Hari Bekerja Pun Ramai Gile Orang Datang : MAHA2016

Terus terang aku katakan, tahun ni 2016 adalah pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke MAHA. Selama ni aku tak pernah ambik port pun apa benda MAHA ni. Untuk apa? Perlu ke aku pergi? Apa yang aku dapat? So soalan-soalan tu membuatkan aku rasa tak perlu kot pergi ke MAHA. Lagipun korang tau la, aku bukan suka pergi tempat-tempat sesak ni.


Event Terbesar Terhebat MAHA2016

Tapi hari ini, hari yang cukup bersejarah la. Thanks to Bro Framestone sebab ajak aku ke MAHA2016 ni. Memandangkan aku tau tempat ni sesak gile-gile punya jadi aku pun naik motor je la. Ahaa.. moto Yamaha LC la. Senang sikit aku bawak mencilok-cilok di saat kesesakan.

Aku sampai kat MAEPS (Tapak MAHA2016) dalam pukul 10 pagi. Mak aih dia punya sesak, dah macam ada konsert besar-besaran weh. Aku makin pelik apa yang sebenarnya orang suka sangat nak pergi MAHA ni?

Parking kat MAHA2016 MAEPS

Ramai lagi kawan-kawan blogger yang Bro Framestone jemput untuk ke MAHA2016 ni. Kitaorang berkumpul kat Hall A. Motor aku parking kat kawasan parking yang disediakan dengan bayaran RM2 sekali masuk. Ada budak jaga motor kat situ. Selamat. Masa nak pergi ke Hall A tu pun aku dah bersesak-sesak dengan ramai orang. Pelik aku, pukul berapa diaorang sampai ni?

Makan kat Nafas Cube MAEPS

Bila semua blogger dah berkumpul tu, kitaorang dibawak ke satu tempat makan. Nama tempat tu NafasCube. Kalau menurut pemilik NafasCube ni, kawasan NafasCube baru dipasang dalam 2 minggu. Dan katanya akan permanent kat dalam MAEPS untuk orang ramai stay kat situ.

Tempat kitaorang makan tu sebenarnya macam cafe untuk pengunjung yang menginap kat NafasCube ni. Kat NafasCube ada bilik yang guna kontena tu, pastu ada Tube (Orang kampung panggil kelongkong), khemah pun ada. Harga memang murah Tube RM150, Khemah RM120, Vip kontena RM250 dan Exec kontena RM180. Tandas berasingan untuk Tube dan Khemah yang disediakan kat luar.





Perikanan MAHA2016

Lepas tu kitaorang semua dibawak pulak ke kawasan Peneraju Perikanan. Masuk je kawasan tu, benda pertama aku nampak, opkos la ikan ahakz. Bukan bukan, benda pertama yang kitaorang tengok adalah projek reimagine nature oleh UGC (Urban Green Cabin). Kat sini ada 1 akuarium yang cuacanya disetting sepenuhnya oleh smartphone dan ianya beroperasi secara automatik untuk mengekalkan keadaan kelembapan, cahaya dan lain-lain termasuk bunyi nature. Memang awesome.

Kat sini jugak korang boleh tengok ikan dan obor-obor. Ada satu ikan tu, harga dia mak aih, 100gram mencecah RM200. Kalau dah sekilogram mau RM2000. Nama ikan tu ikan Empurau, katanya ikan empurau ni hanya terdapat kat perairan Sarawak je.

Ada jugak ikan kerapu yang besar, tapi memang sesuai untuk dibuat induk je la. Selain tu, dalam banyak-banyak ikan ada satu ikan ni yang cantik dan pandai menari chicken dance. Bro Framestone je yang berani ambik gambar dengan ikan tu. Ikan Duyung.





Tanaman Nenas / Laman Nenas

Seterusnya kitaorang pergi ke Kawasan Tanaman Nenas. Betul-betul hebat la sebenarnya teknologi pertanian kat Malaysia ni. Satu Nenas yang telah dikacuk atau hybrid dinamakan MD02, langsung tak lidas kalau dimakan. Tapi manis dia tetap ada. Setelah dikacuk, nenas ni tak tajam pun tau daunnya, takde duri. Dengan penuh konfiden aku pegang dan belek-belek nenas nih.


Teknologi Tanam Padi

Tak sempat aku puas kat sini, kitaorang dibawak ke bahagian penanaman padi pulak. Eh teringat pulak pernah pergi tempat camni masa event Felcra sebelum ni. Macam biasa akan ada penerangan tentang proses dan teknologi pengasingan padi, penanaman padi.

Tapi dalam banyak-banyak tu, yang best aku baru tau sebenarnya bedak sejuk dibuat menggunakan beras. Jadi time tu aku berpeluang la buat sendiri bedak sejuk aku.


Jentera

Mana ada rehat, kitaorang terus bergegas ke kawasan Jentera-jentera ni. Ada satu jentera ni warna kuning untuk harvest padi siap ada lambang autobots. Selain tu ada mesin kupas kelapa automatik dan beberapa lagi lah alatan yang membantu memudahkan kerja-kerja pertanian.

Ternakan Lembu dan Kambing serta tenusu

Bersebelahan dengan Jentera ni, kitaorang masuk ke kawasan yang khas untuk tenusu. Benda pertama yang orang suka bila pergi sini mestilah nak tengok lembu Sado. Semua yang ke MAHA2016 mesti kenal lembu sado ni. Kat sini kitaorang puas minum susu lembu, aiskrim susu kambing, yogurt dan lain-lain.


Kepuasan Maksima!

Itulah serba sedikit yang aku boleh kongsikan tentang suasana MAHA2016 yang betul-betul membuatkan aku menyesal. Ye la, punya la havoc, meriah camni, aku boleh pulak abaikan. Serius menyesal aku abaikan MAHA selam ni. Ni pun dah hari keberapa aku baru nak datang ke MAHA2016.

Kalau menurut Brother Kay tadi, untuk setakat semalam je jumlah pengunjung dianggarkan telah mencecah 2.5 juta orang! Hari Sabtu lepas je masa 3 Disember 2016 katanya seramai 500 ribu orang dalam masa sehari. Korang dapat bayangkan tak berapa pact nya kawasan ni?







Persediaan Sebelum ke MAHA

Jadi yang berhajat nak datang ni, bersedialah dengan sport shoe, air mineral dalam bag, sedikit kudap manalah tau lapar time tengah round-round tu (Tram disediakan dari satu kawasan ke kawasan lain), towel untuk lap peluh dan semangat yang kuat. Korang akan masuk ke War Zone sebenarnya, hahaha superb! MAHA2016 sangat best! Dan yang paling penting : Full Charged Power Bank.

Jumlah keseluruhan pengunjung adalah 3.7 juta orang sepanjang MAHA2016 berlangsung! Tahniah!







Artikel berkaitan dengan "Hari Bekerja Pun Ramai Gile Orang Datang : MAHA2016"

Komen artikel "Hari Bekerja Pun Ramai Gile Orang Datang : MAHA2016" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.