Tukar Mono Yamaha 135 LC Terus Jadi Keras Macam Kancil Potong Spring

Sebelum motor LC aku dibawak balik ke Semenanjung dari Kota Kinabalu, aku perasan tayar depan belakang memang dah botak licin kaw kaw. Tapi memang aku niat nak tukar sejurus motor tu sampai semenanjung la nanti.

Selain dari tu, yang aku perasan monoshock yamaha LC aku ni dah berhayun lembut gile geng. Ambik lep kompom jadi drift punya.

Bukak Cover set kiri sahaja untuk tanggalkan monoshock Yamaha LC
Kalau nak tengok tahap keseriusan kerosakan memang la aku perlu tukar tayar dulu. Monoshock letak tepi kejap. Tukar tayar ni depan dengan belakang sekaligus beb. Nak nak time tu raya kedua, mana pulak nak cari kedai tukar tayar ni.

Memang dah round2 area Kapar tu takde la kedai sparepart motor yang bukak kecuali satu kedai Motorsikal amoi ni. 

Untuk harga tayar depan aku dapat dalam RM78. Tayar belakang pulak aku dapar RM89. Untuk kedua2 tayar ni aku ambik jenama Duro. Saiz tayar aku tak ingat, tapi yang standart motor keluar kedai punya lah.

Kalau dulu2 boleh la ambik tayar besar depan belakang. Sempat aku tanya kat amoi tu berapa harga monoshock untuk Yamaha LC 135, dia cakap RM160 siap pasang. Tu kalau aku bedek lagi mungkin leh dapat harga murah sikit.

Tukar Mono Yamaha 135 LC Terus Jadi Keras Macam Kancil Potong Spring

Untuk mono LC aku yang dah lembut berbuai mcm buaian tu aku belum cukup bajet time tu untuk tukar. Aku dengar cerita ada orang boleh buat inject balik monoshock untuk kembali perform macam baru keluar kedai.

Kos untuk inject mono yamaha LC ni katanya dalam RM25 ke RM35. Bagi aku harga ni dah cukup murah berbanding kalau nak tukar mono baru jenama Kayaba atau Racing Boy (Third Party).

tukar mono
kedudukan nut yang diwelding ke monoshock
Pandangan sisi monoshock jenama Kayaba yang telah diubahsuai

Jadi sementara tunggu gaji aku masuk ke dalam akaun, aku bercadang la untuk inject je mono Yamaha LC aku ni. Lagipun memang mono asal dah lembut. Brother yang bertanggungjawab tukar mono LC aku ni duduk kat area Sungai Buluh.

Mula-mula aku ingatkan dia buat kerja2 inject Mono jadi keras balik, rupanya bukan. Dia modified mono asal jadi keras macam kancil potong spring punya effect hahaha! Sekali siap pasang terkejut aku sebab keras gile kot mono ni dan tinggi sikit sebab spring kat monoshock tu diwelding dengan nut, tu yang jadi tinggi sikit.
yamaha LC135 jimat maintenance
Kerja kerja menukar monoshock Yamaha LC sedang dijalankan.

Aku ni memang dah lama tak buat kerja bukak2 motor ni. Jadi bila tengok bebudak ni buat kerja (tukar mono) aku jadi terkagum sikit. Lagipun zaman aku bukak-bukak motor dulu zaman aku pakai modenas kriss 110 1st model tu haa.

Itupun cuma tukar minyak hitam, tukar tayar ngan ketatkan rantai je. hehe. Bila tengok bebudak ni buat kerja barulah aku tau camna cara tukar mono Yamaha LC 135. Kerja pantas dan upah cuma RM35. Oh ye, dia swap mono yang dia dah modified jadi keras tu dan dia ambik mono lembut aku tu untuk dimodified dan dijual/diswap kepada customer seterusnya.

Artikel berkaitan dengan "Tukar Mono Yamaha 135 LC Terus Jadi Keras Macam Kancil Potong Spring"

7 10 Komen untuk "Tukar Mono Yamaha 135 LC Terus Jadi Keras Macam Kancil Potong Spring"

  1. sekarang saya baru pakai fz, rasa menyesal juga kadang2. sebab tak ada raga..dah la teman jenis suka g pasar borong..

    rasa mcam nak cari moto raga plak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaaa boleh je pasang box kat Fz tu..

      Padam
  2. Sungai buluh kat mana kedainya bro??boleh bagi alamat dia tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Whatsapp member ni, +60 17 356 8755 - art.

      Padam
  3. Bro kalo bila bwk msa jalan x rata apsal ek rantai mcm sentap gila rase tayar blkg nk trcabut..corner pon cmtu gk..sbb monoshock dh lembut ke ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Err tak pasti bro. Mungkin rantai ketat sangat kot

      Padam

Terima kasih sebab sudi komen.