Perlu ke Pergi ke AKPK?

Kebanyakan orang yang sudah terjerat dalam kancah hutang ni masih ragu-ragu untuk ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Aku pun kurang pasti kenapa mereka ni masih lagi takut atau semacam fobia dengan  AKPK.

Ironinya diaorang lebih takut dengan AKPK berbanding hutang yang menghantui mereka setiap masa, seawal terjaga dari lena silap-silap masa tidur pun termimpi-mimpi hutang. Betul? Itu yang memnyebabkan timbulnya persoalan dalam diri Perlu ke aku ke AKPK?

cara-cara akpk urus hutang
Kenapa anda perlu ke AKPK jika sudah keberhutangan tinggi dan teruk

6 Sebab Ramai Orang Tak Nak Pergi Ke AKPK

1. Takut tak boleh buat loan

Yang ni paling popular dan paling kelakar. Ok camni, tujuan sebenar AKPK adalah untuk meringankan beban dan melangsaikan hutang. Kalau mindset kita masih nak buat hutang, maka memang tak layak sebenarnya kita ke AKPK.

Mindset orang yang nak ke AKPK adalah semata-mata nak dapat jalan untuk setel semua bebanan hutang dan komitmen yang tinggi setiap bulan yang mencengkam diri. Takde lagi istilah dah tak boleh buat hutang atau buat loan kalau ke AKPK.

Tapi memang betul pun kalau korang pergi ke AKPK, nama korang akan dibekukan dari diapprove sebarang loan dari institusi-instusi koperasi dan perbankan kat Malaysia ni.

Tapi kalau Ah-Long, aku tak pasti dan memang la cari nahas kalau berhutang dengan ahlong. Dah la komitment tinggi, pastu berhutang lagi dengan Ahlong. #omaigod

Selepas nama kita dah clear dari hutang, boleh je buat loan lagi. Jangan panik. Sememangnya kalau kita dalam keadaan berhutang, pergi ke AKPK atau tak pergi ke AKPK tetap sama. TAK BOLEH LULUS HUTANG SEBAB KOMITMEN BULANAN YANG DAH SEDIA TINGGI. Jadi? Sama je kan?

2. Tak tau camna Proses untuk Daftar ke AKPK

Memang tak dinafikan tak semua orang yang terjerat dalam hutang ni tau tentang kewujudan AKPK. Kalau tau pun sama ada masih lagi takut atas sebab perkara yang aku sebut kat atas ni (Takut tak boleh buat loan), atau masih rasa dirinya boleh lagi menghadapi situasi ni dengan harapan ada magik berlaku.

Korang boleh rujuk balik komen-komen kat artikel aku sebelum ni (Pengalaman aku serah diri ke AKPK). Banyak pengalaman positif diaorang selepas join program di AKPK. (Dah macam review produk pulak)

Untuk bertanya sebarang pertanyaan berkaitan AKPK, boleh terus hubungi nombor ni 03-26167766. Tanya la apa-apa pun (berkaitan AKPK). Dari proses mendaftar atau khidmat nasihat kaunseling.

3. Takut kena dikenakan Caj bayaran oleh AKPK.

Jeng jeng jeng! Untuk pengetahuan semua, AKPK langsung tak kenakan bayaran sesen pun untuk perkhidmatan ni. AKPK hanya bantu korang untuk kawtim dengan bank (Dengan Ahlong pun dia boleh kawtim!) untuk setel hutang-hutang yang kita tak mampu nak bayar sebab komitmen yang terlalu tinggi.

Kalau ada pihak yang mengaku ejen AKPK kata nak tolong uruskan semua permohonan untuk masuk program AKPK pastu nak caj 10% atau berapa-berapa percent pun lah, elok terus laporkan kepada AKPK kat nombor atas tu atau laporkan ke SPRM. AKPK adalah PERCUMA.

4. Malu

Simple je kan? Malu. Oh! kemon. Masa enjoy, tak beringat nak malu. Masa sain borang personal loan rasa best gile kot harap loan lulus time tu gak.

Ini bukan masanya untuk malu. Kalau menurut perbualan aku bersama sorang pegawai AKPK ni, setiap tahun jumlah orang yang ke AKPK meningkat 30-50%. Dan kebanyakannya adalah anak muda yang baru lagi masuk alam pekerjaan.

Takde la apa nak dimalukan, bukan ada cop kat dahi pun tulis ko dah pernah ke AKPK. Pokok pangkalnya adalah ko mengakui yang ko dah silap sebab tak manage kewangan betul-betul. Dan sekarang masanya untuk mengubah masa depan.

Masa lampau tak boleh ubah dah kecuali ko boleh manipulate dimensi masa yang sememangnya boleh kedepan dan kebelakang (paradox effect) hahaha!

