buat temujanji ngan kaunselor AKPK jumaat dpn (7/10/16) utk resructure loan mbsb sy sbb naik mendadak bulan ni (after 5yrs)..kalo ikutkan sy walk in hari tu utk isi on9 dan booking tarikh temujanji, loan MBSB Al-Waslah 20 tahun AKPK boleh atur.. InshaAllah mudahan urusan saya selepas ni dipermudahkan.

      Padam
  14. pada kawan2 yg tertanya2 sama ada akpk bleh bntu smua jenis pnjman,tidak ye...terutamanya koperasi..sbb koperasi bukan bwh bnk negara..itu pn saya dh tanya... :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. selain dari serah diri ke AKPK, cara terbaik yang lain adalah serah diri ke bank atau koperasi itu. Mintak penjadualan semula. InsyaAllah mesti diaorg terima.

      Padam
  15. Thanx bro for sharing the info. Sy bermasalah dgn pembayaran kereta, disebabkan berhenti kerja. Now, sy dah 13 bulan tk byar keta, hari2 sakit kepala nk byar mcm mna. Baru2 ni sy nk setel dlu utk 4 bulan, tp bank tknak terima. Diorang nk sy byar at least 10 bln.. Aduiii, insyaAllah sy akn g AKPK dlm msa terdekat ni.

    BalasPadam
  16. Thanx bro for sharing the info. Sy bermasalah dgn pembayaran kereta, disebabkan berhenti kerja. Now, sy dah 13 bulan tk byar keta, hari2 sakit kepala nk byar mcm mna. Baru2 ni sy nk setel dlu utk 4 bulan, tp bank tknak terima. Diorang nk sy byar at least 10 bln.. Aduiii, insyaAllah sy akn g AKPK dlm msa terdekat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe, ianya bukanlah pengakhiran dunia..... mesti ada jalan penyelesaian....

      Padam
  17. Pengalaman saya, tahun 2013 kereta kena lelong sebab tak mampu bayar. bukan taknak bayar tapi kes kena tipu oleh salesman waktu trade-in kereta. apapun selepas kereta dilelong masih ada baki yang perlu saya jelaskan. tapi saya sehingga 2016 pun tak bayar2, bank pun keluar notis nak bankrapkan sebab ada hutang lebih RM30k. Bank balik2 call cadangkan buat loan untuk settle. tapi dalam ccris tak cantik so mana bank nak luluskan loan. bank cadang pinjam dari sumber lain. tapi rate dan bayaran pengurusan bukan main tinggi. loan rm40k dapat rm35k ja dalam tangan.dengan bulan paling rendah rm600. last2 dipendekkan cerita pergi AKPK. selepas perbincangan AKPK tetapkan bayar bulanan dalam RM300 ja. kesimpulannya, susah2 pening2 pergilah AKPK. they are good people.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. mereka (akpk) memang membantu. Yang penting kita sendiri memang nak dibantu.

      Padam
  18. Salam, kalau rumah hampir nak kena lelong, AKPK ni boleh tolong tak restructure semula ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya masih boleh selagi kita belum diisytihar muflis.

      Padam
    2. Assalamualaikum..abg ...mcm sy dpt surat dri bnk sbab x dpt byr selama 3 bln..apakah patut sy buat...surat itu mengatakan sruh hadir ke makamah bln sep ni...poning2

      Padam
    3. Salam abg...mcm sy x byr utang bank 3 bulan..dan mndpt surat tuk pergi ke makamah..apakah yg perli sy buat

      Padam
    4. Assalamualaikum abg..sy hutang bank 3 bln x byr..dan sy dpt surat tuk hdir ke mkamah bln sep ni..apakah yg perlu sy buat

      Padam
  19. Salam.. kalo kita nak wat buat personal loan di akpk bole ke. ?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. AKPK bukan tempat buat loan / pinjaman, ianya tempat untuk orang yg bermasalah dengan hutang datang untuk menyelesaikan masalah hutang mereka.

      Bukan akpk tlg bayar, tp akpk tlg membuat penjadualan pembayaran semula.

      Padam
  20. en..kalu nma dh blacklist nma boleh dbrsihkn kh?certin org ckap x bleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti yang tu. Kena tanya jabatan insolvensi. Eh betul ke ejaan saya ni.. Hehe

      Padam
  21. Lau dgn pinjaman wang berlesen AKPK boleh tolong kew

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tu tak pasti pulak... sebab kalau institusi tu masih di bawah bank negara sepatutnya takde prob. so kene tau jugak maksud 'berlesen' tu heehehe

      Padam
  22. Salam en.azril. sy baru je join program dmp ni dan akpk da pon anta email mengatakan application sy successful dan suruh sy proceed 1st instalment. Tp bank2 yg sy hutang masih lg ganggu suruh sy byr amount yg tetunggak. Siap ugut sy nak dtg umah/office. Adakah sy perlu byr akpk 1st instalment dlu baru bank2 ni senyap?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam.. kalau akpk dah approve, abaikan je arahan bank tu dulu..sbb akpk dah takeover. Kalau bank call cakap je cik dah masuk program akpk.

      Padam
  23. cik nadzirah bleh kongsi skit ada perubahan tak lepas join akpk dr segi byrn hutang

    BalasPadam
  24. salam en adzril sekiranya kita dah join akpk.. kad kredit kita masi bleH Pakai tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. kad kredit akan obsolete/ tak leh pakai bila dah join akpk. kata nak repair/restruktur kewangan kan? kenalah lupakan kredit kad tu.. hehehe

      Padam
  25. Kalau dah tak mampu nak bayar ansuran kad kredit, akpk boleh strukturkan semula tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye, ansuran kad kredit boleh distruktur semula oleh akpk.

