Rasa Meatball Yang Lebih Sedap Dari Meatball Ikea di Area Johor Bahru

Bukan selalu aku makan meatball pun. Kalau kat Kota Kinabalu ni aku pernah makan meatball kat area Indah Permai ni. Rasanya boleh tahan sedap dan kena pada harganya. Tapi kali ni aku nak cerita betapa aku geram dengan meatball yang aku makan kat BigDaddy's Family Cafe yang terletak kat Bandar Baru Uda Johor Bahru.

Rasa Meatball Yang Lebih Sedap Dari Meatball Ikea di Area Johor Bahru

Selesai je event blogger untuk Soft-launch Southern Tigers Perfume by Legacy dan perlawanan bola antara JDT menentang Pulau Pinang malam 6 Mei aritu, kami semua blogger terus ke kedai makan kat area Bandar Uda berhadapan dengan Perodua Uda. Serius penat dan lapar time tu membuatkan aku tak berapa selera nak makan tapi disebabkan semua nak makan kat situ, jadi aku join je la.





Antara makanan yang terhidang time tu adalah Chicken Chop, Fish & Chips, Meatball, Kuew Tiaw goreng, Mee Goreng, Pisang Cheese dan lain-lain makanan yang serius memaksa selera makan aku terbukak. Mohon layan gambar kejap.

Tengok pun dah tau sedap, tu kuah dia tu aku geram.

Ko tengok tu Chicken Chop ngan meatball duduk sebelah--sebelah plak.

Mee gorang mamak style.

Fish & Chips ni si Najeeb makan sorang, demn.

Meehun ni nampak menyelerakan.

Aku ada 2 pantang beb dalam bab makan. Pertama jangan makan waktu malam, kedua jangan makan banyak. Tapi malam tu terpaksa jugak aku langgar pantang2 aku tu. Chicken Chop dengan Meatball dia yang dilimpahi kuah black pepper yang membuatkan aku makan tak beringat. Fish & Chips pun boleh tahan jugak sedapnya. Serius aku lupa kat pantang aku tadi (eh redundant plak hehehe)

dengan aiskrim vanilla
Pisang Cheese cicah ice cream vanila perghh dia punya feel sampai ke katil.

Korang pernah rasa pisang cheese yang ada aiskrim? Kombinasi pisang cheese yang meriah dengan cheese pastu dibubuh pulak aiskrim memang buat aku lupa yang aku dah penat tadi. Aku jugak lupa yang sebenarnya tadi aku tak berselera nak makan.

Si Norman Danish siap cakap, "Ini sedap bukan sebab aku lapar beb, tapi memang sedap!" Ye memang aku setuju.

Terus aku rasa untung betul la orang area Bandar Baru Uda ni sebab hari-hari boleh makan western food yang sedap camni. Yang bestnya lagi, kedai ni ada kedai gunting rambut dalam kedai tu. Hampir je aku nak gunting rambut sebab rambut aku dah kembang tapi memikirkan geng-geng blogger lain mungkin dah sibuk nak balik hotel, so aku simpan dulu lah rambut aku ni untuk dipotong kat Kota Kinabalu. Lagipun kalau tak silap aku kedai ni tutup pukul 2 pagi.

2 Perkara aku tak tipu korang, 1 aku memang penat sangat, kedua rambut aku kembang.

Kepada pemilik kedai BigDaddy's Family Cafe, layanan korang memang best. Aku harap layanan diteruskan camni walaupun ada pekerja lain yang akan handle customer lepas nih. Kipidap! Korang tau, sampai je bilik hotel aku dah ada reason yang kuat untuk terus tidur. Letih + kenyang memang pakej yang lengkap. Tapi aku gagahkan jugak untuk mandi untuk menyempurnakan pakej tadi. Letih + Kenyang + Badan segar = Tidur yang lena.


Artikel berkaitan dengan "Rasa Meatball Yang Lebih Sedap Dari Meatball Ikea di Area Johor Bahru"

Komen artikel "Rasa Meatball Yang Lebih Sedap Dari Meatball Ikea di Area Johor Bahru" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.