5. Sibuk Dengan Urusan Harian.

Ada jugak yang sibuk dengan urusan harian dijadikan alasan tak ke AKPK. Ye, aku tau sudah semestinya masalah hutang tu tak sebesar urusan harian tu. Jadi good luck.

6. Percaya Cakap Debt Collector

Untuk pengetahuan korang, debt collector seboleh-bolehnya akan cakap tak perlu ke AKPK atau hutang korang tak boleh disetelkan oleh AKPK. Kalau korang cakap nak pergi jugak ke AKPK peratusan besar untuk korang dimaki oleh debt collector adalah sangat tinggi.

So tak perlu layan dect collector terus fokus ke AKPK.

Ada sesetengah orang diugut oleh debt collector kata nak hantar surat saman la, nak datang ke tempat kerja hantar surah mahkamah la. Nasihat aku, Iyer kan sahaja.

Contoh perbualan Debt Collector dengan Penghutang yang bikin gempak.
  • Debt collector : Saya nak hantar surat saman/Mahkamah ke tempat kerja awak/ rumah bapak awak.
  • Anda : Baiklah.


Thats it. Jangan ko tambah plak dengan "Datang la kalau berani" ahahaha memang cari nahas. Takyah layan lebih-lebih ok. Sebab apa diaorang seboleh-boleh nak tekan korang yang dah sedia tertekan dan terbeban?

Sebabnya kalau korang ke AKPK nanti diaorang takde percent la. Sebab tu kebanyakannya marah.




Nasihat

Sebenarnya, apa yang aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Bukan dari pengalaman orang lain. Dan semua alasan-alasan kat atas ni memang apa yang aku rasakan sebelum aku serah diri ke AKPK.

Sebenarnya statistik yang pergi daftar diri ke AKPK makin meningkat setiap tahun. Korang boleh cek kat laman web rasmi AKPK.

Perkara pertama yang menjadi titik tolak untuk kita selesaikan masalah hutang ni adalah mengakui kesilapan diri. Jangan marah diri sendiri.

Just mengaku yang selama ni memang diri sendiri tak manage duit betul-betul (atau apa-apalah bersesuaian dengan situasi korang).

Perkara kedua, tetapkan pada mindset bahawa kat dunia ni terlalu banyak peluang untuk kita tambahkan pendapatan.

Dua mindset yang digabungkan boleh menjadi powerfull iaitu, cut cost apa yang tak perlu dan tambah pendapatan diri. Kembangkan potensi diri.

Sekian.

Artikel berkaitan dengan "Perlu ke Pergi ke AKPK?"

47 10 Komen untuk "Perlu ke Pergi ke AKPK?"

  1. naseb baik jenis yang tak suke berhutang.. harap2 kekal lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sekali terjebak susah nak insaf melainkan ke akpk.

      Padam
  2. Balasan
    1. Iyer. Boleh jadi malu adalah alasan yang paling femes kt isu ni.

      Padam
  3. Nk tanya, bile dh masuk dlm akpk ni, ape2 loan koperasi pun dh x bole apply ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sehinggalah kita dah selesaikan semua hutang kita tu. samada semasa dalam AKPK atau luar AKPK. seperti yang sy ceritakan kat dalam artikel nih.

      Padam
  4. Assalamuailaikum Encik Adzril, saya pernah gak pergi AKPK nk settle hal ni, tapi AKPK kan akan mintak statement hutang kita, tapi bank tak nak beri kerjasama la. Macam mana ye. Sebab dah kena dah ritu

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya tak perlu mintak kat bank yang kita berhutang tu. semua bank negara leh provide.

      Padam
    2. Encik Adzril, kalau bank tak kasih credit card statement...kami minta bank negara statement ...AKPK accept kah?

      Padam
    3. Encik Adzril, kalau bank tak nak beri kerjasama...Statement kami tak dapat ...minta bank negara , AKPK accept kah ?

      Padam
  5. Salam en.aryl,nk tny,kalau hutang dgn koperasi n hutang kereta akpk boleh cover ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kereta tak cover. koperasi cover.

      Padam
  6. Salam..nak tanya kalau kes hutang loan kereta yang dah bertahun tak bayar pun AKPK boleh tolong setel?masalahnya amount pun tak tau berapa..status pun x pasti

    BalasPadam
    Balasan
    1. kereta dah bertahun tak bayar kena rujuk semula kepada bank yang anda berhutang. atau pun terus hubungi akpk.

      Padam
    2. Terima kasih atas pencerahan

      Padam
  7. As salam.. boleh suggest tak cara nak tambahkan income. TIA

    BalasPadam
  8. Kalau nak berurusn tuk khidmat kaunselling nak buat temu janji tak atau boleh terus ke Pejabat akpk sahaja....saya dari sabah...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh hubungi AKPK seperti nombor yang tertera. Kalau saya dulu terus pegi.