      Padam
  26. saya dah join akpk sejak october 2012. tak silap saya tamat dalam september 2022. saya buat installment rm600 untuk 2 tahun. 2 tahun berikutnya rm950. dan kemudian rm1450 sampai habis. saya tak salahkan diri saya yang dulu, kerana inilah pengajaran. Sekarang saya lebih yakin rezeki itu milik tuhan. Cuma keburukan, takleh buat pinjaman lagi. Untuk keselamatan, sekarang saya gunakan current account sebab takut bank freeze akaun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kita dah setel dengan akpk, masih boleh buat loan. Saya sendiri skrg dah buat loan rumah dan personal loan. hehe

      Padam
  27. Saya plak ada masalah keberhutangan yang serius. Waktu tu saya keja swasta & komisyen sales sy RM10-RM15 ribu. Bank2 mmg welcome saya, so dgn senangnya saya buat personal loan & kad kredit ratusan ribu. Akhirnya kesemua hutang saya termasuk kad kredit dekat RM200k. Saya tak salahkan diri saya semuanya sebab separuh dari tu akibat ditipu trader forex & agent rumah. Walaupun begitu, syukur saya dapat memiliki rumah & renovate dgn hasil duit loan tu..yg syukurnya rumah tu telah disewa dgn RM1500 sebulan, dapatlah duit poket bulanan utk bayar AKPK. Setelah join AKPK bln lepas, barulah saya sedar hidup saya ni ada lagi sinar. Sblm ni iap2 bln saya kena bayar dekat RM5 ribu. Bayangkan AKPK bantu saya kurangkan bayaran jadi RM1930 saje! Skg dah dapat keja government & saya belajar erti hidup bersederhana. Thanks to En Azril for sharing good info, yea betul sedekah akan membetulkan hidup kita yg serong ni & pada sape yg ada masalah hutang yg serius tu jgnlah bimbang, mtk Allah beri jalan keluar segala masalah kita & pergilah rujuk AKPK jika ada sbrang masalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh terharunya saya.. 😅😅 thanks jugak atas perkongsian pengalaman cik/encik.

      Padam
    2. buat sy tersenyum..rupanya masih ada sinar..syukur Alhamdulillah.. :)

      Padam
    3. syukur, alhamdulillah..sy pun harap dipermudahkan urusan lps ni.. harap2 bolehla menahan nafsu berbelanja dan more saving lps ni

      Padam
  28. baru2 ni saya ada terima surat dr lawyer.. mengatakan sy ingkar membayar hutang yg hampir 28k..hutang kereta.but now,kereta dah pun kena lelong.. so td sy pergi akpk.. akpk minta sy pergi bank dulu utk discuss dgn bank dulu,, if kalau xbleh sy nk follow bank punye flow.. baru dtg balik ke akp,, skrg sy takut kalau nk buat ape2 loan. Sbb nama dah blacklisted.. mcmne nak clearkan nama semula..wuarghh sedihnye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyer.. folow bank punya rules dulu. Relax. Nnti kalau hutang dah setel semua clear la nama tu..

      Padam
  29. Salam adzril..

    Nak sruh akpk buat urusan ada kene bayaran apa2 tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam.. akpk tak kenakan sebarang yuran dan bayaran.

      Hanya perlu bayar hutang kita sahaja melalui akpk.

      Padam
    2. bru cal org akpk ptg tdi die sruh register dlu kat website lpas to book appointment. dah buntu nsib baik dapat tau psl akpk arni tu pun bank yg bagitau. tq Adzril. kalau bole pm @ wasap lagi ok. byk mende nk tanya.:)

      Padam
    3. Boleh je whatsapp. InsyaAllah saya jawab mana yg saya tahu.

      Padam
    4. Boleh je whatsapp. InsyaAllah saya jawab mana yg saya tahu.

      Padam
  30. thanks for sharing. loan jenis ape yg akpk ni blh tolong uruskan ye selain kad kredit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apakah jenis-jenis pinjaman yang boleh distruktur atau dijadual semula
      Pinjaman-pinjaman atas nama individu yang di luluskan oleh pemiutang-pemiutang berikut layak untuk dipertimbangkan di bawah PPK:

      (i) Bank Perdagangan

      (ii) Perbankan Islam

      (iii) Penyedia Insuran Hayat

      (iv) Penyedia Takaful

      (v) Institusi Bank pembangunan

      (vi) Penyedia Kad kredit/kad caj

      (v) Malaysia Building Society Berhad (MBSB)

      (vi) Koperasi Bank Persatuan

      Walau bagamanapun, syarat-syarat tambahan dikenakan bergantung kepada keadaan kes untuk melayakkan pinjaman bercagar (seperti pinjaman perumahan dan sewa beli) dipertimbangkan di bawah PPK. Sementara itu, kelayakkan pinjaman yang dibayar melalui potongan Biro Angkasa untuk dipertimbangkan di bawah PPK adalah terhad kepada beberapa jenis pinjaman sahaja.
      https://www.akpk.org.my/my/content/853-akpk-faq

      Padam
  31. Suami sya ada tunggakan 35k utk loan kereta yg perlu dijelaskan di bank rakyat.dan sedang menghampiri bankrupsi. Bolehkah AKPK membantu dlm hal ini?? Dah buntu nak cari jln penyelesaian sbb pihak bank mahu byrn pdahuluan 17k .

    BalasPadam
    Balasan
    1. seeloknya cepat2 ke akpk. Dan kalau tak sempat jugak terus berbincang dengan pihak bank untuk pembayaran / penjadualan semula. InsyaAllah bank akan setuju sebab bank mesti nak duit dia balik.

      Padam
  32. Sekiranya ada loan bank rakyat,akpk bleh bantu ke? Selain kad crdt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau loan bank rakyat tu tak potong slip gaji rasanya still boleh. tapi kalau potong kat slip gaji kena pegi bank rakyat tu sendiri dan mintak penjadualan semula.

      Padam
  33. tq..sy ada call akpk td..pinjaman bnk rakyat akpk dpt tlg cuma yg bkn potong mlalui angkasa.. klu mlalui angksa mmg suSa skit kata akpk

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. dulu bank rakyat saya mmg potong slip gaji, tapi lepas sy tukar kerja mmg saya bayar manual.. tu yang boleh akpk tu. heheh

      Padam
  34. Syukur.urusan kt akpk da setel. Permohonan da lulus akpk da siap bgi akaun no tuk bayaran. dekat 1k jgk dpt kurang bulanan.

    Tak payah bwk ape2.pegi akpk nanti die sruh masuk ic sume jenis loan kluar kt situ siap total brp bulan tertunggak. lepas jumpe wakil dia akan tanya apa mslah dan dia akan bagi pendapat macam mana nak setelkan.

    Alhamdulillah rase lega skit sekarang bank/agen loan da x cal lgi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. tahniah...

      Padam
    2. alhamdulillah tuan,, tumpang gembira

      Padam
  35. salam semua....saya nak bertanya...biasanya berapa lama permohonan kita akan diluluskan oleh akpk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ikut pengalaman saya, dalam seminggu tu akan setel.

