Sebut Harga dan Prosedur Hantar Kereta ke Sabah Sarawak dan Semenanjung

Kalau dulu masa nak hantar kereta ke Sabah dari Semenanjung saya tak ingat sangat prosesnya, sebab dah lama lagipun time tu agen yang uruskan.

Kenapa ejen uruskan? Sebab time tu saya berpindah ke Sabah guna kelayakan atas kapasiti saya sebagai penjawat awam.

Kali kedua, urusan hantar kereta dari Sabah ke Port Klang saya uruskan sendiri dari A to Z tanpa menggunakan kapasiti saya sebagai penjawat awam.

Jadi semua langkah-langkah, prosedur dan kos hantar kereta dari Sabah ke Port Klang tu saya catitkan dan kongsi kat sini untuk manfaat pembaca lain.

Kedudukan kereta dalam kapal sebelum dihantar ke sabah atau semenanjung
Keadaan kereta dalam kapal

Prosedur Hantar Kereta ke Sabah dan Semenanjung

Syarat pertama sekali sebelum nak hantar kereta ke seberang (Sabah atau Semenanjung) kena pastikan kereta tu takde tunggakan bayaran bulanan kat bank.

Itu pun kalau kereta masih berhutang kat bank lah.

Kalau ada (tunggakan) anda kena bayar semua tunggakan tu kat kaunter bank masa apply surat kebenaran atau consent letter yang saya akan terangkan kejap lagi.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Hantar Kereta Naik Kapal Laut

  1. Surat Minta Kebenaran (link download contoh surat saya sediakan dibawah, teruskan bacaan)
  2. Surat Kebenaran / Consent Letter dari Bank
  3. Salinan Geran Kereta
  4. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Kereta

6 Langkah Hantar Kereta Naik Kapal ke Sabah / Semenanjung

Berikut adalah langkah-langkah (1-6) yang perlu anda buat. Saya ada rekemen syarikat penghantaran untuk pos atau kirim kereta anda.

Boleh berhubung dengan syarikat berkenaan untuk urusan lanjut.

Teruskan bacaan πŸ™‚

1. Dapatkan / cari syarikat yang uruskan penghantaran.

Proses ni adalah untuk memastikan kita dapat harga yang sesuai.

Dapatkanlah beberapa syarikat untuk membandingkan harga yang memuaskan hati disamping servis yang terbaik.

Saya banyak tanya kawan-kawan pasal contact syarikat penghantaran kereta ni.

Ada yang guna kontena, ada yang guna Ro Ro (Roll on Roll off).

Dan yang paling penting, harga atau kos penghantaran atau pos kereta ni mestilah yang rendah dan berpatutan.

Dan akhirnya saya pilih satu syarikat yang saya rasa puas hati dari segi harga dan servis diaorang. Saya ada senaraikan 2 syarikat Penghantaran untuk anda pilih nanti.

2. Minta sebut harga untuk kos penghantaran kereta

Bila dah dapat je syarikat yang anda berkenan, saya terus mintak sebut harga atau quotation.

Masa ni saya perlu bagi kat Syarikat tersebut detail kereta saya yang nak dihantar tu;

  • Nombor kereta,
  • Jenis Kereta
  • alamat anda.

Dapat je sebut harga ni, saya perlu sediakan surat kepada bank pulak.

Untuk dapatkan sebut harga, saya sediakan 1 Syarikat Penghantaran kereta untuk memudahkan anda mendapatkan sebut harga.

Nizaf Mover & Logistics Sdn Bhd
– Klik Whatsapp Miss Yana ( 0192047355 )
– Email : [email protected]

3. Buat Surat kepada Bank memohon untuk menghantar kereta

Saya buat satu surat rasmi memohon kepada Bank untuk menghantar kereta ke Semenanjung atau Sabah.

Tapi kalau kereta dah cash atau dah habis bayar tak perlu la surat ni. Skip ke langkah seterusnya.

Nah saya sediakan contoh Surat hantar kereta, Download kat sini.

