Berjimba dan Berhuha kat Shimmer Infinity Pool Pullman Putrajaya

Sebelum ni tak tau pun apa maksud Infinity Pool. Tapi lepas dapat jemputan dari Pullman Putrajaya untuk perasmian Shimmer Infinity Pool, barulah aku tau maksudnya Infinity Pool ni. Infinity pool ni sebenarnya kolam renang yang macam takde ending, macam takde dinding la. Kononnya macam terus bergabung dengan laut atau permukaan lanskap.




Seronok and meriah betul majlis perasmian kolam renang yang sebenarnya adalah salah satu perkara baru untuk Pullman Putrajaya ni. Nama kolam renang ni Shimmer. Dirasmikan oleh Robert Ejubs, Accorhotels Malaysia Area General Manager dan General Manager Pullman Putrajaya.


Dato Aznil Hj Nawawi

Masa pelancaran tu, semua yang datang memang ikut tema pakaian yang ditetapkan iaitu Casual Calipso. Aku je yang datang dengan casual apa ntah dengan jeans plus tshirt roundneck. Rupanya Casual Calipso ni kira macam pakaian pantai la. Pakai seluar pendek tu ha. Sib baik aku tak datang pakai kain pelikat, itu fesyen aku kalau ke pantai atau kolam renang sebenarnya hahaha!

Dia punya meriah tu, memang jarang la aku alami. Memasing nampak happy je. Ke aku jarang pergi majlis-majlis camni? Pastu masa Azni Nawawi masuk ke dalam majlis tu, ntah kenapa aku rasa macam gempak sangat. Memang dia blend dengan suasana dan muzik time tu.

A video posted by Aryl Myzn (@arylmyzn) on


Ok, berbalik kat perasmian tu, member aku (Salah sorang blogger Projek Travel) Yazid Izzat, berjaya menerjunkan dirinya ke dalam Shimmer Infinity Pool ni lepas je Aznil umumkan nak bagi hadiah kat orang pertama yang terjun ke dalam kolam renang tu. Sempat jugak la aku tolong dia keluarkan handphone dari seluar dia. Dia terjun dengan penuh gaya. Serius weh.



Hasil dari tindakan pantas Yazid tu, dia dapatlah hadiah yang dijanjikan iaitu 1 malam penginapan kat Pullman Putrajaya dan semestinya dia boleh repeat untuk terjun kat Shimmer Infinity Pool tu berulang kali. Dan jangan lupa pulangkan towel Pullman tu selepas guna.

Putrajaya Lakeside
Kat sini lah tempat kejadian
Sebenarnya kat Pullman Putrajaya ni ada 4 kolam renang, ini termasuklah Shimmer Infinity Pool ni. Selain tu member aku si Yazid ni kompom-kompom boleh layan Spa kat sini. Ada 12 bilik Spa keseluruhannya, ada gym yang lengkap dengan peralatan, ada bilik karaoke, ada 281 bilik hotel yang luas, apartment, suite dan semestinya ada 22 bilik meeting.

Kalau aku citer pasal data teknikal Infinity Pool ni, korang nak ke? hahaha! ok2, keluasan kolam renang Shimmer Infinity Pool ni adalah 24.7m x 5.7m x 1.2m dengan penggunaan air sebanyak 170 meter padu @ 44,909 gallons @ 169,980 liter dan Shimmer Wading Pool pulak lain saiznya, 10.6m x 5.3m x 450mm, penggunaan air lebih kurang 20 meter padu @ 5,293 gallons @ 19,996 Liter. Gulp!

Pullman Putrajaya Lakeside
Hye girls.

Semua kemudahan ni, Shimmer Infinity Pool, Shimmer Wading Pool dengan Shimmer Bar and Cafe dibukak setiap hari dari pukul 8.30 pagi sampai lah pukul 10 malam. Enjoy geng! Bila lagi?

Untuk nombor telefon dan pertanyaan boleh hubungi maklumat yang aku sediakan ni.

Pullman Putrajaya Lakeside

No.2, Jalan P5/5, Presint 5

62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia

Tel. +60 (3) 8890 0000 

Artikel berkaitan dengan "Berjimba dan Berhuha kat Shimmer Infinity Pool Pullman Putrajaya"

Komen artikel "Berjimba dan Berhuha kat Shimmer Infinity Pool Pullman Putrajaya" sekarang!

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.