      Padam
  36. Salam..sy mempunyai hutang peribadi dengan bank rakyat. Sy sudab tidak bekerja. Dalam masa yang sama sy sedang sarat mengndung..hutang sudah tertunggak..pihak bank..pihak mahkamah asyik call dan suruh langsaikan hutang. Sy juga sudah terima surat amaran dari pihak mahkamah.. ape perlu saya buat skrg nie. Sy buntu..kerja pun sy x de..rancang selepas habis pantang bru mencri kerja semula dan byr hutang. Mohon encik beri pendapat. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. bank dengan mahkamah call tu perkara biasa. Sekarang ni sama ada cikpuan pegi ke bank untuk berbincang permasalahan cikpuan supaya bank dpt reschedule pembayaran atau pergi je ke AKPK untuk dapatkan khidmat nasihat.

      Padam
  37. Syukur..sy baru berurusan/kaunseling dgn AKPK tadi. Tunggu seminggu kelulusan...but sure punya lah, sbb dia suruh standby 1K utk payment end of this months. Penstrukturan/Penjadualan semula utk kenaikan hutang/intrest mencecah 200K. (Panjang cerita, kenapa jadi macam itu...dan mestilah ada alasan kan). Tapi seperkara lagi..sy masih sangkut dengan KKMB yg mana AKPK tidak dpt bantu sbb tiada dlm list. Any idea? adakah lagi tempat loan yg boleh terima setelah sy sdh ikut program AKPK? Sy seorang Pesara. Sy masih lagi tidak dapat tidur lena...kerana KKMB masih terus menyerang dengan cal2..watsapp2 msg2..mo cari tempat tinggal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saya tau kkmb tu Konsultan Keuangan Mitra Bank (KKMB) ke?

      Padam
  38. Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin tuan boleh terus ke KKMB ni untuk bincang tentang masalah tuan. Jadi penstrukturan semula boleh dilakukan jika KKMB mahukan pembayaran dari penghutang.

      Padam
  39. Pengalamana Saya pula saya mumpunyai 4 Credit card (Jumlah semua dalam 16k), Selama 4 tahun sya tidak bekerja dan tak bayar credit card. Jumlah hutang saya meningkat sebanyak 81K.

    Bila dapat surat dari salah satu bank (ambank) Walaupun pinjaman saya hanyalah 3K sahaja tapi terus jadi 35K. Terus risau, tu belum 3 bank lagi nye statement. Dalam otak dah Fikir macam-macam.

    Sebelum ni saya mmg dalam program AKPK tapi setelah 4 tahun tak bekerja saya tak dapt bayar ansuran tersebut. Dalam hati katmana pulak la aku nak cekau duit 81k ni.

    Last2 tepon semula AKPK bagitahu masalah saya mereka terima, cuma perlu buat surat rayuan je. Kurang dari seminggu LULUS dah...

    selepas ditolak ditambah hhihi hutang keseluruhan saya cuma 19K sahaja. Sebab AKPK tolak semua Interest. Now saya cuma perlu bayar dekat AKPK RM158.00 je instead of RM2,000.00.

    Sebenarnya malas bill collector dok kejar2... tak tenteram hidup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkongsian yang menarik Cikpuan.. terima kasih..

      Padam
  40. baru igt nk ke akpk tp loan sblmni potong melalui angkasa..skrg dh berhenti kerja...hmmm mmg xad care lain la npk ny ni

    BalasPadam
  41. baru igt nk ke akpk tp loan sblmni potong melalui angkasa..skrg dh berhenti kerja...hmmm mmg xad care lain la npk ny ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom la jadi dealer onexox dengan sy... Fokus terus pada repair ekonomi peribadi.

      Padam
  42. salam,saya nak tanya ni,cara nak join akpk .boleh ke kita trus pergi pejabat akpk dan join..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye.. boleh terus ke akpk dn join.

      Padam
  43. Salam.. nak tanya sikit la.
    Saya dah join akpk awal bulan 8, dan dah buat 1st payment pada 18/8/2016.
    Tapi Bank Islam tetap call hari2 minta saya bayar tunggakan pinjaman peribadi (tertunggak 2 bulan sblm saya masuk akpk). Saya dah beritahu saya masuk dmp akpk tapi mereka masih call setiap hari.
    Memang saya perlu jelaskan semua tunggakan tu ke? Sbb mereka kata nak hantar surat tuntutan ke rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka tak sepatutnya desak untuk bayaran tu. rasanya tu Debt collector tu. sebab kalau bank Islam mesti dia dah dimaklumkan tentang status akpk tuan.

      Padam
    2. Assalam abg,
      Just nak tau abg pnh terkeluar dr program akpk ni kan?macamana nk notify yg kita dah terkeluar dr program ni?sebab sy blm terima statement untuk tahun lepas😩

      Padam
    3. Ok terima kasih atas pencerahan. hari2 call mintak bayar tunggakan dgn ayat yang sama "kena bayar juga tunggakan walaupun dah masuk program akpk" sampai stress saya dibuatnya.

      Padam
    4. hahaha debt collector tu.. nak kejar komisen.

      Padam
  44. nak tanye kalau lambat bayar sebulan akpk nie kena buang terus ke dari akpk

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau menurut pegawai akpk yang handle sy time tu, 2 bulan berturut2 kalau tak bayar terus kick. kalau sebulan boleh dimaafin la kot.

      Padam
  45. Assalam,
    Mengenai pengalamanabg yg pnh terkeluar dr senarai akpk sekali kan?mcmana dapat tau yang nama kita terkeluar dari program akpk,sbb sy under program tu tapi tak de pun diorg hantar statement untuk tahun ni,tahun lepas ade...��

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah 2 bulan berturut2 tak bayar install kat akpk mmg secara automatik dia kick kita dari program akpk tanpa sebarang notis.

      Padam
  46. Assalam,
    Mcmana nak tau nama kita terkeluar dr program akpk?sebab kita bayar mcm biasa tapi tahun ni blm ada dpt statement pun😩

    BalasPadam
    Balasan
    1. akpk mmg tak bagi statement seingat saya. tak tau la kalau skrg ni dah bagi statement.

      Padam
  47. kalau dah 2 bulan berturut2 tak bayar install kat akpk mmg secara automatik dia kick kita dari program akpk tanpa sebarang notis.

