Helmet Iron Man dan Shield Captain Amerika oleh Hasbro

Belum pun start Captain America : Civil War kat pawagam tapi Hasbro dan Marvel bergabung untuk mengeluarkan produk yang pasti dinantikan oleh peminat dua watak ini iaitu Iron Man dan Captain America.

Hasbro dan Marvel akan bekerjasama dalam mengeluarkan helmet Iron Man dan Shield Captain America. Helmet ni dikatakan mempunyai detail yang sempurna dan bahagian depan muka yang boleh ditanggalkan.

Selain tu helmet Iron Man yang dijual dengan harga sekitar $100 ni memerlukan bateri AAA untuk menghidupkan lampu dibahagian mata. Awesome weh!

Official marvel toys

Untuk shield Captain America pulak, ia dibina mengikut saiz asal dengan diameter 24 inci. Sama macam yang digunakan dalam movie Captain America dan Avengers. Finishingnya dikatakan sebijik macam besi tapi bukanlah guna vibranium-steel alloy hehehe. Yang ni pun harganya sekitar $100.

Captain America toys


Kalau kat Malaysia ni mungkin tak ramai peminat cosplay kalau nak dibanding kt luar negara, tapi aku yakin 2 benda ni memang akan dikejar oleh peminat-peminat superhero kat Malaysia untuk dijadikan koleksi. Kalau aku memang dh terbayang Shield Captain America tergantung kt dinding opis ngan Helmet kat atas meja kerja aku. Perghh!

Artikel berkaitan dengan "Helmet Iron Man dan Shield Captain Amerika oleh Hasbro"

Komen artikel "Helmet Iron Man dan Shield Captain Amerika oleh Hasbro" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.