Camni Rupanya Nak Buat Video Banyak-banyak Dalam 1 Frame

Punya la aku eksaited jumpa apps yang boleh buat Collage. Bukan Collage gambar tau, kalau setakat nak buat collage gambar boleh guna Apps Layout yang Intagram sediakan tu. Memang ramai je buat Kolaj gambar cantik-cantik pastu bubuh kat Instagram, twitter dan facebook. Tapi bila bab nak buat Kolaj Video, dah ramai jem.

Video Collage: Mix Video&Photo Untuk Gabung Video dan Gambar

Kalau pengguna smartphone Samsung J7 rasanya memang dah ada dalam phone tu secara stock. Tapi pengguna android lain macam aku ni yang guna Vivo V3 mestilah nak guna jugak apps yang boleh gabungkan beberapa video dalam 1 frame. Bukan apa, kekadang rasa nak upload semua video satu persatu tapi macam tak berapa best. Mulalah aku terpikir nak gabungkan banyak video dalam satu post. Nak post ke instagram la kononnya.

Kat mana nak download Apps ni

Bagi pengguna android macam biasalah, pergi ke Play Store pastu cari Apps Video Collage: Mix Video&Photo. Takpun guna ke keyword Video Collage dah jumpa kot. Ataupun klu masih malas nak taip maka aku sediakan link direct ke Apps tu punya page Video Collage: Mix Video&Photo.

Kalau korang guna keyword Video Collage tu, mungkin ada beberapa lagi apps yang sama untuk korang guna bagi menghimpunkan beberapa video dalam 1 gambar atau file. Tapi setakat ni bagi aku Video Collage: Mix Video&Photo ni yang the best la. Percuma dan ianya senang digunakan.


 Cara Guna Video Collage: Mix Video&Photo

Selain dari kolajkan video, dah tentu-tentu boleh gabungkan gambar jugak. Dan boleh jugak gabungkan gambar dan video dalam frame yang berlainan. Awesome kan? Cara nak guna senang gile kot;
  1. Bukak apps
  2. Pilih frame
  3. Klik pada frame yang kosong
  4. Pilih gambar atau video yang nak ditelakkan dalam frame tu
  5. Save
  6. Upload ke media sosial
Ni contoh yang aku dah buat. Amacam? Cantik? Teruja? Share kat kawan2 ye.

A video posted by Aryl Myzn (@arylmyzn) on


Mohon follow instagram aku Adzril Maizan

Artikel berkaitan dengan "Camni Rupanya Nak Buat Video Banyak-banyak Dalam 1 Frame"

3 10 Komen untuk "Camni Rupanya Nak Buat Video Banyak-banyak Dalam 1 Frame"

  1. Balasan
    1. kan... boleh letak banyak2 video dalam 1 frame. best gile kot.

      Padam
  2. wuuu nak letak video smule byk2 lah haha

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.