    BalasPadam
  48. Bagi sesiapa yg mempunyai hutang menimbun tu cepat2 la pergi AKPK,ni saya nak sharing masalah yg saya hadapi ,saya mempunyai hutang 4 kad kredit berjumlah 126k dan personal loan 80k dgn bayaran bulanan dah dekat 8k sebulan,tu belum lagi dicampurkan dgn hutang kereta ,rumah dah dijual 4 tahun lepas utk settle keatas hutang perseorangan Dan beberapa lagi personal loan tapi lepas rumah terjual hutang masih lagi berlambak .Akhirnya serah diri kat Akpk Dan structure balik hutang monthly dalam 2300 tapi saya cakap kat counselor takut tak boleh commit jadi dia turunkan monthly commitment dalam 1800 sebulan utk selama 2 tahun sebelum dinaikkan ke 2300 .Alhamdulillah sekarang barulah boleh bernafas sikit tapi perubahan dan kesedaran ke arah hidup yg bersederhana amat perlu maklumlah kad kredit dah tak boleh nak digunakan ,tinggal segala keburukan silam itu dibelakang sekarang menuju azam yg baru hidup bersederhana dan bersyukur dgn nikmat yg ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah tuan. iyer la.. sy pun kekadang takleh tahan dengan dugaan nak bermewah2 ni hehehe.

      Padam
  49. saya sebenarnya bukan bermewah2...tapi pinjam kerana terdesak, lepas tu..mula lah gali lobang korek lobang....

    BalasPadam
  50. Tuan

    Bagaimana/Dimana saya boleh berurusan dengan KKMB tersebut? Ya..saya benar2 menghadap agar hutang saya dpt penstrukturan semula. Inilah yang saya cari2 selama ini, dimana saya boleh mencari pinjaman utk membayar balik Koperasi Konsumer....asyik bayar intrest saja memanjang.
    Please...tolong saya dapatkan no.tel....tq in advance.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan boleh terus ke KKMB tu tuan bincang dengan pegawai mereka untuk struktur semula pembayaran. Mereka sepatutnya setuju sebab mereka perlukan pelanggan utk membayar kembali hutang daripada pelanggan lari.

      Padam
  51. Assalamualaikum Tuan

    Saya dalam program akpk iaitu rm600 sebulan untuk 2 bank. Itu pun saya buat rayuan kalau nak ikutkan saya perlu bayar rm800 sebulan.

    Malangnya bermula ogos ini bayaran bermula rm1000 sebulan. Saya masih tidak mampu bayar kerana saya bekerja sambilan di agensi kerajaan yang mana saya bekerja pada gaji hari dan hampir 5 tahun tapi gaji saya tak pernah naik. Amount jadi begitu bayak kerana akpk peru dihabiskan dalam masa 10 tahun sahaja.

    Saya comit untuk bayar tetapi bayaran terlalu tinggi memandangkan kos hidup yang tinggi dan saya menyara kedua orang tua yang tidak bekerja.

    Soalan pada pemasalahan saya apa perlu saya buat sekarang kerana akpk telah inform sebelum ni yang saya tidak boleh buat rayuan lagi. Adakah saya perlu batalkan akpk dan berurusan semula dengan bank untuk penstrukturan semuala ?. Saya buntu tuan? Bantu saya.

    Boleh tuan terangkan bagaimana tuan selesaikan hutang selepas tuan gagal membayar 2 bulan akpk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini cadangan saya, apa2 pun kita perlu ubah mindset (ini paaaaling penting) tp mmg ianya x mudah.

      Kedua, tambah pendapatan dan lupakan hutang tu dulu. Idea nak tambah pendapatan leh whatsapp saya 0106OO9966

      Padam
  52. Assalamualaikum tuan

    Saya memang dalam program dmp yang mana saya bayar rm600 sebulan itu pun saya buat rayuan jika tidak rm800 sebulan.

    Bermula ogos ini saya perlu membayar rm1000 sebulan yang mana saya tidak dibenarkan membuat rayuan kali kedua kerana bayaran dmp perlu dihabiskan dalam tempoh 10 tahun

    Masalah saya ialah saya tidak boleh membayar rm1000 sebulan kerana tidak mampu. Saya hanya pekerja sambilan di agensi kerajaan dan menerima gaji hari dan tlh bekerja hampir 5 tahun tanpa ada sebarang KENAIKAN dan BENEFIT.

    Taraf hidup tinggi dan menanggung 2 anak dan kedua ibu bapa yang tidak lagi bekerja teramatlah perit bagi saya. Suami dah banyak sangat membantu dan saya tidak mahu menyusahkannya lagi.

    Apa perlu saya buat ? Tamatkan akpk dan buat penstrukturan semula dengan bank ke? Adakah bank terima ?

    Tertarik saya dengan kisah tuan tak bayar akpk 2 bulan. Macam maan tuan bayar hutang tuan selepas itu. Bantu saya. Saya buntu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah puan, semua perkara boleh diselesaikan. Ada banyak cara untuk kita tambah pendapatan. Puan boleh bincang dengan pegawai AKPK berkenaan dengan kekangan yang puan hadapi. Kalau saya, memang saya banyakkan summber pendapatan, alhamdulillah.

      Padam
  53. Salam.. macam mana kalau x bekerja tp ada hutang keta tertunggak ? Akp tu boleh tlg settle kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam, mula2 kita tuan perlu faham konsep dan fungsi AKPK iaitu mengurangkan bebanan atau komitment bayaran kepada institusi bank. Bayaran masih perlu menggunakan duit dari kita yang berhutang.

      Padam
  54. Tq utk respon... skrg ni si pehutang tu x bekerja tp ada keta dh tertunggak lama... skrg ni pihak bank dh cari... adakah boleh kalau saya bawa masalah sya ini ke akpk utk penjadualan semula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kereta, kena terus ke bank. Sebab AKPK cuma letak status kereta tu bawah pemantauan AKPK tapi pembayaran masih ke bank kan? so boleh la terus ke bank dimana kereta tu dibiayai dan berbincang dengan pegawai berkaitan.