      Padam
  9. Salam en Adzryl
    Betol ke ada yg kata bila dh masuk ke AKPK nama kita dh x boleh keluar negara. Mksudnya if fmly ajak bercuti ke or nk ke tnh suci utk mnunaikan umrah tu nama kna blacklist ke cmne...tksh

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak betul rasanya. apa2 pun boleh hubungi AKPK untuk pertanyaan lanjut. Dulu sy AKPK boleh je pegi Bandung.

      Padam
  10. askum en adzryl..
    jika kita berurusan dengan akpk.... ada kah akpk akan memberitahu majikan kita? yang kita mempunyai masalah kewangan yg teruk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Akpk takkan bagitau majikan sekiranya kita berurusan dengannya.

      Padam
  11. Assalamualaikum.
    Buntu nk setel hutang.. Jika kita ada buat loan.. Tapi dah lebih Dr komitmen. Byran memang buat tiap 2 bulan.. Adakah besar kemungkinan boleh diisytihar bankrap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam, isytihar bankrup tu kalau tak bayar langsung. tak jumlah hutang mencecah 30k ke atas kalau tak silap. apa2 boleh rujuk Jabatan Insolvensi berkaitan bankrap.

      Padam
  12. Salam encik...blh btau saya cara nak tambah income

    BalasPadam
  13. ..hutang pelajaran mara akpk blh settle tak

    BalasPadam
  14. Salam tuan, kalau rumah kene lelong, akpk boleh tolong jgk tak?

    BalasPadam
  15. Sedihnya.. Sy dah enroll dalam DEBT MANAGEMT PROGRAMME tu.


    Tapi, tak bayat hari yang sama. Aduduh. Selramg dah kena block. Unless sy buat surat rayuan. Huhu

    Hutang kad kredit je dia boleh setel. Loan tak melalui biro angkasa (bukan koperasi) tak dapat

    BalasPadam
  16. hi Nida..kan bayaran pertama tu akpk bagi masa 2 minggu lepas enrolment?

    BalasPadam
  17. Sy dah enroll dalam DEBT MANAGEMT PROGRAMME tu.


    Saya pun sama..huhhuhu..ada tunggakan bayar lewat. Aduduh. Sekarang dah kena block. kena buat surat rayuan. pengalaman saudara kalau kali kedua rayuan boleh ke..risau sangat2 ni..

    BalasPadam
  18. macam saya jugak dah enrolldebt mgmt programme..pengalaman saudara 2nd rayuan masuk program boleh lulus ke..risau sangat.

    BalasPadam
  19. kalau masalah penjamin mcmna nak setel

    BalasPadam
  20. salam encik nak tanya saya dah buat temu janji isnin minggu depan. ade ceramah apa2 ke?? sebab plan macam nak bawak anak sekali.

    BalasPadam
  21. abang ni keje akpk ke???

    BalasPadam
  22. Baru ambil appointment g AKPK.. Redah jela.. Malas dah nak Fikir2 lg.. Smoga Ni Jalan terbaik utk setelkan hutang yg sedia Ada..

    BalasPadam
  23. en adzril...
    1. boleh ke kita just minta dengan akpk utk bantu dari segi kad kredit shj tanpa bantu hutang pinjaman peribadi atau perumahan sebab both loan ni sy masih mampu bayar lagi.
    2. adakah ianya melibatkan spouse kita sekiranya hanya kita sahaja yang menggunakan bantuan akpk. dikhuatiri nama isteri pun terkait sama.

    BalasPadam
  24. Hai adzril...blh ka pegi akpk sekiranya kereta telah di tarik oleh pihak bank...sy perlu membyr 1850....dt mmang ada tp bkn pbyran dlm masa 21 hari ka..tp sy di beri tempoh selamat 5 hari sekiranya lewat pbyran akan btambh

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau berhutang dengan money lender bole ke akpk settle kan?

      Padam
  25. kalau akpk dah ambil alih mengurus kewangan kita, apa akan jadi dengan pihak bank? ada ka pihak bank akan bangkrupkan kita? dan macam mana pula kalau berhutang dengan syarikat pinjaman wang berlesen. bole ke akpk settle dengan syarikat tu? buku dan kad pun syarikat pinjaman wang pegang.... tolong bagi penerangan

    BalasPadam
  26. En adzril, katalah saya buat pinjaman peribadi dgn bank panel gaji/tempat saya bekerja.kemudian saya struktur semula byrn loan td dgn AKPK.adakah bank tempat saya buat pinjaman td akan ganggu urusan ni atau blok gaji saya?

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.