Green Screen Pertama Yang Aku Hasilkan Dari Alatan Asas

Tujuan buat Skrin Hijau ni sebenarnya nak jimatkan kos videografi selain menimbulkan kesan kreatif dalam sesebuah video.

Cuba bayangkan, rakaman video dirakam dalam rumah tapi hasilnya macam dirakam kat tepi pantai, atau subway keretapi atau atas bangunan. Best kan? Sebab tu la aku cuba kaji dan belajar cara nak buat skrin hijau ni.

Benda paling asas nak perfectkan green screen adalah dinding hijau. heheh


Green Screen Pertama Yang Aku Hasilkan Dari Alatan Asas

Kebetulan vivadea nak buat photoshoot tudung Instant Shawl aritu, jadi aku ambik kesempatan untuk merealisasikan merakam video tutorial tudung, dengan berlatar belakangkan  skrin hijau.

Skrin hijau tu aku gunakan kain warna hijau disuluh lampu softbox dari 2 arah kiri dan kanan masing-masing 45 darjah. Hasilnya adalah seperti video kat bawah ni haaa. Thanks Afie. 


Hasil dari hipotesis aku, video ni memang tak berapa menjadi. Tapi aku tau apa yang perlu aku buat untuk next Green Screen Project yang mana aku tak perlu lagi guna kain hijau. Sebab apa tau tak? Sebab material kain akan sebabkan tekstur bergelombang yang mana tone warna hijau tak sekata.

Jadi setting untuk blend warna hijau jadi paparan lain jadi susah. Untuk tu, aku cadang nak cat terus dinding dengan warna hijau. Senang terus rata.

Dari segi pencahayaan pulak, sebenarnya background tu (dinding/kain hijau) mestilah dilimpahi dengan cahaya yang sekata. Aku kena ada at least 3 lampu softbox untuk hasil yang sekata. 2 hala ke dinding, 1 hala ke model. Tapi apa pun aku nak cuba cat dinding dulu, murah dan senang.

Seterunsya dah siap rakaman dengan teknik2 yang aku sebut tadi, tibalah masa untuk post processing video tu untuk ditukarkan backgroundnya.

Boleh guna After Effect, Adobe Primere, Vegas dan macam-macam lagi yang mana aku tak ajar kan kat sini.

Artikel berkaitan dengan "Green Screen Pertama Yang Aku Hasilkan Dari Alatan Asas"

Komen artikel "Green Screen Pertama Yang Aku Hasilkan Dari Alatan Asas" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.