Hotel Di Tengah-tengah Kota Kinabalu Dan Senang Cari Kedai Makan

Bagi yang ingin bercuti ke Sabah, sudah semestinya korang akan cari hotel atau penginapan yang berada di tengah-tengah Kota Kinabalu dan senang cari kedai makan. Ye la kan sebelum nak bergerak ke Kundasang atau ke pulau (Manukan, Mamutik, Sapi) mestilah nak stay dulu sehari dua kat Kota Kinabalu.
Kunci bilik Shangri-La Bandaran
Dalam banyak-banyak hotel kat Kota Kinabalu ni, Hotel Shangri-La Bandaran Kota Kinabalu adalah salah satu hotel yang pada aku memang terletak kat tengah-tengah kota Kinabalu. Dari hotel ni korang boleh akses perkhidmatan bas mini kat sebelah hotel je. Selain tu kedai makan pun senang nak cari, jalan sikit ke depan dah jumpa KFC. Nak Seafood, seberang je jalan sikit dah jumpa seafood. Nak berhibur? Ada tu kelab untuk berhibur yang bangunan warna putih tu (yang ni aku tak tau la hiburan apa ada dalam tu sebab aku tak pernah masuk). Pendek kata memang strategik la kedudukan hotel Shangri-la ni kat Kota Kinabalu.

Pemandangan dari dalam bilik Shangri-La Bandaran

Deret kedai ni ada kedai 24 jam, ada KFC dll.
Tempat tunggu bas sebelah hotel je.

Pengalaman aku menginap 1 malam kat Hotel Shangri-La Bandaran ni agak memuaskan lah. Aku datang ke hotel ni naik kereta, yang bestnya parking memang tersedia dan senang nak parking sebab tak perlu nak masuk bangunan, parking dia tepi bangunan je. Parking ni memang khas untuk pelanggan hotel je tau.

Kawasan parking yang luas dan khas.

Parking Shangri-La Bandaran

Masuk je kat hotel terus gadis2 kat kaunter tu senyum (greet tetamu lah, mmg camtu) kat aku. Membuatkan aku bertambah selesa kat Shangri-La ni. Suasana kat dalam tu agak tenang dan kemas. Dapat je kunci aku tak berlengah terus naik bilik untuk merehatkan diri. Maklumlah, seharian bekerja. Keadaan bilik memang kemas. Bilik air ada bathtub plak, tapi aku takde masa nak berendam. Elok aku mandi terus berbaring kat katil je.

Kemas dan bersih

Kalau dapat fefeeling dalam bathtub tu best kot.

View dari dalam bilik aku tu memang awesome. Aku boleh nampak view bulatan Bandaran dari bilik aku dengan jelas. Bangunan Mercedes tu pun jelas kelihatan. Pendek kata kesibukan Kota Kinabalu ni aku dapat tengok dari dalam bilik aku je. Malam tu aku keluar ke area Kg Air (nama tempat, bukan kampung tau) makan mee Ramen kat area kedai kat situ. Biasanya aku makan kat kedai Mamak tu (Restoran Islamik) tapi malam tu terasa nak makan mee ramen. Lepas makan aku balik bilik buat sikit kerja blogging memandangkan wifi kat sini boleh tahan laju. Tapi tenet onexox aku lagi laju, hehehehe.

Gunakan wifi hotel walaupun data 1xox lebih laju.

Berhadapan dengan Show room Mercedes Benz Kota Kinabalu
Sarapan kat Hotel Shangri-La Bandaran ni start pukul 6.30 pagi which is kat sini 6.30 memang dah terang ye. Kalau kat KL tu masih boleh subuh gajah lagi. Tapi aku turun sarapan pukul 9 pagi. Saje tak nak berebut ngan orang lain. Sarapan dia memang lengkap dan banyak pilihan. Minuman plak dari Jus Epal dan Oren ke Air Kopi dan Teh semua ada. Masa nak minum kopi tu panik jap sebab dia guna mesin. Aku plak tak tau nak tekan butang mana satu untuk air tu keluar masuk ke cawan, nasib baik ada staff hotel yang membantu.

Cafe untuk sarapan

Mesin pembuat kopi

Roti Canai dan Kuah Kari

Muffin

Roti Buku

So far itu je yang boleh aku bagitau pasal experience aku kat Hotel Shangri-La Bandaran ni. Aku rekeman la hotel ni sebab keadaan dia agak tenang tapi masih boleh akses ke banyak tempat kat sekitar Kota Kinabalu dari tempat makan ke tempat hiburan. Ianya sesuai bagi korang yang nak keselesaan dalam masa yang sama nak senang akses ke area Kota Kinabalu hanya dengan jalan kaki.

Artikel berkaitan dengan "Hotel Di Tengah-tengah Kota Kinabalu Dan Senang Cari Kedai Makan"

Komen artikel "Hotel Di Tengah-tengah Kota Kinabalu Dan Senang Cari Kedai Makan" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.