Simpan Artikel atau Apa-apa Post Di Facebook

Aku percaya budaya Share artikel atau gambar atau apa-apa je kat facebook ni ada 2 tujuan. 1 memang nak share kat kengkawan lain. Lagi 1 sebenarnya nak simpan untuk diri sendiri baca next time (bila masa free la konon). Siap letak 'only me' kat ruangan Who can see this. Tapi korang tau tak bila dah terlalu banyak share kat wall sendiri, kekadang nak cari balik artikel tu tak jumpa-jumpa. Last2 give up. hahaha! Padan muka korang.

dalam facebook bookmark
Simpan artikel kat facebook.

Sebenarnya ada cara lebih senang nak simpan artikel atau video atau gambar atau apa-apa la kat dalam facebook ni selain guna fungsi butang share tu. Caranya adalah dengan menggunakan fungsi Save. Kalau setting bahasa handphone atau facebook korang guna Bahasa Melayu mungkin fungsi ni dipanggil Simpan.

simpan artikel dan gambar dalam facebook
1. Klik tanda anak panah kebawah tu (sebelah atas kanan) pada artikel / gambar yang korang nak simpan.
2. Klik pada Save Post. Setel

Cara Nak Dapatkan Balik Save Item Tadi.

Cara nak cari balik sangat senang. Tak perlu korang nak skrol wall korang tu untuk cari artikel yang korang dah share minggu lepas tu. Memang tak jumpa la hahaha! 

1. Klik pada menu sebelah atas kanan tu.
2. Taraa semua artikel dan gambar yang ko pernah save ada kat sini.
Fungsi save ni sebenarnya dah macam fungsi Bookmark la kalau untuk browser. Facebook sediakan fungsi save ni untuk senangkan korang simpan artikel yang korang nak favourite atau simpan untuk rujukan di kemudian hari.

Share la artikel ni kalau korang rasa ianya berguna untuk kawan2, saudara mara, adik beradik dan mak abah korang sekelian. Sampaikan salam cintaku pada diaorang okey!

Artikel berkaitan dengan "Simpan Artikel atau Apa-apa Post Di Facebook"

4 10 Komen untuk "Simpan Artikel atau Apa-apa Post Di Facebook"

Terima kasih sebab sudi komen.