Terma Sains dan Metafizik Dalam Siri The Flash Buat Aku Marathon Season 1 dan Season 2

Sejak IFlix bagi langganan percuma sebulan aritu, aku cuba layan citer bersiri The Flash. Aku terdetik nak layan pun sebab aku pernah tengok The Flash punya speed mengalahkan Superman (The Amazing Superman).

Tapi hakikatnya setakat season 1 dan season 2 ni takdelah laju sangat pun. Masih boleh dipertikai kelajuannya heheh.

The fastest man alive - ye le tu.
Sape layan The Flash ni, mesti diaorang perasan yang setiap watak dalam tu dah macam motivator. Harini Barry Allen (The Flash) down, Joe motivate, esoknya Joe pulak down, Barry pulak motivate. Camtu jugak la dengan watak2 lain macam Caitlin, Cisco Ramon, Jay, Dr Wells dan Iris yang memasing kadang2 jadi motivator kekadang down.

Apa yang best citer camni bukanlah jalan citernya tu, sebab byk perkara yang boleh aku pertikai.

Zoom. Watak villain dari bumi (ke-2) dari dimensi lain. Speedster jugak, tapi lebih laju dari The Flash bumi kita ni. Uniform dia pakai jaket kulit itam biasa je.

Antara perkara yang aku pertikai adalah bila Snart (Watak Antagonis) yang ada senjata ais tu konon2 sukar dikalahkan. 1st of all, senjata tu Cisco yang reka, bukannya Snart tapi kredit kat si Snart yang kononnya antara musuh The Flash yang paling sukar diberkas.

Sebenarnya tembakan pistol ais tu takdela laju mana pun yang sepatutnya The Flash boleh elak sambil menguap. Atau The Flash boleh je kidnap pistol tu time Snart tido ke, makan ke. Ada lagi beberapa perkara yang boleh pertikai tapi malas aku nak ingat dan ianya bukan benda yang perlu aku emphasis sangat pun sebab ada benda lain yang aku buatkan aku terus melekat layan siri ni smpai ke hari ini. Marathon siot!

Dr Wells, yang bertanggungjawab cipta pemecut partikel.

Drama bersiri omputeh ni kebanyakkannya boleh buat kita berfikir. Selain aku fikir jalan cerita yang boleh dipertikai tu (fikir jugak la kan?) aku juga suka fikir segala teori sains metafizik yang diterapkan dalam siri ni. Tachyon, Wormhole, Vibration, dan banyak lagi terma-terma sains dan fizik yang membuatkan aku teruja dan suka.

Reverse-Flash, musuh the flash yang pakai uniform kale kuning yang tak cantik pun macam uniform merah tu.

Artikel berkaitan dengan "Terma Sains dan Metafizik Dalam Siri The Flash Buat Aku Marathon Season 1 dan Season 2"

Komen artikel "Terma Sains dan Metafizik Dalam Siri The Flash Buat Aku Marathon Season 1 dan Season 2" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.