      Padam
  55. Salam..Setahu sy..klu g akpk...walau kita dh abis utang means dh clear...nama masih ade di akpk...dan x boleh buat apa2 loan pun....boleh terangkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam... memang lepas dah habis hutang nama masih ada dalam akpk, tapi rasanya ada cooling period kot selama 6 bulan. Selepas 6 bulan dah clear balik.

      ada beza antara akpk dan insolvensi, AKPK ni adalah tempat untuk kita repair komitment bulanan kita sehingga kita selesaikan semua hutang. Insolvensi pulak rasanya lebih berkait kepada kes kes muflis.

      Padam
  56. Salam en adzril,

    Kalau kita ada hutang biasa dan belum habis bayar, boleh ke kita pergi ke AKPK utk kurangkan interest? Contoh ada kad kredit 2 keping dan 2 personal loan, dan satu loan kereta. Tapi masih dibayar cuma satu sahaja default (personal loan). Saya nak cuba kurangkan interest saja untuk kad kredit dan 1 lagi loan. Saya default pada satu personal loan tapi belum masuk blacklist, kerana mungkin hutang bawah rm 5k.

    Lagi satu apa beza muflis dan bankrap?

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam cik embun... memang boleh je pegi akpk kalau mmg kita dah tak larat nak dengan komitment tu utk tujuan kurangkan bebanan.

      beza muflis dengan bankrap ni, muflis ni melayu, Bankrupt is english... hehehe .. sama je tu..lain bahasa je.. kalau dalam mandarin disebut 破产者

      Padam
  57. Kalau mcm sy ni ccris mcm mana pulak? Boleh ke pergi ke AKPK ni? Hutang mmg x byk..dlm 3k lebih je...tp kerja pun x menentu....aeon credit ugut sy suruh byr 1k dlu..bru bleh proceed byr bulanan rm 100 tiap2 bulan

    BalasPadam
    Balasan
    1. terpulang pada tuan sama ada nak pergi AKPK atau tak. sebab kalau belum terbeban elok bayar je macam biasa tak perlu ke AKPK.

      Padam
  58. Ape dokumen yg diperlukan bila pergi ke AKPK ... n skrg ni otak sy dh buntu dgn hutang kad krdit.. personal loan...huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. seingat saya, masa saya pergi ke AKPK cuma bawak kad pengenalan.

      Padam
  59. Encik Aryl...mcm mane nak tambah pendapatan tu ye..

    BalasPadam
  60. Assalamualaikum Tuan..

    Kalau komitmen bulan untuk bayar kesemua CC dan PL dalam total RM1600.. agak2 berapa boleh dikurangkan kalau join AKPK? Saya nk kurangkan monthly komitmen, kadang2 tak sampai hujung bulan dah tinggal RM300.. simpanan pun takda.. maklumlah, sorang jer bekerja dan isteri suri rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh dapat dalam rm800 la camtu.. tapi ini anggaran saya je. apa2 pun AKPK akan buat yang paling rendah dan mampu untuk tuan bayar setiap bulan.

      Padam
  61. Aku sedang membayar AKPK sejak 4 tahun lepas dan akan berakhir hingga tahun ke 10. Sekarang 28% gaji bulanan untuk bayar AKPK. Masih menyewa rumah dan dah masuk 7 tahun dah bayar loan kereta. Terbaru PTPTN pulak menagih hutang dan nama aku dah disekat dalam sistem imigresen. Haha.. Mahalnya hidup di bumiMu ini ya tuhan.. :'((

    BalasPadam
  62. Saya ada bayaran tertunggak sebyk RM2800 skrg pihak agensi suruh sya membuat pembayaran pada hari ini.. Saya xde duit sebanyak tu Dan akan ambil tindakan.. Bantu saya buntu sgt2

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan panik sekiranya ada mana2 agensi mintak atau paksa buat bayaran dalam masa terdekat.. just relax fikirkan penyelesaian.. atur cuti dan pergi ke AKPK.

      Padam
  63. salam..bro nak tnya ni...sya ada mslah hutng krdt kad..brjumlh 7k..da 5 bulan sya tk byar.stiap hri debt collector..call sya...tnya pyment bila nak jelas kan...bkn sya tk nak byar cuma skrg debt colector nak sya byar spruh dri jumlah hutng sya...memang sya tk mampu nak byar 3k lbih..dlm msa smingu ni...dia siap ckp.....dlm msa smingu ni klu sya tk dpt jlas kan pymant..dia nak tntut sman brjumlah 12 nak naik sya kat makamah....dia nak sita brang2 dlm rumh sya..mslah nya ble ka debt collector...sita brang2 dlm rmh sya..sya cuba bwa brunding...nak buat byran ansur tiap2 bulan..tpi dbt coletr nak sya byar 2k...dlm msa smingu ni..klu sya dpt byar 2k ni..bru dorang suh sya buat byran bulan2 500 tiap bulan...mslh skrg mmg sya tk dpt nak byar 2k...apa patut sya buat...tolg bro

    BalasPadam
  64. Nak Tanya kalau dah masuk akpk kan hutang card credit still Ada interest ye

    BalasPadam
  65. Nak share yer,,mana tau ada kwn2 yg same case ngn sy.
    Sy dh attend temujanji ngn kaunselor jumaat lps, 7 oktober 2016 utk review kes PL mbsb al waslah sy (personal loan yg 20 thn, after 5 yrs byrn naik smpai thn ke 20)
    Potongan PL mbsb sy ni melalui potongan Angkasa
    Jd, kaunselor bgtau akpk dlm kes sy ni hy sbg org tgh utk mbuat rundingan semula kpd mbsb..makanya akpk hantar permohonan utk lanjutkan semula tempoh byr balik sy yg berbaki 15 thn kpd 20 thn semula.
    Byrn dikurangkan dr rm1655 sbln kpd rm1240( byk gak kurangnye wLopun thn bertambah)
    Tp pengurangan ni bergantung pd kelulusan pihak mbsb.kalo dorang setuju,jadi dlm tempoh 3 bln atau lebih,, potongan baru iaitu rm1240 akn dibuat melalui potongan angkasa dr payslip jugak.
    Jadi mmg x de urusan ngn akpk lagi pasni. Cuma kene tggu kelulusan/ penolakan dr mbsb (tp doa2kan mbsb approve ye utk sy)
    1 yg kaunselor akpk bgtau,urusan ngn mbsb ni mmg ambik masa.tp bertabahlah wahai hati,, mudahan lps ni dpermudahkan segalanya😊
    Harap2 pasni x dela nk gali tutup lobang lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya doakan semoga tuan/puan berjaya. dan mendapat kelapangan dari segi kewangan dan rezeki.