4. Hantar Dokumen kepada Bank

Lepas tu, saya perlu hantar ke bank 2 perkara ni;

  1. Surat dari pihak syarikat penghantaran kereta, senarai sebut harga (segala dokumen yang diberi oleh syarikat yang akan pos kereta) dan,
  2. Surat memohon untuk hantar kereta macam yang dalam contoh saya berikan tadi.

Lepas tu pihak bank minta saya untuk isi borang kebenaran bawa kenderaan ke seberang (Sabah atau Semenanjung). Borang yang ni bank akan sediakan.

Oh ye, sertakan sekali dengan salinan kad pengenalan ye masa nak ke Bank.

5. Dapatkan Surat Consent / Kebenaran dari Bank

Sehari selepas saya hantar dokumen tadi, Bank keluarkan surat kebenaran menghantar kereta naik kapal tu.

Tapi dengar cerita ada jugak kes yang sampai 3 hari bekerja. Bergantung pada bank jugaklah.

Slow talk la dengan orang bank tu.

InsyaAllah boleh dapat cepat.

6. Hantar Dokumen Lengkap kepada syarikat uruskan penghantaran

Dapat je surat kebenaran bank tadi, saya terus hantar semua dokumen yang bank bagi tu ke syarikat penghantaran kereta yang saya dipilih.

Antara dokumen yang perlu dihantar ke syarikat shipping tu adalah

  1. Surat consent dari Bank
  2. Salinan geran kereta
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemilik kereta.

Persediaan Sebelum Pos Kereta

Siap untuk dihantar ke gudang atau dihantar kepada pelanggan

Sebelum saya hantar kereta kepada Shipping Agent tu, saya pastikan semua peralatan dalam kereta berada di dalam tempatnya.

Boleh letak beberapa barang dalam kereta untuk jimatkan kos hantar barang lain.

Boleh la masukkan TV, pakaian, dapur memasak, peralatan pejabat dan lain lain yang boleh disumbat ke dalam kereta.

Nasib je kereta saya kecik (Viva), ingat nak masukkan almari baju sekali.

Harga Pos Kereta Murah

Selesai semua tu, boleh lah tunggu kereta sampai kat Port Klang atau Pelabuhan kat Kota Kinabalu, atau mana-mana port yang berkait.

Untuk kereta saya ni, dijangkakan seminggu je dah sampai kat Port Klang. Oyeay!

Ok, anda dah boleh dapatkan senarai harga dan servis menarik dari 1 Syarikat yang saya kongsikan dibawah ini;

Nizaf Mover & Logistics Sdn Bhd
– Klik Whatsapp Miss Yana ( 0192047355 )
– Email : [email protected]

Boleh dapatkan sebut harga, dan sebarang pertanyaan tentang penghantaran kereta ke Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Beritahu mereka dapat nombor dari Blog Adzril ok.

Selepas kereta sampai di Pelabuhan, terdapat juga perkhidmatan untuk hantar kereta ke tempat anda.

Penghantaran terus ke tempat anda (door to door) di dalam Semenanjung adalah RM250 sehingga RM450 bergantung kepada kawasan. Manakala untuk Sabah dan Sarawak adalah RM250-RM750 bergantung kepada jarak dan kawasan.

Yang penting, perkhidmatan yang dijanjikan adalah yang terbaik.

keadaan kereta baru yang dihantar antara semenanjung dan port klang
keadaan dan kedudukan kereta dalam kapal

Servis selain hantar pos kereta

Dengan syarikat ni anda boleh berurusan untuk hantar dan pos bukan je kereta, tapi boleh jugak hantar motorsikal, MPV, lori bas dan van.

dan barang-barang personal dari Sabah ke Semenanjung.

Untuk hantar dari lokasi dan pelabuhan yang berbeza, boleh call atau Whatsapp ;

Nizaf Mover & Logistics Sdn Bhd
– Klik Whatsapp Miss Yana ( 0192047355 )
– Email : [email protected]