Cara Bayar Cukai Taksiran Online

Aku baru dapat taksiran untuk suku pertama 2016 ni. Rupanya cukai taksiran ni dipanggil jugak cukai pintu. Dibayar 2 kali setahun.

Untuk detail pasal cukai taksiran ni dari segi pengiraan dan definisi korang boleh pegi ke laman Faizaman.com dan baca artikel dia yang bertajuk Apa itu Cukai Taksiran / Cukai Pintu.

bayar cara online
Bayar Cukai Taksiran Online

Cara Bayar Cukai Taksiran Online


Macam biasalah, aku kan suka bayar bil secara online. Untuk cukai pintu ni pun aku nak bayar secara online. Kalau sebelum ni aku ada kongsikan Cara bayar Cukai Tanah Secara Online, kalini aku nak kongsi plak Cara Bayar Cukai Taksiran secara online. Kalini aku guna JomPay kat CimbClicks.

1. Klik menu Pay > Bills

2. Pilih Akaun dan kemudian isi Biller Code JomPay (Ada dalam surat cukai taksiran). 2840 adalah untuk MPS.

3. Masukkan nombor akaun Taksiran pada Ref-1 dan nombor kad pengenalan pada Ref-2. Seterusnya Masukkan jumlah yang perlu dibayar dan akhir sekali tekan butang Proceed to Payment.
Semoga perkongsian aku kali ini membantu korang untuk jimatkan masa untuk bayar cukai Taksiran tanpa perlu ke Majlis Perbandaran Seremban dan lain lain Majlis Perbandaran.

Tapi kan, kekadang best jugak jalan-jalan keluar bayar secara manual semua bil bil ni. Dapat berjumpa orang, dapat tengok kerenah orang.

Artikel berkaitan dengan "Cara Bayar Cukai Taksiran Online"

5 10 Komen untuk "Cara Bayar Cukai Taksiran Online"

  1. terima kasih !

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Post ini sangat membantu saya.

    BalasPadam
  3. sy dh buat dok kat mana nbr empat angka tu...sy madukkn nmr acc yg ad pangkal huruf pastu baru nmbr x bolehka..tuluuuunnnnnnnn bantu kami

    BalasPadam
  4. sy dh buat dok kat mana nbr empat angka tu...sy madukkn nmr acc yg ad pangkal huruf pastu baru nmbr x bolehka..tuluuuunnnnnnnn bantu kami

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.