      Padam
    2. Nak tanyalah betul ke akpk dapat tolong untuk maintain potongan mbsb waslah supaya potongan tak naik pada tahun ke 6?

      Padam
  66. Assalam encik.. tumpang tanya.. kalau kita nak pergi akpk perlu byk statement2 ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam.. nak ke akpk cuma perlu bawak kad pengenalan je. Tak perlu bawak dokumen.

      Padam
  67. Ok noted.. sekiranya kan saya dah dlm program akpk ni.. business loan sy bole buat lg ke.. sbb sy de syarikat kecil2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya boleh kalau sdn bhd. Tapi kalau enterprise no komen.

      Padam
  68. Kalau kita dalam pantauan akpk.. kita bole g ke luar negara tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye boleh. Jadi yang ada masalah dengan pembayaran ptptn boleh la cepat2 ke akpk.

      Padam
  69. Assalam encik. Sy nak minta pendapat bole? Sy ada 2 kad kredit dengan 5 personal loan.. sekarang sy berbelah bg samada nak apply akpk ke tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekilas saya baca mmg saya cadangkan untuk terus ke akpk la. tapi kalau cikpuan masih boleh menanggung komitment tu, tak pergi pun takpe.

      Padam
  70. En Aryl klu potongan slip gaji sya dah mencecah 80% dan kesemua 80% adalah pinjaman peribadi dgn 4 koperasi ,mbsb dan bank rakyat akpk blh bantu sya ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye cikpuan.. boleh ke akpk atau boleh daftar akpk online. InysAllah membantu.

      Padam
  71. salam boleh tolong jelaskan mcamana nk selesaiakan hutang...lepas selesaikan hutang gaji saya akan besar..dan saya boleh buat pinjaman semula..hidup saya tersempit.perjelasan mohon email.. [email protected]

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ikut prosedur biasa, cara nak selesaikan hutang adalah dengan bayar hutang tu setiap bulan mengikut tempoh yang ditetapkan. kalau nak lagi cepat, kena bayar lebih la tuan.

      Padam
  72. Encik.. andai kata esok sy g akpk.. terus mohon.. nanti ada seisi kaunseling ke.. nak approve amik masa seminggu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau walk in, mmg terus ada sesi kaunseling.

      Padam
  73. hutang potong melalui payslip tak boleh guna akpk lah....mrk tak layan, sebab dah potong dlm payslip, kereta dan rumah akpk pun x tolong, more to credit card....hutang kereta dan rumah jumpa direct ke bank berkenaan, runding direct ke bank berkenaan. join akpk kena register nama, pastu buat temujanji...sesi kaunseling, lepas join akpk....akpk ada pro and con, kalau dah buntu sangat, lebih baik join akpk

    BalasPadam
  74. salam tuan.. nak jumpa kaunselor kena bawak dokumen penyata statement pinjaman bank ke? sebab saya request dgn bank, kebanyakan bagitau tak perlu.. ke mcm mana tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawak diri je. Tak perlu bawak penyata hutang. Ic perlu la bawak.

      Padam
    2. terima kasih tuan kerana sudi menjawab.. :)

      Padam
    3. perlu bawak dokumen katanya. masa saya dulu tak perlu.

      Please bring the following documents during counselling session:

      1. The latest Central Credit Reference Information Report (CCRIS) - This report is available at all our branches.

      2. NRIC photocopy

      3. Latest Salary Slip (3 month)/ Evidence of Income

      4. Employee Provident Fund (EPF) statement

      5. Legal proceedings documents (if any)

      6. Latest Income Tax Statements (if any)

      7. Latest Credit Cards/Loans Statements.


      Doakan Moga urusan di permudahkan ..

      Padam
  75. Hari selasa depan saya akan ke AKPK Maju Junction Mall..

    You have successfully booked an appointment with our counsellor. Details of your session as follows

    Date: 25thOktober 2016

    Time: 9:30am to 10:30am

    Venue: Level 8 Maju Junction Mall,
    1001 Jalan Sultan Ismail,
    50250 Kuala Lumpur,
    Kuala Lumpur



    Please bring the following documents during counselling session:

    1. The latest Central Credit Reference Information Report (CCRIS) - This report is available at all our branches.

    2. NRIC photocopy

    3. Latest Salary Slip (3 month)/ Evidence of Income

    4. Employee Provident Fund (EPF) statement

    5. Legal proceedings documents (if any)

    6. Latest Income Tax Statements (if any)

    7. Latest Credit Cards/Loans Statements.


    Doakan Moga urusan di permudahkan ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. utk statement kredit kad/loan..saya dah request dgn bank..cuma ada setengah bank saja yg bagi. lain2 bank cakap kami sendiri yg akan bagi dkt akpk apabila diminta.. mcm mana ye?

      Padam
    2. Saya baru je ke akpk tadi..tak perlukan statement dr bank tu sebab akpk dah ada access ke semua bank tu..siap boleh tengok berapa amoun disburse ngan interest semua..cuma jadi problem kalo ad bank yg tak update details pembyrn dlm sistem..mcm sy tadi..9 bank..ad 2 bank pegawai akpk suruh sy kol mnta dorg update..alliance n mbf..

      Padam
  76. lepas dpt penjelasan dpd pegawai akpk..

    1- jika korang terlupa outstanding balance tak perlu risau. just key in jer amaun yg korang agak2 pinjam dulu. nanti akpk akan hntar ke bank untuk revert semula maklumat pinjaman korang yg betul. yang penting nama bank, dan nombor akaun kena betul.aku punya hutang tertunggak 3 tahun. memang tak ingat apa dah..hahaha

    2- statement pinjaman/kredit kad tak perlu ada pun takpe.




