Nak Cari Churros di Malaysia Yang Sama Macam Makan di Korea

Aku tak pernah pulak pegi Korea sebenarnya untuk makan Churros ni. Tapi memandangkan Churros ni popular kat Korea so aku assume makanan ni memang diminati dan paling dicari lah kat Korea samada oleh orang Korea sendiri atau pelancong luar (lagi-lagi Malaysia) yang pernah jalan-jalan ke Korea.

Bersama duta makan terkenal Malaysia, Mahamahu.
Aku percaya korang yang pernah ke Korea mesti pernah makan Churros ni. Dan tak mustahil korang mesti mengidam nak cari lagi Churros tu konon2 nak mengimbau kenangan kat Korea lettew atau memang tekak meronta-ronta mintak makan Churros. Takkan nak beli tiket AirAsia semata-mata nak makan Churros kat Korea kan? Takkan nak buat sendiri Churros kat rumah, resepi nak buat Churros pun takde. hahahaha! So mana nak cari Churros di Malaysia yang sama macam makan di Korea? Fret not sekarang ni Churros dah boleh didapati IOI City Mall Putrajaya.

Bagi aku yang 1st time makan Churros ni, aku ingatkan benda ni sama macam Pretzel. Rupanya lain lah hahahah! Churros ni lebih lembut dan disebabkan lembut tulah perisa yang dipadankan dengan Churros ni memang terasa bila masuk ke tekak. Ada 4 jenis Churros utama kat sini iaitu Original, Filling-Chu, Ah-Chu dan Lattes.

Original

Yang original ni bentuknya yang original. Tapi dia ada 3 perisa berbeza iaitu Cheese, Chocolate dan Cinnamon. Untuk aku, aku suka Cheese sebab korang bayangkanlah makan benda lembut yang rasa cheese fuh. Untuk Churros Original ni harganya RM4.90 je.

Gambar dikidnapped dari dhiavivadea.com

Gambar dikidnapped dari dhiavivadea.com

Filling-Chu

Hahahah nama pun comel2 je filling-chu. Churros jenis filling Chu ni dia bubuh jem coklat, blueberry, dan cream cheese. Hati2 kalau makan yang jem coklat, jangan patahkan pastu makan, nanti isi coklatnya tumpah kat baju. Elok terus dingap ke dalam mulut. Untuk merasa nikmat seperti ini korang perlu bayar RM7.90

Gambar dikidnapped dari dhiavivadea.com

Ah-Chu

Ah-Chu adalah gabungan Churros dengan aiskrim. Yang ada variasi perisa adalah aiskrimnya iaitu perisa strawberry, choco coco, choco berry, coklat dan plain vanilla untuk dicicah bersama Churros Original. Burppp! Oh ye, utk Ah-Chu ni RM7.90 jugak.

Gambar dikidnapped dari dhiavivadea.com

Minuman

Sebenarnya kalau korang kunyah Churros ni tanpa minum memang cepat muak. Eloklah korang kena order sekali minuman yang disediakan. Ada 7 jenis minuman yang semestinya ada minuman aneka kopi macam kopi latte, latte caramel dan lain-lain.

Gambar dikidnapped dari dhiavivadea.com
Kalau yang fefeeling nak rasa kudap Korea tu leh la cari kedai Churros Street ni kat IOI City Mall Putrajaya. Cawangan lain pun akan dibukak tapi buat masa ni boleh la datang serbu kedai Street Churros ni kat ground floor IOI City Mall Putrajaya.

ada member bagitau yang rasa Churros ni memang rasa sebijik kat Korea sebab semua bahan dia dibawak khas dari sana.

Artikel berkaitan dengan "Nak Cari Churros di Malaysia Yang Sama Macam Makan di Korea"

7 10 Komen untuk "Nak Cari Churros di Malaysia Yang Sama Macam Makan di Korea"

  1. Orang dalam gambar yang first tu hensem lah sapa dia tu hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak dinafikan Maha... yang baju biru tu mmg hensem... tq.. ekekekek

      Padam
  2. Ok, xboleh jadi nie. Esok nak pergi repeat, tak kira.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha tak aci la bro ... byk session.. tak nak ajak lagi ke? hahahahha

      Padam
    2. Ajak? Next projek leh la hahahaha

      Padam
  3. tak pernah makan lagi churros ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa je, macam makan char kuey (chakui) tapi ni versi korea... rangup tapi lembut.. hahah

      Padam

Terima kasih sebab sudi komen.