Perkara Asas Tentang Maintenance Motorsikal KTM RC Duke 200, 250, dan 390

Bagi penggemar motorsikal berkapasiti sederhana besar kontinental KTM sama ada KTM RC atau KTM Duke mesti korang tercari-cari info perkara asas tentang maintenance motorsikal KTM RC Duke 200, 250 dan 390 cc. Kebetulan aku jumpa info menarik hasil perkongsian di Group KTM di facebook berkenaan dengan asas maintenance yang semua pemilik dan bakal pemilik jentera KTM perlu ambil tahu.
KTM Rc 200 sedang jalani proses remapping sebab meter laju sangat.

Tips maintenance & service KTM RC Duke 200 'for beginner'

  1. Bila minyak reserve, janganla kau nak henjut lebih 40km walaupun dia catat situ boleh pergi 68km lagi.

  2. Pagi2 mahupun tengahari buta sebelum nak start ride, eloklah sekiranya kau pergi start enjin & warmup dulu sementara kau gosok gigi n bersiap. Warmup moto dlm 7-10minit pun dah ok, jangan ler kau terus sodok lepas kejut dia bangun, pedih der..

  3. Disarankan tukar kabel clutch setiap 10000km atau setahun sekali.

  4. Disarankan tukar minyak hitam 3 bulan sekali atau setiap 5000km sekali.

  5. Disarankan tukar oil/fuel filter sekali setiap kali servis.

  6. Ganti coolant dan minyak brek baru setiap 10000km untuk penyejukan optimum dan brek yang mantap.

  7. Kos servis bergantung pada kedai dan barang yg kau nak pakai. Anggaran 'kasar' tok selalu bikin standard servis, antara rm130-rm170. Kalau mahal drpd kos yg dinyatakan sila bikin kedai lain.

  8. Harga standard sparepart utk refer supaya tak kena kencing, bagi sparepart2 yg rosak berkala, adalah seperti berikut: 
    - chain sprocket set rm160-rm170. 
    - clutchplate rm350.               
    - rear tyre 150/60-17 rm300-rm500 siap balancing(ikutla kau nak cap apa & purpose)
    - coil rm300.                                
    - air filter rm70.                           
    - oil filter rm30.                      
    - kipas radiator rm300-rm400. 
    - radiator net rm80.              
    - brake kaki rm160.                  
    - lain-lain barang & aksesori mohon tanya kawan kau

  9. Jangan gelabah bila tengok temperature moto kau naik sampai max bila kau jalan waktu peak atau sesak tambah pulak cuaca panas, lepak sapkok jap moto kau ok balik. Kebanyakan dukers mesti kena ni barang. 

  10. Bila bukak tank cap nak isi minyak, rajin2kan tangan bersihkan/lap habuk2 kat celah2 tu untuk elakkan filter kau tersumbat dengan barang yg tak sepatutnya ada.

  11. Lube rantai setiap 400-500km dengan apa-apa minyak(minyak enjin / minyak gear) atau lube rantai. Kalau malas lube akibat dia hauslah rantai kau, ganaplah duit kau.

  12. Rajinkan diri lubricate aksesori mcm levers, footrests, fork, absorber dll berkala(buat je lepas kau cuci moto), benda ni orang tak buatkan untuk kau masa servis moto.

  13. Cara bersihkan radiator, rendam dengan air selama 5-10 minit, gosok manja dengan berus gigi pakai sabun sunlight bini kau. Jangan pancut air direct pakai hose bengkok 1 hal pulak, jirus pelahan2 pakai gayung(tu pun nak kena ajar?)

  14. Masa servis, mintak bukak cover sprocket depan suruh bersihkan kotor dalam tu. (bukak cover depan sprocket, radiator xyah usik.. kedai tau)

  15. Apa-apa lagi yg tok missing boleh ler tambah kat ruang komen. sekadar panduan utk anak2 ketam (KTM)  diluar sana.
Terima kasih kepada Empayar Lemang Tokwan sebab kongsikan tips dan penjagaan yang perlu pemilik KTM samada RC atau Duke tahu untuk menjaga jentera kesayangan kami ni. Jadi mereka yang nak tahu apa yang perlu dijaga dan apa yang perlu ditukar untuk Motor KTM RC atau Duke ni, inilah dia rujukannya. Yang lain boleh kongsikan artikel ni dekat wall atau group KTM korang. Semoga bermanfaat.

Artikel berkaitan dengan "Perkara Asas Tentang Maintenance Motorsikal KTM RC Duke 200, 250, dan 390"

6 10 Komen untuk "Perkara Asas Tentang Maintenance Motorsikal KTM RC Duke 200, 250, dan 390"

  1. tumpang tanya boss, berapa botol minyak hitam utk d200 kebiasaanya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 botol 1 liter. Tapi guna 1.4 liter je. Kalau yang jenis guna tong leh dapat harga murah. Sebab dia akan tuang ngam ngam 1.4 liter ke dalam bekas sebelum dituang ke enjin.

      Padam
  2. Tmpang tanya. Knp duke 200 sy selalu mati enjin. Nak kena perah minyak baru tak mati enjin. Klu lepas minyak enjin confirm mati. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak, itu kena hantar bengkel kasi check tu.

      Padam
  3. biasa brp km sblm kita perlu menukar set sprocket dan rantai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk tukar set sprocket ni saya masih belum ada pengalaman tukar. Tapi apapun kita boleh tau bila perlu tukar dengan sentiasa memantau kondisi sprocket motor tu setiap hari atau minggu.

      Padam

Terima kasih sebab sudi komen.