    BalasPadam
  77. salam..tn, saya nak tanya dn share skit la.. sya slh seorang yg mengikuti program akpk ni sejak april 2012.. saya ada personal loan d Public bank sebanyak 64k dan baki loan kreta yg d lelong sebanyak 12.5k..saya ikut akpk setelah saya berhenti kerja..pd mulanya saya byr personal loan sebanyak 540 sbulan.. selama 20 tahun.. bila ikut akpk, penjadualan tersebut d ubah kpd 2 tahn pertama sebanyak 400..2 tahun berikutnya 600, dan seterusnya 840 sebulan sehingga selesai..sekarang saya telah dapat kerja gov balik... so, soalan saya adalah,
    1. boleh ke saya buat pinjaman perumahan gov (LPPSA)?
    2. berdasarkan jadual d beri oleh akpk saya kena selesaikan hutang tu sehingga selesai..die tak letak sehingga 10 tahun..sebab sebelum ni, saya d pahamkan program akpk ni cuma utk 10 tahun sahaja..bila saya tanya bank, diaorg cakap sehingga selesai hutang..tapi bila saya tanya akpk diorg cakap tak..saya kena byr 10 sahaja..sepertimana yg sudah dipersetujui..tp kenapa bank cakap lain?..itu yang jadi kemusykilan sayA.
    3. Jika saya terminatekan program dgn akpk ni.. adakah saya boleh buat loan lagi selepas ni..saya dah 5 tahun ikut program ni,

    mohon pencerahan tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. maaf tuan, yang tu saya kurang pasti, mungkin boleh hubungi pihak akpk utk kepastian.tapi saya boleh je buat loan rumah (loan gomen) selepas keluar dari AKPK. akpk ni bukanlah menghukum kita, tapi membantu kita,
      2. rasanya maksud bank adalah kena selesaikan hutang with or without akpk. macam saya la, walaupun dah terkeluar dari akpk tetap jugak saya bayar sampai habis.
      3. rasanya kalau rekod cantik dah boleh. sebab saya pun mmg dapat buat loan rumah selepas terminate dari program akpk.bukan loan rumah je. personal loan pun saya buat.

      Padam
  78. Salam..kalau pinjaman dgn mara akpk boleh tolong ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tuan selagi ianya tiada dalam payslip.

      Padam
  79. salam tuan...sy nk kepastian sblm jumpa akpk..boleh ke akpk berbincng dg mbsb untuk mgurgkn jumlah full sttelment pjmn peribadi..sbb sy ada duit slps jual rumah n tanah tp blm ckup untuk langsaikan baki keseluruhan..htg rase2 lg rm115k..kalu dpt dlm rm95k blh lgsaikan cantik..kira2 dh byr hampir 6 thn rm989 sbln..tq tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau mengikut pengetahuan saya, akpk cuma tolong buat bayaran rendah je... tapi boleh bincang la ngan akpk..sbb akpk mmg akan tolong.

      Padam
  80. Emcik nak tanya kalau mbsb memang akpk dapat tolong ke???sebab saya bulan 9 tahun depan akan mula tolak...boleh walk in terus ke akpk tanpa appointment???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena call dan buat appointment dulu.

      Padam
    2. sekarang semua kena appointment dulu.. kena isi form dulu di laman web ni http://customer.akpk.org.my .

      Padam
  81. Adakah betul akpk dapat tolong untuk kecilkan potongan bulanan mbsb yg akan meningkat tahun depan sebab masalah mbsb waslah???

    BalasPadam
  82. assalamualaikum tuan..nama sy ada dlm senarai ccris sebab ada tunggakan ptptn..boleh ke akpk tlg?

    BalasPadam
  83. Cerita kita hampir sama. Hahaha. Aku tgh pikir mcm mana nk settle semua hutang dan bebas dr akpk. Sbb nk beli rumah. Harga rumah makin mahal. ada fb x bro. boleh share pengalaman

    BalasPadam
  84. Alhamdulillah.. saya berjaya diterima menyertai program AKPK Khamis lalu. Dengan installment bulanan yg baru serendah RM 570. Dulu sebelum jumpa AKPK kena bayar bulan2 dekat 9 buah bank = RM 1850.

    Gaji saya cuma RM 2200 je.. serius memang senak setiap bulan. bayangkan.

    Apapun terima kasih saya ucapkan pada tuan Aryl yg sudi berkongsi pengalaman ke AKPK..kalau tak jumpa blog ni, sure sampai sekarang saya masih berdegil ke akpk. hehehe..

    so sesiapa yg buntu sesangat dah kena kejar debt collector tu..pegilah cepat2 jumpa AKPK. Asalkan korang tak berstatus BANKRAP lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok jap nak nangis nih.... huhuhuhu.. tahniah.

      Padam
    2. hehe.. elok tuan nangis je..haha tq tuan

      Padam
  85. boleh.. minta AKPK restructure selama 15 tahun utk PTPTN. tapi kena ingat la lepas ni dah tak blh buat apa2 loan.kena settle clear semua dulu, baru boleh apply..

    BalasPadam
    Balasan
    1. a ah... ala kalau dah tersepit, takyah pegi akpk pun mmg tak boleh buat loan.

      Padam
  86. Assalam abg aryl myzn,
    AlHamdulilah so far akpk mmg byk bantu...
    Kita dah habis byr utk satu hutang so tggl 3 lagi so bln dpn kita nak bayar lagi 2 lagi...hehehe...
    Lps ni clear lah smuaaa AlHamdulilah
    Nama sy under akpk since end 2013😘
    Happy sgt2.siapa2 yg rasa byk sgt hutang sy mmg rekemen sgt register nama anda di akpk...lps tu byr je smua hutang2 tu one by one😂 Sy sgt2 bersyukur...
    Lps nama clear skali pun jgn harap sy apply credit card...no more👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam Shesays Myra.. baguslah.. say no to card credit. tapi saya ada gak guna kad kredit skrg ni. sebab rajin tgk wayang. kalau guna kad kredit tu dapat diskaun. Tapi disiplin kena tinggi la.

      sblm guna kad kredit, kena pastikan kita mmg ada cash. lepas guna terus bayar. perlukan disiplin yang tinggi. setakat ni dah 2 tahun alhamdulillah, kad kredit clean. swipe dan terus bayar balik.

      Padam
    2. Sebab sy ni perempuan yg seali gunakan kesempatan atas emosi yg tak berapa nak stabil👻💃🏻 Hahaha so sy rasa mmg sy pangkah credit card...
      Actually kan,bff sy pun sependapat. dia pun settle dah habis hutang dia tau...sebab akpk byk bantu dia kata.
      Sy just nak share pengalaman😂
      Tapi buangkan ego...pegi je akpk😘👍

      Padam
  87. Alhamdulillah lps sy baca blog en aryl terus jd confident nak serah diri di AKPK.sebelum ni nak pergi tp rasa was2 takut nama akan busuk selamanya.tp dari coretan en aryl nama blh clear after 6 mnth kita settle dgn AKPK, tu jadi lebih semangat nak ke sana.

    Hutang sy dari 1100 (utk 4 bank. 3 PL, 1 CC) sebulan dpt krg 250 utk tempoh 2 thn pertama.thn ke 3 smpai 8 thn akan jd 400 je. Dulu tido mlm x lena duk pk hutang je.siang plak hp xpenah sunyi dgn call dr debt collector. Tp skrg bersyukur sgt dah dpt sinar bahagia sbb bank pun dah x kacau. Tp mcm mana pun masih usaha nak cri duit lebih utk stlekan hutang2 ni awl dr masa sepatutnya.

    Bagi yg teragak2 nk join tu pk la kalau mmg dah xde jln tu baik serah diri. Hidup pun lbh tenang dan ada sinar. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye.. menyerahlah sekarang.. takyah la tunggu2. makin tunggu makin stress.. bukan leh buat apa pun kalau tunggu tu.

      Padam
  88. Bagi yang dah terdesak tu pergi la ke akpk sebelum kena saman. Serius boleh senyum lebar lepas tu.

    BalasPadam
  89. Saya dah register akpk minggu lepas. Syukur hilang tension. Sebelum ni debt collector asyik.. sehari sampai belasan kali call.. suruh bayar hutang. Ada sekali orang tu call kata dari mahkamah tinggi kl.. ada yamg mengaku peguam .. nak saman. Nak bagi salinan surat saman dengan majikan..tapi yg call tu..call guna no handphone.. Bila pegi kaunseling akpk baru tau yang peguam dan makhamah tak akan call customer.. yang call tu semuanya debt collector.. dan selepas buat bayaran yang pertama.. kepala rasa ringan.. bangun pagi dah boleh senyum. Otak pun tak pikir pasal masalah hutang sepanjang masa. Hidup lebih bermakna (ye ye je).. kalu dulu bayar 3 kad dekat2 2k sebulan. Sekarang dalam rm400 je sebulan. Tapi tak boleh buat loan selagi tak setel semua hutang tu.. tapi aku rak kesah..sebab memang dah black list pun. Sebelum bankruptcy l3bih baik serah diri dengan akpk. Lagipun rumah dan kereta semua dah ada. Aduhai lapangnya fikiran. Nasihat saya bagi yang dah tak mampu nak bayar hutang bulan2 tu, pegi la ke akpk sebelum terlbat. Perkhidmatan akpk adalah percuma. Cuma perlu bawa salinan ic.Statement hutang..rekod ccris (print kat bank negara).. penyata angkasa (jika ada).. dan payslip 3 bulan.. nanti kaunselor tu akan buat pengiraan untuk jumlah yang kita patut bayar bulan2..lepas tu buat bayaran pertama..tu semua kaunselor tu akan bagitau.. yang penting pegi ke akpk dulu sebelum terlambat. Jangan risau mereka sangat friendly...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe kan... bangun tido senyum je..

      Padam
    2. Satu lagi. SELEPAS ENROLLED DMP DAN BUAT BAYARAN DENGAN AKPK.. Jika ada sapa2 call selepas tu jika ada sapa2 call mengatakan mereka dari mahkamah atau peguam bank, kata ada surat mahkamah (saman). Tu semua tipu. biasanya yang mengaku dari mahkamah tu akan kata ada surat saman.. bila ditanya saman apa.. dia jawab "maaf encik saya tak bileh buka surat ni".. kemudian dia minta kita amik no "peguam" (call peguam) kononya untuk bincang pasal bayaran /tunggakan hutang dengan bank (disitu dia kantoi)..tadi kata tak tau saman apa.. tetiba pula boleh tau yg tu ialah surat saman dri bank. Peguam atau mahkamah tak akan call customr. Lebih2 lagi jika call guna hp dan pas tu kata nak hantar salinan surat saman kat majikan (tektik mengertak). mereka ni ialah debt collector yg kejar komisyen.. saya dah kena (semasa dalam program akpk). Tapi saya terus hubungi pihak bank. Dan pihak bank kata acc saya telah pun diserahkan kepada program akpk sepenuhnya dan debt collector mungkin belum tau kot sebab baru berbrapa hari buat 1st payment dengan akpk.. saya tak puas hati dan terus call akpk.. akpk kata payment saya berjaya dan mereka yg call tu ialah debt collector.. pihak mahkamah atau peguam tak akan call costmr.. apa2pun terima kasih en aryl. Lepas dapat maklumat dri blok saudara saya tak tunggu lama dan terus ke akpk. Saya tak kesah tak dapat buat loan selagi komitmen dengan akpk ni tak setel..sebab dah memang black list pun. Lagi teruk kalau bankrup. Jadi sebelum masalah menjadi lebih serius ..AKPK ialah jalan penyelesaian terbaik (selain setel terus hutang) - hutang tetap kena bayar/jika tersalah sila perbetulkan.

      Padam
  90. As salam Semua . Saya pekerja swasta. Pengalaman saya ke AKPK pada 25 oktober 2016 . Saya ade 3 loan peribadi dari 3 buah bank ( 2 loan potong gaji dan satu lagi bayar ke bank) . Pada masa sama , Saya juga ada masalah bayar PTPTN . Setelah berjumpa dengan kaunselor , hanya loan yang bayar ke bank dan PTPTN sahaja yang AKPK pilih . Loan peribadi yang potong gaji tak dapat AKPK bantu . Saya sebenarnya mengharapkan Ketiga2 loan peribadi dapat di jadualkan semula pembayarannya , tetapi sayang hanya satu je yg lepas . Tambah sedih bila pembayaran PTPTN bertambah jumlah bulanan . Kalau sebelum ni , bayar PTPTN sebulan rm 200 , selepas ke AKPK kene bayar rm 220. Rumusannya , bagi mereka yang ade pinjaman potongan gaji , tak perlu ke AKPK kerana AKPK tak dapat tolong .

    BalasPadam
  91. Nak tanya kalau kita ade loan kereta tak bayar. Kete kena tarik tapi bank takde hantar pape surat mahkamah atau ape.mcm mane ye?

    BalasPadam
  92. Saya dah enrolled DMP akpk bagi berberapa kad kredit dan ptptn. Jumlah semuanya dalam 42k. Melalui program akpk ni. Saya kena bayar 450 selama 9 tahun. Terbaik akpk.

    BalasPadam